Saturday, March 12, 2011

Pemergian Sam Ahmad Satu Kerugian Besar...

Al-fatehah buat seorang pejuang - Sam Ahmad yg telah kembali ke rahmatullah. Perginya seorang penulis pendokong PR, satu kehilangan besar!

Sam Ahmad seorang penulis dan pereka laman web. Antara hasil kerja arwah ialah dengan membangunkan laman web Perak Express dan portal Ureka.Asia.

Baru sebentar tadi menghubungi orang yang paling rapat dengan arwah iaitu MSK. Dengan nada yang agak hiba, MSK mengakui beliau patah kaki dengan kehilangan Sam Ahmad.

Sepatutnya saya juga akan berurusan dengan Sam Ahmad untuk membangunkan laman rasmi portal SAMM dengan niat menolong rakan seperjuangan. Tetapi apakan daya, Sam Ahmad pergi meninggalkan kita.

Semuga rohnya Sam Ahmad dicucuhri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang dikasihiNya.

Al Fatehah


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan