Monday, March 7, 2011

Debat Mahathir - Husam : SAMM Sedia Jadi Penganjur !

Berita ini sepatutnya masuk lewat hari sabtu atau awal pagi ahad, tetapi memberi laluan kepada artikel / berita berkaitan 2 PRK yang sedang berlangsung. Kesempatan untuk menyiarkan berita mengenai program SAMM tidak dilepaskan begitu sahaja walaupun sedikit terlewat;
 
SAMM satu wadah terbaik untuk anak muda, yang bukan sahaja merentasi batasan kaum malah ia turut merentasi batasan kepartisan. SAMM adalah jalan terpilih untuk semua anak muda bersama menjadi pendesak perubahan yang total !
 
Berikut adalah hasrat SAMM untuk memenuhi tuntutan politik masyarakat Malaysia dengan menganjurkan Dialog di antara Mahathir dan Husam;
 
 
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersedia menganjur dialog di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato' Husam Musa mengenai cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Melayu hari ini.

"Isnin ini, SAMM akan menghantar surat kepada (mantan perdana menteri) Dr Mahathir dan Husam (exco kanan kerajaan negeri Kelantan) untuk menerangkan maksud kesediaan menganjurkan debat tersebut," kata presidennya Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).

Beliau berkata, mutakhir ini isu 'siapa pengkhianat Melayu?'menjadi topik perbualan hangat semula. Ia umpama tuduh menuduh dan tidak membawa sesuatu yang sihat tetapi lebih bersifat sentimen perpecahan semata-mata.

"Lebih parah lagi apabila perbincangan ini membawa kepada sentimen anti kaum lain dan menyalahkan kaum lain sebagai punca 'kemunduran' orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terbaru katanya, Dr Mahathir sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memperkatakan isu ini dengan terus melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai pengkhianat Melayu.

"Tuduhan rambang ini telah disahut oleh Husam dengan tulisannya yang menyenaraikan apa yang beliau panggil fakta "siapa yang sebenar mengkhianati Melayu?", tambahnya.

CheguBard berkata, isu ini dibincangkan secara terbuka dan ia jelas tidak menguntungkan sesiapa…khususnya apabila ia meleret dan membawa kepada komentar yang penuh sentimen perkauman dan tidak membina negara.

"Lantaran itu, Husam telah melontar Mahathir berdebat secara terbuka dan berdepan dalam isu Melayu ini," terang beliau - FMT
 

No comments: