Tuesday, March 31, 2009

Calon BN Doakan kemenangan Pakatan ?

Karikatur dipetik dari kulupsakah


MB Nizar mengimamkan tiga pemimpin UMNO yang juga berada di saf pertama. Ia termasuklah bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia, MB perak yang haram lagi hitam, dan juga calon BN di P.59 Mail Sapian.

Sudah tentu MB Nizar dijemput mengimamkan solat di Maghrib tersebut kerana telah menjadi resam, MB Nizar akan dijemput menjadi Imam walau di masjid / surau mana pun beliau hadir solat. Sedangkan sembahyang jenazah sekalipun beliau menjadi Imam.

Apabila menjadi imam, sudah tentu beliau akan membacakan doa setelah selesai solat. Pasti ada sepotong ayat yang meminta pertolongan dari Allah supaya dimenangkan Pakatan Rakyat yang kemudianya diaminkan oleh ketiga-tiga pemimpin UMNO termasuklah calon yang bertanding. Alhamdulillah...

Walaubagaimanapun, mengapa Zambri si hitam itu menipu dengan mengatakan MB Nizar merampas microfon telah difahami motifnya iaitu tak lain tak bukan kerana mempolitikan isu solat. Atau kerna tidak dijemput menjadi Imam?

Di bawah adalah rentetan peristiwa SEBENAR yang berlaku hasil daripada temubual mereka yang berada di tempat kejadian;

Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain


Thursday, March 26, 2009

UMNO Cilaka !


ADIOS UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU

UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celaka

Saya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.

Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.

Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.

Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.

Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.

Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.

oleh blogger berani (http://braveheart-blogger.blogspot.com)



edyes wrote:

Nampak gayanya, khairy juga yang dipilih oleh perwakilan, itulah suara UMNO masakini yang kononnya inginkan 'perubahan'. Dengan poket yang penuh diisi melampuh-lampuh setelah menempuh salam berisi, mereka umpama menyerahkan negara ini kepada Khairy Jamaludin.

Terima kasih UMNO ! Kami rakyat Malaysia yang inginkan perubahan mengucapkan SELAMAT MENJADI PEMBANGKANG kepada UMNO sejurus PRU13 berakhir.




Tuesday, March 24, 2009

Nizar Calon Bukit Gantang

Saya menyokong penuh perlantikkan MB Nizar sebagai calon prk parlimen Bukit Gantang. Penjelasan mengenai sokongan saya terdapat di entri di sini.

Berikut adalah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan bukan hanya di peringkat negeri perak malah di peringkat persekutuan ;


Mengenali Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil. (sumber - cina islam)


50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan


Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.


SUNGAI PETANI, 23 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke majlis ceramah anjuran KeADILan yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi.

Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Razak pada awalnya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat akhir. Azizan bagaimanapun belum hadir ke tempat ceramah sebelum majlis ceramah disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.

Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.

Jalan utama melalui Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang ditutup menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sekitar taman perumahan berhampiran. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakus pihak polis, kelihatan berkumpul di merata tempat berhampiran tempat ceramah dan enggan berganjak walaupun diberi amaran berkali-kali oleh pihak polis.

Sementara itu, 20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng. Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.

Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka.

Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba-tiba pada malam mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak Pakatan Rakyat mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah "arahan dari atas".


edyes wrote:

Ini kerja gila!

Biasanya keadaan begini berlaku setelah ada pihak yang kedudukanya sangat terdesak, ataupun tersedak!

Tindakkan serupa ini, dipercayaai akan meningkatkan jumlah undi kepada pembangkang kerana mereka yang hadir untuk mendengar ceramah Anwar dan Nizar tidak semestinya penyokong Pakatan Rakyat. Pasti ramai juga orang atas pagar dan tidak kurang juga penyokong barisan yang telah kecewa dengan tindak tanduk kerajaan hadir bersama.

Walaupun kejadian ini belum menjanjikan kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi ia pasti menjanjikan satu bentuk kekalahan kepada pihak kerajaan pusat Barisan Nasional.

Hidup Rakyat !!

Monday, March 23, 2009

Lebih Kebajikan di Selangor

Genap sembilan bulan selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 'merakyatkan ekonominya', kini ia melangkah ke fasa kedua program kebajikan tersebut, demikian diumumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi.

Berucap kepada kira-kira 4,000 orang di Stadium Malawati, Shah Alam, sempena ulangtahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid berkata, fasa kedua itu termasuk bantuan kepada golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri.

pakatan rakyat carnival 220309 05Menurutnya, kerajaan negeri merancang untuk membantu golongan belia dan usahawan untuk memperbaiki gaya hidup meraka.

Kumpulan itu, tambahnya, perlu diberi peluang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri atau meningkatkan lagi kemahiran masing-masing dalam bidang pertanian secara sistematik.

Bagi kakitangan wanita kerajaan negeri pula, kata Abdul Khalid, mereka akan diberi tambahan 30 hari cuti bersalin, menjadi 90 hari.

Di bawah program tersebut, tambahnya, kerajaan negteri sedang memajukan konsep "Rumah Untuk Semua" di mana setiap rakyat Selangor berhak memiliki rumah sendiri berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing.

pakatan rakyat carnival 220309 04Menurutnya, mereka kini boleh membeli rumah sendiri, sama ada banglo, rumah teres ataupun apartmen pada bila-bila masa yang sesuai.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kecewa kerana usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor tidak mendapat tempat dalam media arus perdana milik BN.

Menurutnya, tidak mengapa sekiranya media milik BN tidak mahu memberi publisiti terhadap usaha kebajikan tersebut.

Yang penting, katanya, ialah rakyat Selangor dan Malaysia kini sudah bijak dalam membuat keputusan masing-masing. - Malaysiakini


edyes wrote:

Sayang sekali, fasa kebajikan ke-dua di Perak terkandas dek kerakusan Najib merampas negeri Perak.

Wednesday, March 18, 2009

Mustahil UMNO-BN Membawa Perubahan !

Setelah anaknya digantung tugas semalam, hari ini YB Karpal Singh pula dihadapkan dengan tuduhan menghasut, hanya kerana memberi pandangan profesional berhubung kedudukan Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Saya rasa ramai sekali pakar perundangan yang memberi pandangan mereka berhubung isu tersebut, ada yang bersetuju, ada yang tidak.

Episod ini terjadi hanyalah kerana Singa Bukit Gelugor adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat! Beliau cuba dialahkan dengan kekuasaan milik pemerintah, namun rakyat keseluruhan yang dahagakan Perubahan pastinya bersama wakil Pakatan Rakyat.

Hadir bersama pagi tadi di mahkamah ialah Saudara Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua dan saya sendiri. Jelas perubahan yang dicanang seluruh negara adalah kepura-puraan Umno-Bn bagi meraih kembali sokongan rakyat.

Terpalit dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa juga rasuah, mustahil Umno-Bn mampu memangkin agenda perubahan. Baru sahaja pilihanraya umum yang lalu, rakyat menghantar mesej kepada penguasa, dan untuk kesekian kalinya, mereka memandang remeh mesej tersebut.

ANWAR IBRAHIM

edyes wrote:

Penyakit barah yang dihidapi UMNO dan BN amatlah teruk hinggakan lebih baik mati dari hidup. Mereka menghalalkan rasuah sesama mereka, begitu juga dengan penyokong tegarnya. Mereka tahu rasuah itu berleluasa di kalangan mereka, mereka tahu penyalahgunaan kuasa termasuklah melantik kroni sanak saudara sahabat handai yang akhirnya menjadikan sekelumpuk umat kaya raya.

Pendukung UMNO juga tidak buta malah membenarkan gejala kolar putih yang tidak sihat ini berlaku. Kepentingan mereka dalam merompak khazanah negara nyata sekali memberikan impak kesengsaraan kepada rakyat kebanyakkan.

UMNO masih tidak sedar dan masih tidak mahu berubah ekoran daripada kekalahan 8 Mac di mana mandat 2/3 yang diperolehi sebelum ini telah dinafikan oleh rakyat. Malah mereka merancang untuk terus berkuasa dengan pelbagai helah dan juga dengan menggunakan segala kekuatan agensi kerajaan yang sepatutnya bukan milik mutlak mereka.

UMNO juga diperkuat dengan propaganda media arus perdana dengan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap lawan, sedangkan rakyat kini tidak lagi melihat media-media ini sebagai sumber berita utama.

Di manakah logiknya untuk berubah jika mereka masih terus mengganas dengan menafikan hak rakyat? Menafikan pilihan rakyat? Saya percaya, tiada harapan untuk UMNO dan BN melakukan perubahan dengan kelaku pemimpin mereka masakini.


Tuesday, March 17, 2009

Peperangan Bukit Gantang - Sumbangan Diperlukan


Kepada yang sudi menderma sambil membantu rakan kita di sana, sila-silakanlah. Perbelanjaan untuk logistik, makan-minum, penginapan, dan pelbagai belanja lagi amatlah tinggi.


Sebagai Blogger, mereka di sana menyampaikan berita kepada kita. Makan tak menentu, tidur pun tak berapa nak cukup, mandi pun tak berapa nak basah. Saya pernah merasainya, ramai pernah merasainya. Ini satu perjuangan.

Dalam sesebuah perjuangan, masing-masing punya peranan. Pemimpin mempunyai peranan yang tersendiri, begitu juga dengan penyokong. Blogger juga punya peranan, sebab itu mereka berada di sana. Apa pula peranan kita sebagai penyokong pembebasan kerajaan Malaysia dari tangan UMNO?

RM 1 atau Seringgit... sumbanglah pada mereka di sana. Lebih mudah bagi mereka yang ada akaun maybank2u.com, just letak angka 1 sahaja.

Saya juga akan ke Bukit Gantang pada awal bulan April nanti. Perbelanjaan sendiri InsyaAllah.

di bawah adalah no account dan status Tabung Bloggers; Bantulah mereka selagi boleh... sama-samalah kita ringankan beban mereka di sana.

Sumbanglah RM1 untuk Tabung Bloggers !

Tanggal 15.3.09 wak lancarkan Tabung BloggersNetwork@P.59 mulai hari ini. Sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank di bawah :

Akaun Maybank: (atas nama Mohd Nazib bin Abdul Ghani)
MayBank : 158417021317
(klik logo dibawah untuk sumbangan kepada Tabung Bloggers P.59-Bukit Gantang, status terkini sumbangan anda akan dipaparkan di sini) Terima Kasih kepada kalian yang prihatin !!


status terkini sumbangan untuk Tabung : RM 2,037.00 (17.3.09:10.45 AM)
No.Tel wak : 012-4026129/MSK 013-5935721
link berkaitan KLIK
email wak : albanjari_online@yahoo.com


Ikuti luahan hamba allah mengenai derma sumbangan inil;

Aku tumpang simpati pada wak radenbanjar, pengendali albanjari online. Wak ambil langkah terpuji lancarkan rayuan sumbangan untuk dana bloggersNetwork@P.59. Ketumbukan bloggers pimpinan primamaya MSK dah 7 minggu berkampung kat Ipoh. Kecil atau besar peranan team ini, aku tak tau nak hukumkan.

Yang aku nampak, mereka ini pejuang. Ke hulu ke hilir menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh Pakatan Rakyat dan tugasan yang dirancang oleh bloggers sendiri. Team ini mengumpul maklumat, mengolah maklumat, menyalurkan maklumat dan mendokumenkannya untuk kegunaan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Masing-masing datang dengan kerelaan sendiri. Tak ada upah yang dijanjikan. Tidak disediakan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Tak ada tilam bantal dan katil. Tak ada elaun. Tapi alhamdulillah, setakat ini belum lagi kebuluran. Makan minum tetap ada. Kadang-kadang tak tau siapa yang bagi. Ada juga yang menghulurkan RM sekali sekala. Terima kasih daun keladi.

Di peringkat awal melaksanakan tanggungjawab ini, khabarnya ada rakan yang bagi pinjam sedikit wang untuk kos petrol perjalanan team rakaman video yang setiap hari menyertai road show MB ke merata ceruk negeri Perak. Hutang itu dah dibayar balik. Selesai.

Tabik spring untuk MSK, sya & topeng perak yang tetap turun ke gelanggang walau di mana saja dan tak kira ada fulus atau tak ada. Ketika nak turun ke Pulau Pangkor, aku diberitahu team ini hanya ada rm100. Itulah duit petrol. Itulah tambang feri. Itulah juga duit makan sepanjang hari bermula dari subuh sampai tengah malam. Bukan seorang tapi tiga!

Tu belum kira keperluan peralatan. Modem untuk broadband, video camera, memory card, pc yang power lebih sikit untuk video editing, server untuk online tv, macam-macam sofware, buku-buku rujukan dan macam-macam lagi.

Nak minta duit kat DAP, PKR atau PAS, malu pulak! Masing-masing dah lalui pengalaman buat kerja untuk parti tanpa upah dan tak mintak duit pun untuk modal kerja. Kalau perlukan peralatan, angkut sendiri punya atau pinjam kat kawan-kawan. Tapi kali ini lain sikit keadaannya. Kos makan minum, perjalanan dan peralatan-peralatan khas untuk tugasan yang besar, banyak dan perlu disegerakan, bukannya kecil. Namun setakat ini digagahkanlah juga sedaya yang mungkin. Barangkali dek kerana simpati dan rasa tanggungjawab agar bloggers team ini dapat terus berperanan maka wak radenbanjar lancarkan dana bloggers itu. Syabas wak!

Sebaik saja wak melancarkan dana itu, muncullah blogger upahan UMNO si panglima perang cyber memberi komen ini;

Musim Gantung-Menggantung


Perhatian : Ini bukan gambar paklah

Selepas Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun, kini tiba masanya pesaing timbalan presiden pula bakal digantung. Menurut perisik rakyat, pemimpin yang bakal digantung adalah seorang ketua menteri.

Dengan pemilihan pucuk pimpinan UMNO semakin hampir, keputusan gantung sampai berhenti ini pastinya akan menimbulkan perasaan kecewa dan ketidakpuasan hati yang bakal membawa kepada perpecahan dikalangan juak-juak UMNO.


Memperkatakan tentang UMNO yang kian lemah, bait-bait perpecahan yang kian terserlah bakal menjadikan parti pemerintah ini semakin parah dan akhirnya, tidak cukup kuat untuk kekal sebagai pemerintah.

Bila tiada tindakan disiplin diambil dari kalangan 900 aduan rasuah menjadi buah bualan rakyat, kini UMNO kembali dengan satu pengumuman pergantungan di atas kesalahan rasuah. Kononya ikan jerung telah ditangkap hasil dari siasatan aduan kes rasuah yakni ketua menteri tersebut sedangkan ikan paus pembunuh masih lagi berkeliaran.


Apakah ketua menteri tersebut akan berdiam diri setelah hak bertanding sebagai timbalan presiden dinafikan begitu sahaja? Kerja siapa lagi jika bukan pesaing calon-calon timbalan presiden yang membuat onar demi kepentingan sendiri? Apakah ketua menteri tersebut bakal membuat kejutan dengan menyertai pembangkang atau sekurang-kurangnya menjadi pendokong pembentukkan Kerajaan Perpaduan yang diusulkan TG Hadi Awang?


Sama-sama kita saksikan drama dalam masa yang singkat ini, dan saya percaya kemuncak atau klimex drama ini adalah samada peralihan kuasa perdana menteri melalui pemilihan UMNO menjadi kenyataan ataupun tidak. Kita tunggu dan kita ambil tahu, kerana ini adalah nasib negara Malaysia. Sama-sama juga kita lalui, minggu gantung menggantung...

Monday, March 16, 2009

Kubur Untuk UMNO dan Barisan Nasional

Gambar oleh PerakDaily



Penjelasan Gambar oleh edyes : Tanah Perkuburan ini adalah khas untuk orang-orang UMNO dan Barisan Nasional.

Bagaimana pula dengan penjelasan dari pembaca?

Resam Politik Malaysia Masakini


Hanya 19% Melayu yang Mahu UMNO Kekal Memerintah - Merdeka Centre Survey


(Hrkh) - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk ” Umno corrupt, says survey”.

Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.

Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.

Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.

Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.

61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.

Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan “pemimpin yang lemah” dan “pentadbir ekonomi yang lemah” dalam Umno.

Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.

Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, mengulas isu rasuah Umno di dalam blognya, Dr Mahathir tidak percaya ada ahli-ahli parti itu yang akan didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah politik menjelang pemilihan parti itu bulan ini.

“Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah,” katanya.

Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: “Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

“Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.

“Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?”

Sekarang, kata bekas Presiden Umno itu, “kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti.

“Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?”

Menurut Dr Mahathir, wakil-wakil ke perhimpunan agong Umno bulan ini “boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.

“Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku Umno dan pemilihan yang akan dilakukan,” katanya.

Dr Mahathir mengingatkan, jika pada bulan Mac tahun lalu ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli Umno yang kecewa telah mengundi parti lawan, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan mengundi parti lawan sekali lagi jika mereka lihat Umno sudah diambilalih oleh perasuah.

I Vote for Nizar


Saya yakin walau siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PAS, asalkan calon tersebut mempunyai latar belakang yang tidak meragukan, pasti Pakatan Rakyat akan beroleh kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Sejauh mana bertambahnya majoriti itu adalah perkara yang kedua kerana PAS adalah penyandang Bukit Gantang, maka yang menjadi keutamaan ialah kemenangan mutlak. Kita mahu mengekalkan rentak kemenangan Pakatan Rakyat sejak dari PRK Permatang Pauh hingga ke Kuala Terengganu dan kini di Bukit Gantang.

Kekalahan demi kekalahan yang ditanggung oleh Barisan Nasional akan menggugurkan saki-baki sisa-sisa moral yang tinggal dan biarkan mereka rasa kekalahan itu milik mereka kerana UMNO dan Barisan Nasional ternyata telah ditolak oleh rakyat. Tumbangnya UMNO dan BN itu atas kerakusan mereka sendiri terutamanya dalam merampas sebuah kerajaan sah MB Nizar.

Seperti yang saya katakan tadi, siapa pun calon InsyaAllah kemenangan akan berpihak pada PAS. Namun secara simboliknya, pemilihan MB Nizar sebagai calon akan melahirkan sebentuk penyokongan terhadap kerajaan yang beliau terajui daripada rakyat negeri Perak.

Saya sebagai blogger berhaluan kanan pendukung Pakatan Rakyat ingin menyatakan hasrat untuk melihat MB Nizar sebagai calon Parlimen Bukit Gantang. Ia menggambarkan betapa simboliknya pilihanraya kali ini.





Friday, March 13, 2009

Hulu Langat Jaga-Jaga - EMPANGAN PECAH !!!

Berita baru masuk ! empangan pecah di hulu langat...

setakat mana pecah, tidak saya tahu...

setakat mana banjir, tidak saya sempat siasat...

tapi ada yang dah tenggelam !!


[update]

HULU LANGAT 13 Mac – Lebih 300 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah ini dilanda banjir sejak pukul 10 pagi ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan itu, bermula awal pagi ini.

Sehingga petang ini, sembilan penduduk termasuk dua warga kurang upaya terpaksa dipindahkan di Kampung Sungai Serai di Batu 11, ke balai raya kampung itu apabila paras air meningkat kepada satu meter.

Selain kampung tersebut, kawasan lain yang terlibat ialah Sungai Congkak, Kampung Padang, Kampung Lubuk Kelubi Batu 18; Kampung Seberang dan Dusun Tua Batu 16, Kampung Rantau Panjang Batu 14 dan Kampung Sungai Raya.

Paras air di semua kampung berkenaan, kecuali di Kampung Sungai Serai bagaimanapun beransur surut mulai petang ini. – Utusan


Mungkin empangan tak pecah, tapi suasana banjir tu umpama empangan pecah... wallahualam


Kamu Pembunuh !!!



(Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diherdik dengan kata-kata “Kamu pembunuh!” dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo melemparkan kata-kata tersebut terhadap Najib ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 (Pakej Rangsangan Kedua).

Perkara itu juga berlaku sebaik sahaja Najib menggulung perbahasan peringkat dasar rang undang-undang berkenaan.

Gobind pada mulanya menyatakan kehairanannya kenapa kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membina bangunan dan infrastruktur sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk memastikan sistem keadilan berjalan dengan baik.

Beliau kemudiannya membangkitkan isu kematian A Kugan di dalam lokap polis di balai polis Subang Jaya.

Sehingga hari ini, katanya, “tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan”.

Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata beliau.

Ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan.

“Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya),” katanya.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.

Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.

Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: “Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk… Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan.

“Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!”

Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan.

Selepas berkali-kali mengarahkan Gobind berhenti membangkitkan perkara itu, Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen Puchong itu keluar dewan.

Keputusan Timbalan Speaker itu dibantah oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang dan berlakulah jerit-menjerit antara ahli-ahli Parlimen BN dan pembangkang termasuk menjeritkan perkataan ‘bodoh’ dan sebagainya.

Gobind kemudiannya bangun dan menyatakan kepada Kiandee :”You should be ashamed of yourself (Anda patut malu dengan diri anda)” dan kemudian diiringi oleh bentara keluar dewan.


edyes wrote:

Soalan kuiz minggu ini : Sempatkah Najib menjadi PM?

Bak kata abang bakaq ;

Selagi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gobind Singh Deo, akhbar Liberation dan wartawannya, Arnaud Dubus (awat aku rasa semacam muka dia?!! Tak gamak nak bubuh gambaq tu di sini), selagi itulah itulah rakyat seperti saya tidak mampu melihat Najib sebagai seorang yang bersih.

Selain memang betul-betul bersih, adalah sangat penting seseorang pemimpin dilihat bersih. Jika tidak, dia memalukan negara dan rakyat yang dipimpinnya. Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dihukum dengan soalan demi soalan dari serata dunia, "Adakah Perdana Menteri kamu pembunuh, perasuah?"

Jadi kita hayati betul-betul, di manakah hala tuju negara ini dengan sebuah kepimpinan yang nampaknya tidak berapa nak bersih. Dengan keadaan tidak berapa bersih ini, adalah sangat mudah untuk mencuci habis sambil menjelmakan kotoran-kotoran lutsinar yang baru apabila berkuasa kelak. Itu pasti.


Thursday, March 12, 2009

Sah UMNO Parti Rasuah...


900 aduan rasuah tanpa tindakkan SPRM? Itu bermakna rasuah itu telah sebati dengan UMNO hinggakan tiada tindakan diambil tatkala 900 aduan telah diusul oleh akar umbi UMNO sendiri. Apatah lagi ribuan aduan rasuah oleh para pembangkang.

Ikuti coretan hermansamsudeen di bawah;

Seolah-olah ada kuasa eksklusif untuk melindungi mereka. Yang dihukum hanyalah juak-juak mereka yang bekerja dan melobi bagi pihak calon-calon ini.

Memetik tulisan dari Blog Mahathir

“…pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan”

dan

“Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?”

Akhirnya kita boleh membuat kesimpulan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada sistem pengurusan disiplin dalaman Umno. Memang pelik, dari 900 aduan tiada seorang pun calon yang bertanding didakwa dan didapati bersalah.

Justeru itu, rakyat seharusnya sudah boleh melihat bahawa dari ratusan senarai yang menawarkan diri untuk merebut jawatan dalam Umno kali ini pastinya terselit orang-orang yang rasuah!.

Siapa mereka? pi la tanya Mahathir dan Tengku Rithaudeen!

Layakkah mereka ini diangkat jadi pemimpin. Layakkah mereka jadi wakil rakyat dan Menteri?

Umno bakal diwarisi oleh sekumpulan lanun darat jika orang-orang sedemikian tidak disingkirkan. Bukan setakat rasuah, salah laku jenayah pun ada.

Jika Pak Lah undur sekalipun masalah Umno tidak akan selesai. Memang ini masalah Umno. Mereka selalu takbur dan sebut bahawa orang Pas atau yang lain jangan masuk campur. Mereka nak masuk lubang najis pun lantaklah, itu bukan hal Pas atau parti lain. Itu hal Umno.

Malangnya mereka lupa. Yang dilantik menjadi pemimpin Umno itu jugalah yang akan jadi menteri. Bila jadi menteri dia sudah jadi hal rakyat, hal Pas dan seluruh negara. Jadi kami berhak untuk tahu dan tegur. Orang Umno nak terjun lubang najis pun kami tak peduli, tapi kami tak mahu pemimpin yang memimpin negara nanti seorang perasuah, penjenayah, pembunuh dan tidak bersih rekodnya


klik sini - genap setahun edyesdotcom berlabuh...

Genap Setahun edyesdotcom ...

12 Mac 2009...

Hari ini, genaplah setahun edyes memblogging...

Terima kasih kepada pengunjung, kerana sentiasa bersama edyes dalam 'Court of Public Opinion edyesdotcom'....

Berikut adalah antara nukilan edyes sepanjang setahun terlibat dalam medan blogging...


50 tahun Merdeka - Anak-anak kita ? - 31 Mac 2008

Barisan Rakyat tawan Stadium Melawati - 1 Apr 2008

Sudah lupakah apa itu Pakatan Rakyat - 6 Apr 2008

Ribuan sambut Anwar bebas berpolitik
- 15 Apr 2008

70 ribu penuhi Stadium Ipoh - 15 Apr 2008

Ulasan - saya tidak taksub Anwar - 5 May 2008

Teksi Abang Mat berhenti lagi
- 5 May 2008

Malaysia Boleh atau Malaysia Bodoh ? - 23 May 2008

Kami sokong Paklah - Satu Malaya Berhimpun - 5 Jun 2008

Kenapa kita harus berhimpun? - 12 Jun 2008

Perhimpunan Lancar, Polis pun rasai keperitan - 13 Jun 2008

Rasuah 5 Juta Yong Teck Lee - 20 Jun 2008

Gambar Pidato Anwar di Stadium Shah Alam
- 24 Jun 2008

Kerajaan Penjajah - 30 Jun 2008

Bukan kerana Anwar - 3 July 2008

Gambar Sekitar Protes 678 - 7 July 2008

Anwar Buat Shabery Terkebil
- 16 July 2008

Gambar Sekitar Permatang Pauh - 17 Ogos 2008

Eurocopter, Malaysia tidak sebijak Brazil ?
- 20 Oct 2008

Nazri terlepas hukuman, atas Dasar Imuniti Negara
- 25 Nov

Maaf Dato Seri, saya sokong PPSMI - 30 Jan 2009

Gambar Sekitar Malam Black Februari - 5 Feb 2008

Re-For-Ma-Si - 6 Feb 2009

Hingga titisan darah terakhir atau titisan arak terakhir ? - 20 Feb 2009

Dalam keadaan darurat, babi pun boleh dimakan - 4 Mac 2009

Salam Hormat

Wednesday, March 11, 2009

Jaga Air - RM 1770 Sejam (Seribu Tujuh Ratus Ringgit Satu Jam)


Oleh YB Zul

Saya sangat terkejut dengan pendedahan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

Saya telah membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi saperti berikut:

Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000-00
Sehari (8jam) - RM14,166-00
Sejam - RM1,770-00
Seminit - RM29-51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500-00 sebulan, , ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen tiap bulan;

3. Kalau disbanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000-00 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau disbanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50-00 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.

Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji/ pendapatan Pengerusi/ Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.

Benarlah kata seorang pujangga besar islam, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.

Islam mengajar kita supaya berhemah, berjimat dan sentiasa mengutamakan orang lain terutamanya kalau melibatkan rakyat miskin dan bawahan. Tetapi nampaknya Kerajaan Islam Hadhari Malaysia menepati apa yang disebut oleh pujangga Islam tersbut.


Yang benar,

Zulkifli Bin Noordin


[TAMBAHAN]

PERGI DISNEYLAND PAKAI DUIT RAKYAT - mkini

Azmin mendakwa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) menggunakan dana Syarikat Permodalan Negeri Selangor (PNSB) untuk mengadakan lawatan ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong.

Tambahnya, beliau boleh menerima jika lawatan dibuat ke kawasan perindustrian di Tokyo dan Eropah tetapi bukannya ke dua tempat tersebut.

Azmin berkata, tuduhannya itu bukan palsu dan beliau sanggup diheret ke mahkamah jika membuat tuduhan palsu.

"Pergi Tokyo ada kebaikan? Tolong laporkan kepada dewan. Mungkin boleh bawa Disneyland ke Sungai Panjang," katanya, sinis.


Kerjasama Dengan BN - 3 Syarat pro-rakyat !!

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat meletakkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, penjana tenaga bebas (IPP) dan air.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, syarat kedua ialah menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta ketiga, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.


edyes wrote:

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperbaiki setiap kesalahan dan kelemahan pasca 8 Mac 2008.

Setelah setahun rakyat bergelumang dalam politik yang kian memualkan, kini tiba masanya untuk satu perubahan total yang memenangkan kedua-dua belah pihak - iaitu rakyat.

Ayuh, lakukan sesuatu. kita dah muak dengar cerita politik sepanjang tahun.

Paklah, bubar DUN Perak, serahkan kuasa pada rakyat... lepas tu kita cerita. Saya pasti bahawa paklah akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga ke hujung penggal. (lebih baik ada PM tidor dari PM pembunuh...)

Buruk benor bila UMNO gaduh dengan UMNO

Ini kes perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Pada pengamatan saya, tiada seorang pun di antara ketiga-tiga pemimpin yang bakal dipilih sebagai ketua pemuda umno mempunyai kekuatan untuk merevolusikan UMNO kerana masing-masing punya legasi yang lebih berbentuk liabiliti. Hasilnya, UMNO akan tetap menjadi sebuah parti yang semakin dipinggirkan rakyat.

Khir dengan legasi rasuahnya, khairy dengan legasi songlapnya dan mukriz dengan legasi kuku besi bapanya. Mereka-mereka ini juga bakal mewarisi tahta UMNO suatu hari nanti, bersama rekod dan sejarah silam yang menjengkelkan.

Berikut adalah salah satu serangan (daripada banyak2 serangan) dari seorang blogger penyokong taksub si Khairy terhadap anak beranak mukhriz-mahathir.

Difahamkan minggu depan Pakatan Blogger-bloger BERUK HARAM JADAH akan bertemu dan seterusnya membuat pengkianatan, fitnah dan tomahan terhadap Khairy Jamaluddin.

Mereka terdiri daripada bloggers-bloggers yang kononnya hebat sangat dalam Bahasa Inggeris hinggakan perangai mereka pun dah jadi macam Mat Saleh bakal ahli neraka.

Beruk-beruk ini adalah penyokong Pak Kadok iaitu anak kepada Mat Jenin yang telah melingkupkan Malaysia selama 22 tahun. Akhirnya rakyat Malaysia merana dan lintang pukang hingga ke hari ini.

Pada beruk-beruk berkenaan jika anda BERUK JANTAN, sila bukakan topeng anda biar pembaca semua mengenali muka 'pengecut' anda itu. Jangan hanya berapi-rapi menuduh orang lain TANPA BUKTI kemudian sembunyi muka dan sembunyi tangan.

(petikan di atas adalah dari blog SUKJ)

Kalau beginilah rupenyer, tobat lahum budak-budak muda langsung tak berminat untuk dekati UMNO.


Siapa Ibrahim Ali yang sebenarnya...


Oleh penawarrinduku

Tak semena-mena Ibrahim Ali, wakil bebas Pasir Mas menyarankan agar di isytiharkan darurat di Perak. Apa kene mengena Ibrahim dengan Perak?Kekalutan di Perak langsung tidak menimbulkan sebarang ketegangan dikalangan rakyat.Usaha provokasi kearah itu juga jelas tidak berjaya.

Tidak seperti di Kelantan , tanggal 8 Non 1977 hari selasa akta darurat yang dibentangkan oleh Parlimen telah diluluskan.Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Disember 1977 BN telah membuat keputusan menendang PAS dari gabungan tersebut.


Ibrahim Ali bersama Dato' Muhamad Nasir selepas sidang Dun Kelantan.


Ibrahim tentu masih ingat ketika itu beliau balik dari belajar diploma di ITM Shah Alam,beliau ada saham dalam pergolakkan di Kelantan.Beliau penyokong umno tapi bersama Datok Mohamad Nasir bagi menimbulkan ketegangan bersama PAS.Akhirnya beliau menjadi ketua Pemuda Berjasa yang pertama dan seterusnya bergabung dalam BN selepas PAS di Tendang keluar. Itulah peranan beliau dalam darurat di Kelantan.




Ibrahim Ali antara penganjur demo menyokong Datok Muhamad Nasir sehinggakan BN melalui Parlimen mengisytiharkan darurat di Kelantan

Kemudian Ibrahim Ali meninggalkan [lompat] parti BERJASA(Barisan Jamaah Islamiah Malaysia) pada tahun 1978 dan meyertai umno.Pada tahun 1988 beliau meninggalkan pula Umno untuk bersama sama dengan tengku Razaleigh Hamzah di Parti serpihan UMno, Parti Melayu Semangat 46(S46), tahun 1994 beliau sekali lagi lompat untuk kembali semula bersama Umno BN,tahun 1995 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh Mahathir Mohamad dan tidak sampai sebulan Parlimen di Bubarkan,maka tercatitlah dalam sejarah beliau merupakan Timbalan Menteri yang paling singkat.

Ibrahim Ali pernah menganjurkan demontrasi menentang KDYMM Al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan di bangunan Umno tahun 1992 dahulu? Pelbagai cemuhan yang ditulis pada sepanduk ketika itu.

Pilihan raya 1995 beliau tewas atas tiket BN bila berdepan dengan Hj Zainuddin yang bertanding atas tiket S46.

Dalam pilihanraya Umum 1999 Ibrahim Ali sekali lagi tewas kepada calon PAS, Ustaz Ismail Noh.

Sementara itu semasa sidang Khas DUN Kelantan yang telah diadakan pada 25 Jun 2001 bagi menyelaraskan pindaan dengan peringkat Pusat. Antaranyamenetapkan sesuatu enakmen yang diluluskan dalam DUN menjadi undang-undang dengan sendirinya dalam masa 30 hari selepas itu walaupun tidak diperkenankan oleh Sultan. MB sedang memberikan ulasan tujuan pindaan itu.Di perkarangan Hotel Sentosa,Ibrahim Ali, Saufi Deraman, Norzula MatDiah dan Mohd Nor Idris telah menganjurkan satu demostrasi membantah pindaan tersebut.

Pada tahun 2004 Ibrahim Ali tidak dilantik semula sebagai ketua penaja Umno Bahagian Pasir Mas, selepas tidak puashati dengan tindakan Abdullah Ahmad Badawi, dalam Pilihanraya Umum 2004, Ibrahim Ali telah bertanding bebas di Parlimen Pasir Mas,beliau tewas dan dipecat seumur hidup dari menyertai umno.

Semasa dato' Seri Anwar Ibrahim di bebaskan dan mendapat rawatan di Munich, Jerman. Ibrahim Ali adalah orang terawal terbang kesana untuk mengampu dan membodek DSAI.Namun DSAI lebih mengenali Ibrahim Ali, beliau lah manusia yang mengutuk Anwar semasa mesyuarat MT Umno untuk memecat Anwar.Beliau berhajat untuk menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Kelantan.Cita-cita dan hasratbeliau tidak kesampaian.

Dalam pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir pada dis 2005, sekali lagi Ibrahim Ali bertanding atas tiket bebas dan beliau dan calon Pas tewas kepada calon BN Hanafi Mamat.

Pilihanraya umum 2008 Ibrahim Ali telah bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas dengan menggunakan lambang Pas walaupaun beliau cuma anak angkat Pas pada ketika itu.Beliau menang bergaya di Pasir Mas.

Kini seorang anak angkat yang di bela sebagai anak sendiri, yang diberi peluang untuk membina diri semula , untuk mengubah perangai mula derhaka kepada Pak Angkatnya.Peluang yang diberi oleh bapa angkatnya tidak diguna dengan baik.Perangai buruk, perangai lama sebelum di pungut dulu datang kembali.

Secara peribadi saya sendiri agak pelik macamana Ibrahim Ali boleh menjadi calon Pas di Kelantan, sedangkan sebelum ini antara syarat yang ditetapkan oleh Tok Guru ialah, calon Pas adalah mereka yang tidak merokok, sedangkan Ibrahim Ali adalah perokok yang sangat tegar.

Ibrahim Ali tanpa segansilu merokok dipentas ketika pendengar ceramah memerhati beliau dalam satu ceramah PAS di Selangor seawal kemenangan PRU -12

Ini lah serba sedikit catatan untuk mengenali Ibrahim Ali perdehaka kepada bapa Angkatnya. Catatan ini dibuat bagi mereka-meraka yang masih muda dan tidak berkesempatan mengenali sejarah Ibrahim Ali.

Friday, March 6, 2009

MCA: Mahkamah Syariah Ghairah Agama Berlebihan !

MCA menyifatkan keputusan menukar agama kanak-kanak bukan Islam berusia 15 bulan di mahkamah syariah sebagai "keghairahan agama berlebihan dan tidak sepatutnya" dan "salah guna sewenang-wenangnya" tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

"Penegasan tidak sewajarnya bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes seumpama ini memburukkan lagi keadaan," kata ketua biro pendidikan parti itu Gan Ping Sieu.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan baru-baru ini selepas dimohon oleh ibunya Chew Yin No atau Siti Zubaidah Chew Abdullah tanpa pengetahuan bapanya Hoo Ying Soon. - Malaysiakini


edyes wrote:

Bukankah ini satu penghinaan terhadap mahkamah? Tidak kiralah sebesar mana mahkamah itu, namun ia umpama satu penghinaan terhadap institusi Mahkamah Syariah.

Di bawah perlembagaan negara, Islam merupakan agama rasmi disamping hak beragama adalah terbuka kepada penganut agama lain. Ini perkara yang jelas.

Mengapa MCA mengutarakan isu ini? Sebagai parti komponan Barisan Nasional, pendekatan yang dibawa oleh MCA reflek kepada pendekatan Barisan Nasional itu sendiri. Malah, apa yang dinyatakan oleh MCA adalah bukan pandangan peribadi.

Di harap perkara ini tidak diambil enteng memandangkan ianya agak menyentuh sensitiviti penganut agama Islam.

Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat oleh Anwar Ibrahim



Hari: Ahad 8hb Mac 2009

Masa: Jam 3.30 PM

Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Anda juga boleh menonton siaran langsung acara tersebut di laman http://www.justin.tv/tvantara

Pada 8 Mac 2009, Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Pidato beliau akan menumpu pada isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia. Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.


Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Antara Hujah YB Zul dan Pernyataan TGNA fasal ALLAH

Berikut adalah konteks hujah YB Zul the riding MP;

Salam 2 all. Ramai yang bertanya apa pendirian saya bersabit dengan kenyataan bahawa Kristian di Malaysia boleh menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God untuk versi Bahasa Melayu.

Saperti yang telah saya nyatakan samada didalam blog mahupun dalam Parlimen sendiri bahawa saya tidak bersetuju sama sekali tuntutan oleh kumpulan Kristian atau mana-mana pihak yang mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama kepada God.

Oleh itu, walaupun menghormati perbezaan pendapat orang lain, namun dalam isu ini saya mengambil pendirian tidak bersetuju dengan kenyataan saperti itu.. Semoga ALLAH mengampunkan saya sekiranya pendirian saya ini salah disisi ALLAH. Moga ALLAH terus memberikan keampunan dan petunjuk serta hidayah kepada kita semua.

Bersama ini saya lampirkan statement yang telah saya buat dalam isu yang berkaitan:

Salam 2 all. I want to ask those Muslim who support the Christian used of ALLAH's name, do you agree with the Christian concept that ALLAH is one in 3 form..that ALLAH has begotten a child by the name of Jesus? Do you agree with the Punjabi's concept that ALLAH has many daughters in the form of angels?

Are we not told in no uncertain term by the owner of the name Himself i.e ALLAH.. that He is ALLAH one and only god..no children, no daughters..

Have you ever heard how ALLAH the owner of the name Himself condemned & cursed those who said that ALLAH has son by the name of Jesus or Uzair as clearly stated in AtTawbah:30?
Don't you think agreeing to the demand by the Christian & Punjabis or the kuffar that ALLAH has son & daughters goes against the very root of our faith? Have you ever asked yourself why the Christians are so adamant of using the word ALLAH only in the Malay version and only for the Malay audience. Why is it the name ALLAH is not used in the English version, and before the English speaking audience? Does it mean the name of the Christian god is interchangeable to suit their audience. Or is it because they have an ulterior motive..just like what ALLAH told us in Surah Al Baqarah:120?
You see Brothers/Sisters, don't get carried away with the argument of the kuffar. Please don't belittle us the Muslim. It's not the question of us getting confused..it's a question of defending the very fundamental belief of our faith..that there is no God other than ALLAH..the one and only God..

May ALLAH gives us His Guidance and may He forgive us for all our shortcomings. And may He forgive us for our inability to defend His name to our fullest ability. Grasias & jazakallah


Zulkifli Bin Noordin


Dan di bawah adalah satu pandangan yang amat menjelaskan di antara hujah YB Zul dan pernyataan TGNA... Harap semua pembaca akan lebih lega dengan pendapat di bawah;

Saudara Zulkifli Nordin berhujah dalam konteks penggunaan perkataan Allah oleh agama lain adalah salah kerana 'Allah' yang dimaksudkan oleh mereka adalah BUKAN 'Allah' yang sebenar-benarnya Allah sebagaimana yang diyakini oleh semua umat Islam iaitu 'Tuhan yang Esa'. Oleh itu, sekiranya mereka berterusan menggunakan perkataan Allah tersebut, maka akan timbul kekeliruan dalam masyarakat Islam bahawa 'Allah' di dalam Kristian dan Islam adalah sama, sedangkan pada hakikatnya tidak sama. sekiranya ini berlaku, iaitu umat Islam mengakui bahawa Allah di dalam Kristian sama dengan kepercayaan umat Islam, maka ditakuti akan jatuh akidah umat Islam itu sendiri.

jika anda pernah mengikuti debat oleh Syeikh Ahmad Deedat dengan salah seorang paderi, beliau (Syeikh Ahmad Deedat) telah menyatakan bahawa di dalam bible samada 'old testament' atau 'new testament' tidak pernah menyebukan perkataan Allah, tetapi menyebutkan tuhan dengan nama 'elohim'. dengan itu juga, hujah bahawa membolehkan agama lain menggunakan perkataan Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka adalah tidak benar sama sekali dan perlu dihalang demi menjaga keyakinan dan akidah umat Islam di Malaysia terutamanya.

manakala huja Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah secara ilmu Tauhid iaitu bahawa Allah itu sebenarnya bukan Tuhan untuk orang Islam sahaja. Allah adalah Tuhan semesta alam, Tuhan yang menjadikan segala apa yang ada dalam muka bumi ini mahupun yang belum ada. dalam konteks hujah TGNA, para pendengar perlu mentafsirkan dari sudut ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin dan bukan dengan cara membandingkan dengan hujah yang lain kerana konteks maksud yang berbeza.

Allah swt yang dimaksudkan oleh TGNA adalah Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan adalah Tuhan kepada semua makhluk. dan bukannya hanya dari sudut perkataan 'Allah'. sesungguhnya Rasulullah itu diutuskan juga untuk semua manusia dan bukannya untuk umat Islam sahaja.

semoga tidak lagi timbul kekeliruan di antaranya. dan nasihat kepada semua sahabat, jangan pandai membuat kesimpulan dan andaian melibatkan keTahudian kepada Allah kerana akibatnya sangat BAHAYA kerana semua dosa diampunkan Allah swt KECUALI dosa syirik. na'uzubillah.

Kelanajiwa

PPSMI - Bersedialah untuk berhimpun...

Berikut adalah maklumat dan jadual bagi menjayakan perhimpunan 100ribu basmi PPSMI ;

logo-gmp

Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang. GMP telah menetapkan tiga lokasi tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti berikut:

1. Pusat Perniagaan SOGO

2. Centrel Market
3. Masjid Negara

Tarikh: 7 Mac 2009

Masa: 2 Petang

Nota: Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putihyang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.

logo-gmp

Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Y.Bhg Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samasekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan.

Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato’ A.Samad Said, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Y.B Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Y.B Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Akan hadir dalam perhimpunan

Akan hadir dalam perhimpunan

Warna tema GMP adalah ’putih’. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.

GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP. Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.

HASNI ABAS
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)
27hb Februari 2009


edyes wrote:

Saya tidak akan hadir kerana tidak sependapat dalam perihal PPSMI. Walaupun saya tidak sokong bantahan ini, saya tetap menyatakan sokongan penuh terhadap kajian menyeluruh perlunya PPSMI ini bersama wakil-wakil dari Pakatan Rakyat.

Harap Maklum...

"Jangan bunuh saya, Saya ada anak...."





Saya juga ada anak.... Jadi saya sangat sedih mendengar ungkapan terakhir Altantuya sebelum beliau 'dijimat' oleh polis-polis kejam.

Bayangkan, apakah perasaan seorang anak kecil berumur sekitar 4 tahun menunggu kepulangan ibunya? fahamkah budak itu yang ibunya telah dibunuh oleh polis malaysia angkara pemimpin bakal perdana menteri kita?

Siapa nak jawab kat budak nie?? Siapa nak bertanggungjawab ? Kerajaan Malaysia?? Razak Baginda??

baca petikan penuh catatan sirul di sini

Terjemahan dari akhbar Perancis : Bagaimana dan mengapa ia dibunuh...

(gambar dicilok dari sheikh kickdefella)

Artikel ini diterjemahkan oleh Kerajaan Rakyat dari artikel asal yang bertajuk “The Altantuya Shaaribuu’s Case : How And Why She Was Killed?” dan disiarkan oleh sebuah akhbar Perancis pada 5 Mac 2009.

—-

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya.

“Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.

Pembunuhan anak perempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.

Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.

“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.

Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.

Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah.

Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan.

“Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.

Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris.

“Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.

Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.

Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang dituduh melakukan jenayah tersebut, tampil di hadapan Mahkamah bulan lepas. Jika disabit kesalahan, mereka akan dihukum mati. Mahkamah akan memutuskan pada 9 haribulan April.

Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.

Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.

Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.

Terjemahan Bahasa Melayu oleh : Kerajaan Rakyat

Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)


Terjemahan berbahasa inggeris di sini



edyes wrote:

Tekanan demi tekanan buat Najib.

Sambil paklah mengutarakan pendiriannya untuk melepaskan jawatan kepada Najib Razak, sambil itu jugalah satu persatu pendedahan berlaku umpama tidak memberi laluan yang mudah buat Najib untuk bertahta.

Dalam masa yang sama juga, perhatian rakyat dialihkan kepada kes Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah pun tersedia untuk menjadi santapan mahkamah tinggi. Hakim Komathy Mati !


Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan