Wednesday, March 4, 2009

Dalam keadaan darurat, babi pun boleh dimakan !


1. Persidangan tergempar yang telah diatur dan ditetapkan oleh panggilan speaker dewan seharusnya berlaku di Bangunan Dewan Undangan Negeri. Itu undang-undang, itu perlembagaan.

2. Namun apabila berlaku suatu musibah sejurus sebelum persidangan tergempar dimulakan, maka timbullah inisiatif darurat yang membenarkan persidangan itu diteruskan.

3. Panggilan persidangan tergempar berlaku apabila terdapat ketidak-stabilan pemerintahan atau berlaku suatu kecelakaan yang tidak semena-mena dan ianya harus TIDAK ditangguhkan kerana ianya dinamakan 'tergempar'.

4. Sekiranya Bangunan Dewan Undangan Negeri roboh beberapa minit sebelum sidang tergempar dimulakan, maka di sinilah yang dinamakan darurat kerana ketiadaan tempat untuk bersidang.

5. Begitu jugalah sekiranya Bangunan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya menjadi tempat bersidang, dihalang oleh tentera PENJAJAH daripada dimasuki oleh wakil-wakil rakyat yang sah untuk suatu sidang tergempar.

6. Dalam keadaan darurat ini, persidangan bawah pokok itu sah di bawah perlembagaan.

7. Kesahihannya juga disokong oleh seorang prof. penganalisis politik Dr Mohamed Agus Yusoff yang turut berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

8. Menurutnya lagi, perkenan Sultan tidak diperlukan kerana sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan.

9. Tindakkan MB Nizar dan Adun2 yang bersidang di bawah pokok setelah tidak dibenarkan masuk oleh polis dan FRU adalah suatu tindakan yang tepat kerana, isu tergempar tidak harus ditangguhkan.

10. Bak kata Prof Dr. Agus, "Jangankan kata bawah pokok, jika atas pokok sekalipun ianya tetap sah"



10.5 Bubar sajalah DUN Perak, itu adalah jalan terbaik sejak 5 Februari lagi.


2 comments:

Anonymous said...

darurat?? bila tu bro??
tanya kat puak yg sokong PR mmg sah la...semua ok...
tambah2 AI...

Edyes said...

sila jangan bodohkan diri sendiri...

terima kasih