Wednesday, March 18, 2009

Mustahil UMNO-BN Membawa Perubahan !

Setelah anaknya digantung tugas semalam, hari ini YB Karpal Singh pula dihadapkan dengan tuduhan menghasut, hanya kerana memberi pandangan profesional berhubung kedudukan Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Saya rasa ramai sekali pakar perundangan yang memberi pandangan mereka berhubung isu tersebut, ada yang bersetuju, ada yang tidak.

Episod ini terjadi hanyalah kerana Singa Bukit Gelugor adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat! Beliau cuba dialahkan dengan kekuasaan milik pemerintah, namun rakyat keseluruhan yang dahagakan Perubahan pastinya bersama wakil Pakatan Rakyat.

Hadir bersama pagi tadi di mahkamah ialah Saudara Kit Siang, Guan Eng, Tian Chua dan saya sendiri. Jelas perubahan yang dicanang seluruh negara adalah kepura-puraan Umno-Bn bagi meraih kembali sokongan rakyat.

Terpalit dengan pelbagai skandal penyalahgunaan kuasa juga rasuah, mustahil Umno-Bn mampu memangkin agenda perubahan. Baru sahaja pilihanraya umum yang lalu, rakyat menghantar mesej kepada penguasa, dan untuk kesekian kalinya, mereka memandang remeh mesej tersebut.

ANWAR IBRAHIM

edyes wrote:

Penyakit barah yang dihidapi UMNO dan BN amatlah teruk hinggakan lebih baik mati dari hidup. Mereka menghalalkan rasuah sesama mereka, begitu juga dengan penyokong tegarnya. Mereka tahu rasuah itu berleluasa di kalangan mereka, mereka tahu penyalahgunaan kuasa termasuklah melantik kroni sanak saudara sahabat handai yang akhirnya menjadikan sekelumpuk umat kaya raya.

Pendukung UMNO juga tidak buta malah membenarkan gejala kolar putih yang tidak sihat ini berlaku. Kepentingan mereka dalam merompak khazanah negara nyata sekali memberikan impak kesengsaraan kepada rakyat kebanyakkan.

UMNO masih tidak sedar dan masih tidak mahu berubah ekoran daripada kekalahan 8 Mac di mana mandat 2/3 yang diperolehi sebelum ini telah dinafikan oleh rakyat. Malah mereka merancang untuk terus berkuasa dengan pelbagai helah dan juga dengan menggunakan segala kekuatan agensi kerajaan yang sepatutnya bukan milik mutlak mereka.

UMNO juga diperkuat dengan propaganda media arus perdana dengan menabur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap lawan, sedangkan rakyat kini tidak lagi melihat media-media ini sebagai sumber berita utama.

Di manakah logiknya untuk berubah jika mereka masih terus mengganas dengan menafikan hak rakyat? Menafikan pilihan rakyat? Saya percaya, tiada harapan untuk UMNO dan BN melakukan perubahan dengan kelaku pemimpin mereka masakini.


4 comments:

Anonymous said...

1. tersebut sebuah kisah, sebuah negara bernama Sia.rakyatnyer berbilang kaum.ada kaum M,kaum C, kaum I dan beberapa jenis kaum lg.mereka hidup aman dan damai pd dasarnyer tetapi didalam hati memendam rs benci dan iri hati.
2. adalah diberitakan bahawa kaum M adalah penduduk asal negara itu dan kaum2 lain cuma pedagang,pekerja dan pendatang dr luar.tp itu adalah 50 thn yg dahulu.kini semua sudah menjadi wargenegara Sia.mereka semua mempunyai impian besar untk memiliki negara Sia ini.oleh itu setiap kaum merancang sesuatu tuk ms depan anak2 mereka agar lebih terjamin.
3. kaum M, mereka percaya kepada kuasa kaum mereka sendiri.mereka yakin, sebagai kaum majoriti, semua hak keistimewaan kaum M ini perlu dijaga.kerana dgn menjaga hak2 kaum M,mereka senang diangkat tuk jadi pemimpin.di dalam usaha tuk jd pemimpin itu,mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mereka sanggup mengkhianati kaum mereka sendiri.entah sampai bila agaknyer perbalahan ini.
4. kaum C, mereka adalah kaum yg byk bersabar.penuh dgn strategi.mudah dianggap kwn tetapi menyusun perancangan tuk mengambil negara Sia.mereka percaya, perancangan mereka memerlukan masa yg lama tuk direalisasikan.mereka percaya pd kuasa ekonomi.mereka mendidik anak2 mereka untuk berdikari dan bersemangat.mereka tidak galakkan anak2 mereka berhijrah ke tempat luar atau bandar2 besar.perniagaan keluarga perlu diwarisi.kekayaan perlu dibina.mereka perlu membeli tanah dan perumahan baru.mereka perlu menjadi majoriti di setiap kawasan kerana sistem wakil rakyat di negar Sia, calon ditentukan berdasarkan majoriti kaum disetiap kawasan.ini bermakna,jika kaum C adalah majoriti dikawasan itu, maka calon kaum C akan jadi wakil di situ.apabila sudah ramai wakil mereka terdiri dr kaum mereka,usaha tuk mendapatkan negara itu akan tercapai.untuk rekod, usaha itu memang didalam proses peningkatan tuk berjaya kerana kaum C ini sudah menjadi kaya raya dan tidak menjadi masalah untuk mereka mempunyai bilangan keluarga yg ramai berdasarkan faktor ekonomi keluarga kaum C berbanding kaum M.
5. kaum I, mereka juga punya cita2 yg tinggi tetapi cara mereka berlainan. mereka sedar bahawa negara Sia berlandaskan perlembagaan. perlembagaan hanya boleh dilawan dgn undang2. oleh kerana itu, mereka perlukan ahli2 politik dr kalangan kaum mereka mempunyai ilmu2 yg berkaitan dgn undang2.mereka wajibkan setiap dari mereka yg bergelar peguam, agar menceburi politik.mereka yakin,slagi mereka berpegang dgn undang2, mereka akan dapat memiliki Sia ini secara sah.untuk rekod, usaha mereka sekarang sudah menampakkan hasil apabila sudah byk kes2 difailkan dimahkamah dan mereka juga telah cuba mempertikaikan keistimewaan kaum M berlandaskan undang2.
6. apakah kaum M yg sentiasa berbalah sesama sendiri dan ada yg sanggup menjadi pengkhianat bangsanya tuk menjadi pemimpin menyedari akan situasi ini?atau adakah suatu hr nanti sejarah akan dicatat bahawa negara Sia adalah warisan dr satu bangsa ke satu bangsa?moga setiap anak cucu di masa yg akan dtg tidak akan menyumpah dan menghina generasi terdahulu darinya.

Anonymous said...

acoy seorang kaum M UMNO yg sekular + racist. sesiapa pon boleh berjaya tak kira kaum M, kaum C atau kaum I. kalau kaum M sendiri kaki RASUAH, BOM, LARI ANAK RAJA, DUIT BERKEPUK, SEX PEREMPUAN buat apa? yang kaya cuma kaum M UMNO, kaum C MCA dan kaum I MIC. kaum M PR dituduh balaci kaum C DAP, kaum C DAP dituduh komunis, kaum I PR dituduh tak sedar diri, padahal kaum M,C,I PR yg nak memperjuangkan keadilan samarata sebagai WARGANEGARA Sia dibuminya sendiri..dan seperti biasa kaum M UMNO menuduh kaum M di negara Sia selalu berBALAH dan menyebabkan kaum C dan I mengambil kesempatan, bukannya apa sebab kaum M UMNo tahu kalau semua kaum M, C, dan I bersatu hati, kaum M UMNO tak boleh cari makan..fikirkanlah

Anonymous said...

umno-bn memang tak berubah tapi ia membawa perubahan yang ketara kepada rakyat khususnya mereka yg membenci sistem kekuasaan mutlak.cacat perlaksanaan dan pentadbiran lagi terang lakonannya.mana mungkin orang kebanyakkan tidak dapat menilai tingkah laku mereka yg tempang atau sumbang.sedang orang kebanyakkan telah belajar melihat dunia luar sekian lama untuk mendapatkan perbezaan mana yg baik atau burok

Anonymous said...

sapa lagi pemimpin ameno yang boleh digunapakai???

semua dah sebati dengan rasuah... memang mustahil nak berubah!