Monday, March 16, 2009

I Vote for Nizar


Saya yakin walau siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PAS, asalkan calon tersebut mempunyai latar belakang yang tidak meragukan, pasti Pakatan Rakyat akan beroleh kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Sejauh mana bertambahnya majoriti itu adalah perkara yang kedua kerana PAS adalah penyandang Bukit Gantang, maka yang menjadi keutamaan ialah kemenangan mutlak. Kita mahu mengekalkan rentak kemenangan Pakatan Rakyat sejak dari PRK Permatang Pauh hingga ke Kuala Terengganu dan kini di Bukit Gantang.

Kekalahan demi kekalahan yang ditanggung oleh Barisan Nasional akan menggugurkan saki-baki sisa-sisa moral yang tinggal dan biarkan mereka rasa kekalahan itu milik mereka kerana UMNO dan Barisan Nasional ternyata telah ditolak oleh rakyat. Tumbangnya UMNO dan BN itu atas kerakusan mereka sendiri terutamanya dalam merampas sebuah kerajaan sah MB Nizar.

Seperti yang saya katakan tadi, siapa pun calon InsyaAllah kemenangan akan berpihak pada PAS. Namun secara simboliknya, pemilihan MB Nizar sebagai calon akan melahirkan sebentuk penyokongan terhadap kerajaan yang beliau terajui daripada rakyat negeri Perak.

Saya sebagai blogger berhaluan kanan pendukung Pakatan Rakyat ingin menyatakan hasrat untuk melihat MB Nizar sebagai calon Parlimen Bukit Gantang. Ia menggambarkan betapa simboliknya pilihanraya kali ini.





2 comments:

Melayu Sejati said...

Salam Bro,

1. Jika PR letak kambing pun..kambing tu akan menang.

2. Calon BN dari Jabatan Sisa Pepejal..HAHA..dia akan jadi SISA terus di Bkt Gantang.

3. Bro...aku sekarang kat bawah sini:

http://politikanjing.blogspot.com

Anonymous said...

Akum Bro...

Saya yakin dan percaya PR akan menang di bukit gantang..Tak kira lah siapa calonnya...ini kerana rakyat sudh bosan dan muak dng BN sekarang..Pada BLOGGES2 yg pro dan bersimpati kepada perjuangan PR,saya ucapkan selamat berjuang utk memenangkan calon PR dlm pilihanraya bukit gantang ini..Jasa kalian amat2 dihargai...