Friday, February 20, 2009

Hingga Titisan Darah Terakhir Atau Hingga Titisan Arak Terakhir?


Justify Full

Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecahbelahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.



edyes wrote:

Bila sokongan dari rakyat terhadap UMNO dah semakin berkurangan, bila rakyat telah mula menolak politik perkauman, politik sempit, politik ugut, politik umnoputra dan politik pelbagai helah permainan UMNO, maka timbullah satu situasi terdesak yang menggambarkan terkuburnya pemerintahan UMNO dalam PRU akan datang.

Bila sudah terdesak, institusi raja pula menjadi sasaran adu domba. Institusi raja digunakan dan dipergunakan oleh UMNO demi menarik kembali sokongan rakyat yang kononnya rakyat akan sentiasa bersama raja. Inilah taktik yang digunapakai oleh penjajah British untuk mendapatkan kuasa dan juga dalam masa yang sama, merompak khazanah alam milik tanah melayu ketika itu.

Demi mengharapkan sokongan rakyat, UMNO mempertahankan raja sedangkan merekalah yang memulakan sengketa. UMNO mencipta suatu jalan supaya penyokong pakatan bangkit menentang raja disanggah.

Oleh demikian, apakah maknanya Hisham Tun Hussin bersama gerombolan pemudanya mempertahankan institusi raja? Apakah maksudnya apabila UMNO benar-benar menjadi 'royal defender'? Atau UMNO menjadi penasihat kepada raja-raja melayu sepertimana yang dilakukan oleh JWW Bicth?

Walaubagaimanapun, Bolehkah barisan Pemuda UMNO mempertahankan institusi raja dalam keadaan mabok tonggang? Dengan ketuanya, dengan timbalanya... ahli-ahli jangan cerita lah...

1 comment:

Anonymous said...

lo bro ,mmg gitu petrangai org yang dah korup idea, dulu depa gak yang hina sultan, la ni nak pertahankan sultan lak, sebenornya sultan dimata dan hati jer dema nie, cakap mcm pondan ada hati nak pertahankan sultan, ngan fru dah lari kelam kabut..hehehhehehehhe