Friday, March 6, 2009

MCA: Mahkamah Syariah Ghairah Agama Berlebihan !

MCA menyifatkan keputusan menukar agama kanak-kanak bukan Islam berusia 15 bulan di mahkamah syariah sebagai "keghairahan agama berlebihan dan tidak sepatutnya" dan "salah guna sewenang-wenangnya" tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

"Penegasan tidak sewajarnya bidang kuasa mahkamah syariah dalam kes seumpama ini memburukkan lagi keadaan," kata ketua biro pendidikan parti itu Gan Ping Sieu.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan baru-baru ini selepas dimohon oleh ibunya Chew Yin No atau Siti Zubaidah Chew Abdullah tanpa pengetahuan bapanya Hoo Ying Soon. - Malaysiakini


edyes wrote:

Bukankah ini satu penghinaan terhadap mahkamah? Tidak kiralah sebesar mana mahkamah itu, namun ia umpama satu penghinaan terhadap institusi Mahkamah Syariah.

Di bawah perlembagaan negara, Islam merupakan agama rasmi disamping hak beragama adalah terbuka kepada penganut agama lain. Ini perkara yang jelas.

Mengapa MCA mengutarakan isu ini? Sebagai parti komponan Barisan Nasional, pendekatan yang dibawa oleh MCA reflek kepada pendekatan Barisan Nasional itu sendiri. Malah, apa yang dinyatakan oleh MCA adalah bukan pandangan peribadi.

Di harap perkara ini tidak diambil enteng memandangkan ianya agak menyentuh sensitiviti penganut agama Islam.

1 comment:

EQUILIBRIUM said...

teman sikit pun tak heran. nak tengok lebih kaw2 punya rajin2 le melawat website mca. cuma media haprak amno je malu2 tenuk nak siarkan.

mungkin mca nak jadi lebih jaguh dari karpal kot muahahhahaha