Wednesday, March 11, 2009

Siapa Ibrahim Ali yang sebenarnya...


Oleh penawarrinduku

Tak semena-mena Ibrahim Ali, wakil bebas Pasir Mas menyarankan agar di isytiharkan darurat di Perak. Apa kene mengena Ibrahim dengan Perak?Kekalutan di Perak langsung tidak menimbulkan sebarang ketegangan dikalangan rakyat.Usaha provokasi kearah itu juga jelas tidak berjaya.

Tidak seperti di Kelantan , tanggal 8 Non 1977 hari selasa akta darurat yang dibentangkan oleh Parlimen telah diluluskan.Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Disember 1977 BN telah membuat keputusan menendang PAS dari gabungan tersebut.


Ibrahim Ali bersama Dato' Muhamad Nasir selepas sidang Dun Kelantan.


Ibrahim tentu masih ingat ketika itu beliau balik dari belajar diploma di ITM Shah Alam,beliau ada saham dalam pergolakkan di Kelantan.Beliau penyokong umno tapi bersama Datok Mohamad Nasir bagi menimbulkan ketegangan bersama PAS.Akhirnya beliau menjadi ketua Pemuda Berjasa yang pertama dan seterusnya bergabung dalam BN selepas PAS di Tendang keluar. Itulah peranan beliau dalam darurat di Kelantan.




Ibrahim Ali antara penganjur demo menyokong Datok Muhamad Nasir sehinggakan BN melalui Parlimen mengisytiharkan darurat di Kelantan

Kemudian Ibrahim Ali meninggalkan [lompat] parti BERJASA(Barisan Jamaah Islamiah Malaysia) pada tahun 1978 dan meyertai umno.Pada tahun 1988 beliau meninggalkan pula Umno untuk bersama sama dengan tengku Razaleigh Hamzah di Parti serpihan UMno, Parti Melayu Semangat 46(S46), tahun 1994 beliau sekali lagi lompat untuk kembali semula bersama Umno BN,tahun 1995 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh Mahathir Mohamad dan tidak sampai sebulan Parlimen di Bubarkan,maka tercatitlah dalam sejarah beliau merupakan Timbalan Menteri yang paling singkat.

Ibrahim Ali pernah menganjurkan demontrasi menentang KDYMM Al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan di bangunan Umno tahun 1992 dahulu? Pelbagai cemuhan yang ditulis pada sepanduk ketika itu.

Pilihan raya 1995 beliau tewas atas tiket BN bila berdepan dengan Hj Zainuddin yang bertanding atas tiket S46.

Dalam pilihanraya Umum 1999 Ibrahim Ali sekali lagi tewas kepada calon PAS, Ustaz Ismail Noh.

Sementara itu semasa sidang Khas DUN Kelantan yang telah diadakan pada 25 Jun 2001 bagi menyelaraskan pindaan dengan peringkat Pusat. Antaranyamenetapkan sesuatu enakmen yang diluluskan dalam DUN menjadi undang-undang dengan sendirinya dalam masa 30 hari selepas itu walaupun tidak diperkenankan oleh Sultan. MB sedang memberikan ulasan tujuan pindaan itu.Di perkarangan Hotel Sentosa,Ibrahim Ali, Saufi Deraman, Norzula MatDiah dan Mohd Nor Idris telah menganjurkan satu demostrasi membantah pindaan tersebut.

Pada tahun 2004 Ibrahim Ali tidak dilantik semula sebagai ketua penaja Umno Bahagian Pasir Mas, selepas tidak puashati dengan tindakan Abdullah Ahmad Badawi, dalam Pilihanraya Umum 2004, Ibrahim Ali telah bertanding bebas di Parlimen Pasir Mas,beliau tewas dan dipecat seumur hidup dari menyertai umno.

Semasa dato' Seri Anwar Ibrahim di bebaskan dan mendapat rawatan di Munich, Jerman. Ibrahim Ali adalah orang terawal terbang kesana untuk mengampu dan membodek DSAI.Namun DSAI lebih mengenali Ibrahim Ali, beliau lah manusia yang mengutuk Anwar semasa mesyuarat MT Umno untuk memecat Anwar.Beliau berhajat untuk menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Kelantan.Cita-cita dan hasratbeliau tidak kesampaian.

Dalam pilihanraya kecil Dun Pengkalan Pasir pada dis 2005, sekali lagi Ibrahim Ali bertanding atas tiket bebas dan beliau dan calon Pas tewas kepada calon BN Hanafi Mamat.

Pilihanraya umum 2008 Ibrahim Ali telah bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas dengan menggunakan lambang Pas walaupaun beliau cuma anak angkat Pas pada ketika itu.Beliau menang bergaya di Pasir Mas.

Kini seorang anak angkat yang di bela sebagai anak sendiri, yang diberi peluang untuk membina diri semula , untuk mengubah perangai mula derhaka kepada Pak Angkatnya.Peluang yang diberi oleh bapa angkatnya tidak diguna dengan baik.Perangai buruk, perangai lama sebelum di pungut dulu datang kembali.

Secara peribadi saya sendiri agak pelik macamana Ibrahim Ali boleh menjadi calon Pas di Kelantan, sedangkan sebelum ini antara syarat yang ditetapkan oleh Tok Guru ialah, calon Pas adalah mereka yang tidak merokok, sedangkan Ibrahim Ali adalah perokok yang sangat tegar.

Ibrahim Ali tanpa segansilu merokok dipentas ketika pendengar ceramah memerhati beliau dalam satu ceramah PAS di Selangor seawal kemenangan PRU -12

Ini lah serba sedikit catatan untuk mengenali Ibrahim Ali perdehaka kepada bapa Angkatnya. Catatan ini dibuat bagi mereka-meraka yang masih muda dan tidak berkesempatan mengenali sejarah Ibrahim Ali.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan