Tuesday, August 19, 2008

Siapa Imam Masjid WPKL ? Ramlang Porigi ??

oleh Topeng_Perak

Sape pulak Ramlang Porigi?

Apa kene mengena Ramlang Porigi ni dengan "Sumpah Mubahalah"?

Betul ke Ramlang ni Imam macam yang akhbar laporkan masa Say Fool buat sumpah mubahalah?

Aku berminat nak selidik beberapa individu yang terlibat dalam majlis sumpah keramat Say-Fool tu bila aku perhatikan ada beberapa kemusykilan berlaku dalam majlis tersebut.

Keliru yang pertama - majlis diadakan secara tertutup sedangkan sedari awal dikhabarkan bahawa akan diadakan secara langsung.
Keliru ke-2 - majlis diadakan secara tergesa-gesa.pada awalnya dimaklumkan bahawa Say Fool akan memaklumkan tarikh majlis sumpah mubahalah akan diadakan tetapi sebaliknya pula berlaku dimana majlis mengumumkan tarikh sumpah mubahalah bertukar menjadi majlis sumpah mubahalah...kenapa tergesa-gesa?dah lah dari awal lagi ambil masa yang lama untuk umumkan tarikh, sampai masa saat akhir tiba-tiba terus sumpah mubahalah seolah tiada persediaan & juga seperti desperate.

Kalau nak ikutkan perbicaraan dimahkamah belum bermula, tekanan dari mana-mana pihak pun boleh dikatakan tak de pun.kalau yang ada tu cuma pertikaian biasa macam yang berlaku dalam mana-mana kes berprofile tinggi...kenapa desperate sangat?

Keliru ke-3 - majlis yang sepatutnya disiarkan secara langsung seperti yang dijanjikan sebelum ini menjadi 1 majlis tertutup & khabarnya wartawan dihalang untuk turut serta dalam majlis tersebut.tetapi akhirnya ada juga yang berjaya meloloskan diri & membuat liputan bertulis & beberapa snap gambar manakala rakaman video pula khabarnya hanya diambil dari tak lebih dari 3 video camera & lokasi kamera video pula hanya menghadap beberapa individu berkepentingan.

Keliru ke-4 - 15hb.Ogos lebih kurang jam 5 petang, ada sahabat dari Permatang Pauh msg.katanya sebelum ni jarang UMNO/BN naikkan layar putih dekat pondok panas depa kecuali kalau ada ceramah tapi kali ni lain sikit.belum penamaan calon depa dah naik layar putih.

Rupa-rupanya lepas Say Fool angkat sumpah pondok panas UMNO/BN pakat-pakat tayang berita TV3suku malam tu...patut la...depa macam dah tau dah Say Fool nak angkat sumpah, jadi depa standby peralatan awal-awal untuk siarkan kat pondok panas...kebetulan ke?

Balik dari Permatang Pauh aku dapat 1 sms maklumkan bahawa Imam Masjid Wilayah tak terlibat dalam majlis sumpah Say Fool...aish...lagi la aku keliru...setahu aku semua media melaporkan bahawa majlis tersebut disertai oleh Imam Masjid Wilayah...

petikan berita awal - KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.


Aku pun mula search & result yang aku dapat -

Info 1 - Timbalan Penyelia : Us. Ramlang bin Porigi
H/P : 019-356 9680/012-5708143 - rujuk [ sini ]

Info 2 - Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Ramlang bin Porigi
Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam
Telifon : 03 6201 8780 ext :158 - rujuk [ sini ]

Dari sumber diatas tak de satu pun yang mengesahkan bahawa individu bernama Ramlang bin Porigi ni memegang jawatan Imam Masjid Wilayah.dari carian yang aku buat, cuma ada 3 nama yang memegang jawatan Imam Masjid Wilayah - 1 jawatan Imam besar & 2 Imam sahaja.mereka-mereka yang memegang jawatan Imam ialah :-

Cawangan >> Pejabat Imam Besar
Nama : Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh
Jawatan : Imam Besar
Talian Terus :03 6201 8780 ext :137 - rujuk [ sini ]

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Moghni bin Israni
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :123 - rujuk [ sini ]

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Mohd. Zulkhairi bin Zulkifli
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :142 - rujuk [ sini ]

Kalau betul maklumat yang aku dapat ni, hangpa pikiaq la sendiri.orang kalau dah jawatan lain tetiba menyamar isytihar diri lebih dari jawatan yang disandang ni jenis manusia apa?apa kepentingannya nak kene menyamar sebagai Imam?

Zaman sekarang ni agama cuma mainan bagi setengah-setengah puaka.nantikan balasan diakhirat kelak..!

Ini bukan keseluruhan drama...ada lagi yang bakal aku & blogger2 seangkatan bongkarkan...buat UMNO/BN - korang yang mulakan "Game" ni & kami menyahut cabaran korang..!ahli-ahli & penyokong-penyokong UMNO/BN boleh korang nak bodohkan, tapi tidak kami..!

Kita lihat siapa yang kena!

Fikir-fikirkan...

Lawat (jangan liwat) Perisik Rakyat

edyes wrote:

Syabas !

Satu pendedahan yang sangat menarik. Ini mencerminkan permainan politik UMNO.

Adakah kerana imam besar dan imam-imam yang lain di masjid WPKL ini tidak dapat di'beli' ? Fikir-fikirkanlah...

5 comments:

Anonymous said...

edyes,

saudara nampaknya terlalu taksub dengan anwar hingga manusia macam saiful yang cuba mencari keadilan sekalipun saudara buruk-burukkan.

buka akal dan minda saudara luas-luas, jika saudara di liwat oleh anwar ibrahim, sudah tentu saudara buat perkara yang serupa. saya lihat bersungguh benar saiful mencari keadilan.

beliau bersumpah dengan nama Allah s.w.t. di dalam masjid dan bersaksikan imam bersumpah dengan nama Allah. saya lihat lengkap aturan sumpah beliau dan jika beliau menipu beliau pasti akan dilaknat. apa lagi yang tak cukup di mata saudara?

bukan hak saudara utk menidakkan kebenaran, kerana suatu hari nanti kebenaran akan keluar jua. jadi kenapa saudara risau benar terbukti anwar mmg suka meliwat? adakah kerana ego saudara yang percaya kepada manusia anwar sejak dari dulu dan saudara malu utk akui kesilapan.

jangan risau saudara.. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui dan tidak berlaku zalim terhadap hambaNya. dia akan keluarkan kebenaran jua dan pasti saudara terpaksa terima kenyataan ini jua.

Tak perlu momokkan dengan cuba menjatuhkan imej saiful dengan pelbagai alasan tak munasabah.

Saiful yakin kepada keadilan Allah sebab itu beliau bersumpah dengan memegang Quran dan berada di rumah Allah. Saiful yakin pada agama dan pembalasan Allah. sebab itu beliau tidak takut. kenapa perlu dipersoalkan perkara remeh temeh yang tak masuk akal akan cara beliau bersumpah? adakah tidak jelas lagi bahawa dia mmg cuba mencari keadilan buat dirinya dan buat seluruh rakyat malaysia yang ditipu sejak dari 1998 oleh anwar.

Jika anwar tidak bersalah dan percaya kepada Allah, kenapa dia tidak bersumpah junjung Quran? kalau kita tak percaya kepada Allah, kepada siapa lagi kita hendak lebih percaya? Kepada anwar ibrahim?

Edyes said...

Salman jangan silap.

1. Saya tidak taksub Anwar. Jika terbukti beliau bersalah, sudah tentu saya akan menentang beliau.

2. Sewaktu sodomy I 1998 dulu, saya adalah antara orang yang 'percaya'.

3. Oleh kerana terdapat pelbagai keraguan dan kepincangan fakta, ia sudah pasti membuka mata setiap insan yang punya akal. Saya begitu insaf kerana sebelum ini (1998-2002) saya begitu lantang mencerca beliau. Saya sedar bahwa bukan saya yang menjatuhkan hukuman terhadap seseorang.

4. Sumpah junjung Quran seperti yang saudara maksudkan adalah seumpama sumpah si kristian dan biblenya.

5. Islam juga mengajar kita bahwa ADALAH LEBIH BAIK MELEPASKAN YANG BERSALAH DARIPADA MENGHUKUM YANG TIDAK BERSALAH.

Anonymous said...

Salman al-farisi...

Tolong buka mata dan renungkan pakai akal fikiran

Mesti si salman ni saudara mara tunang si saiful ni!!

Anonymous said...

Aduh..duh..duh, nampaknya si Ramlang tu dah termasuk porigi buta kot?

Awat ler umno buat cam ni?
Takkanlah nak tipu kami tengah terang tang2 lagu tu. Janganlah sekali2 meragui ataupun memandang rendah akan daya kebijaksanaan kami sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya bertuah kerana dapat bernafas di alaf baru yang serba moden dan canggih ini.

kalau ya pun nak menipu, toksah lah pakai media2 macam tu sekali, tak pasal2 diaorang dapat dosa free sebab bersubahat dengan korang.

Lepas tu, korang buat dosa pulak dalam masjid, rumah Allah, tempat ibadah muslimin dan muslimat. Apa semua ni?

Apakah Islam Hadhari Pak Lah memang sedang berusaha bersungguh2 untuk memperkenalkan ajaran2 baru yang mereka anggap lebih baik dan lebih bertamadun dari ajaran Islam yang sedia ada yang telah menjadi pegangan rakyat selama ini?

Tak takutkah nanti kalau dianggap Islam Hadhari sebenarnya jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar sehinggakan pada satu tahap sudah boleh dianggap sebagai ajaran sesat lagi menyesatkan.

Mudah-mudahan pendokong2 mazhab Islam Hadhari akan terbukalah hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan dan menghayati ajaran Islam yang sebenar-benarnya agar rakyat terbanyak tidak akan terus menerus dikelirukan oleh fatwa2 dangkal ulama Islam Hadhari.

Anonymous said...

Saudara Edyes,

Membaca pendedahan di atas, saya semakin berharap DSAI benar-benar bersalah.

Andainya tidak, konspirasi ini lebih buruk daripada tahun 1998 dahulu. Pada waktu itu kebanyakan yang terlibat hanyalah dari bidang perundangan dan kehakiman sahaja.

Tetapi kali ini telah melibatkan institusi agama. Jika DSAI terbukti tidak bersalah maka akan tercemar agama islam disebabkan kejahilan penganutnya yang gilakan kuasa dan harta dunia.

Agama seolah-olah sudah tiada nilai dan boleh diperlakukan sesuka hati mengikut kepentingan golongan tertentu.

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT..