Saturday, August 30, 2008

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan

31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa.

51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia.

Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa.

Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.

Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Merangkap Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
dan Ahli Parlimen Permatang Pauh

4 comments:

nawawidahalan said...

Sekarang musuh Islam sedang menjunam dan menuju kehancuran tetapi Islam semakin kuat terutamanya di Malaysia. Tunggulah teori ini menjadi kenyataan. Sekali pun tidak berlaku seratus peratus tepat, tetapi jangan dipandang ringan atau ambil mudah. Bersiaplah dari sekarang, sebelum terlambat!

Teori ini merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan keyakinan bahawa Islam akan kembali gemilang di akhir zaman. Pihak yang tidak percaya dan mempertikaikan teori ini berhak mengemukankan teori yang lebih baik. Tetapi apa yang penting saya penuh yakin Malaysia akan jadi Negara Islam sebenar dalam tempuh terdekat melalui politik dakwah dan kasih sayang, bukan politik demokrasi amalan jahiliah moden!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Edyes said...

Saya percaya negara ini akan menjadi sebuah negara Islam yang kuat di era pemerintahan Malaysia Baru.

kpasu guy said...

Kalau benar terjadi pada 16 September, PAS wajib melaksanakan perjuangan selama ini. Semoga Malaysia lebih aman dan stabil selepas ini

Anonymous said...

hidup barisan nasional hehehe...malaysia tetap malaysia...takder malaysia yg baru...hehe

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan