Friday, August 1, 2008

Paklah bagi 'sign': Anwar bakal didakwa !

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak berhasrat menggunakan undang-undang darurat bagi mengawal keadaan jika berlaku demonstrasi jalanan oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati jika Anwar didakwa atas tuduhan meliwat.

"Saya tidak fikir kita perlu menggunakan undang-undang itu, sudah tentu tidak. Mengapa pula harus ada bantahan tidak terkawal kerana ia sudah tentu tidak akan dilakukan oleh parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh membentuk kerajaan?.

"Sudah tentu jika mereka pembangkang yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membuat sesuatu sehingga seolah-olah meletakkan kedaulatan undang-undang di tangan sendiri dan mengadakan demonstrasi sesuka hati," katanya. - AP.


edyes wrote:

Apakah ini sudah suratan. Anwar akan dipenjarakan semula setelah bebas beberapa ketika?

Kali terakhir Anwar bebas ialah apabila tuduhan liwat ke atasnya dimansuhkan kerana mahkamah hanya mempunyai bukti yang kabur. Kini beliau bakal dipenjarakan semula kerana dakwaan yang sama di dalam senario rekayasa terbaru oleh rejim paklah pula.

Kali ini jika Anwar ditahan, kita akan bersama dijalanan kerana tiada jalan lain melainkan di jalan raya. Ombak manusia akan menyelubungi jalan-jalan di ibukota. Rakyat pasti bangkit !!

Inilah tujuan paklah di mana suatu ketika, mengarahkan polis berlatih bersama tentera bagi 'memerangi' rakyat ! Jika perang yang mereka minta, maka berperanglah kita ! Demi keadilan segajat. Demi maruah bangsa !

Kerajaan Penjajah !!

3 comments:

Anonymous said...

sorry yer bro.. nk bg pendapat skit.
sedar ke idak eak impact demonstrasi?
1-kedai2 mesti takut nk buka permi
2-teksi2 susah nk cari penumpang(semua org takut kuar umah)
3-mana2 yg tperangkap dlm kesesakan lalu lintas, kena byr petrol dgn byk.. dh la harga minyak naik..
4-pelancong2 pun takut nk dtg.. sbb negara x aman.. bila pelancong tak ada.. hotel2.. resort2.. semua x ada org nk sewa.. dh la gov nk cut cost.. semua seminat x bley buat hotel..

ada byk lg.. tp mls nk tulis jer..

cari la jalan lain selain demontrasi.. nk puaskan hati sendiri.. tp.. nampak x impact kt org lain..

sorry ya.. its just my simple thought..

Anonymous said...

1. Ada sesetengah orang tu cerdik tapi buat kenyataan bodoh, maka bodohlah jadinya.

2. Ada sesetengah orang tu memang bodoh dan buat kenyataan bodoh maka bodohnya bertindan2 sehingga tidak nampak bahawa dia tu bodoh.

ps : Ada kemungkinan tak BN menang tanpa bertanding di Permatang Pauh nih? Satu ramalan yang tidak mustahil berlaku, selepas tempoh penamaan tamat, keputusan keluar Anwar tidak layak bertanding (atas alasan apa2 jer yang BN sedang ligat mencarinya). Kenyataan Pak Lah pun lain macam jer tentang isu cuba merasuah YB BN, hari ni kenyataan Sepol tu bahawa dia yang terlibat dalam arrangement antara Anwar dan YB2 BN....

Anonymous said...

zaman dah terkedepan dari pemikiran kolot ahli2 dan pemimpin2umno..Politik orang tua..