Wednesday, August 20, 2008

Kad Pengenalan Pengundi sedang dikutip pihak tertentu

PERMATANG PAUH 18 Ogos - Kempen pilihanraya kecil dicemari dengan wujudnya usaha agen-agen pihak tertentu yang sudah pastinya pesaingkuat dengan calon PKR Datuk Seri Anwar, apabila sekarang ini mereka sedang mendapatkan kad pengenalan pengundi dan dibayar dengan jumlah-jumlah tertentu.

Pihak sektretariat Piliharaya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Puan Aisah Lamsah, Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita Pusat menjelaskan pihaknya menyediakan talian hot-line di nombor talifon (017-453 2539) untuk mana-mana pihak menghubungi bagi menyediakan maklumat berkenaan.

Melalui Hot-line ini pengundi boleh membuat aduan sekiranya mendapati mereka telah ditukar pusat mengundi tanpa dimaklumkan, majikan yang tidak memberi pengudi keluar mengundi, kehilangan nama-nama pemilih.

Selain daripada semakan daftar pemilih dan mengetahui pusat-pusat membuang undi boleh dilakukan, sekritariat ini sedia membantu pihak-pihak yang ingin mendapatkan khidmat ke tempat-tempat mengundi jika tidak mempunyai kenderaan.


HOTLINE : 017-453 2539 (Pn Asiah)


1 comment:

orang Islam said...

Sdr. Edyes,

Saya fikir selain dari berkempen supaya masyarakat PP memilih calon yang betul untuk kebaikan masa depan mereka dan anak cucu mereka, pihak PR juga perlu meyakinkan para pengundi tentang peri pentingnya undi setiap seorang dari mereka dalam pilihanraya ini.

Kita harus berusaha memahamkan mereka terutamanya di kalangan masyarakat Melayu bahawa undi mereka adalah suatu amanah dari Allah SWT yang dititipkan kepada mereka untuk dilaksanakan dengan sebaik2nya dan mereka tidak seharusnya mengingkari amanah itu dengan melakukan perbuatan2 sumbang yang dilarang agama seperti menerima rasuah dsb.

Saya percaya jika keyakinan mereka begitu tebal untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah, maka amat sukar sekali bagi sesiapapun untuk menjayakan dakyah2 jahat serta penipuan mereka di kalangan barisan pengundi PP di sepanjang tempoh pilihanraya ini berjalan.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan