Friday, August 1, 2008

PAS: Muktamad - Say No to UMNO !

PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Oleh itu, itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat tidak lagi berbangkit," katanya.

Keputusan itu dicapai selepas pertemuan khas hampir lima jam barisan pemimpin tertinggi PAS bagi meredakan kehangatan kontroversi rundingan sulit dengan Umno sejak beberapa minggu, khususnya selepas pengakuan Abdul Hadi awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu - jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama - melibatkan hampir 50 pemimpin parti, termasuk mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan semua wakil PAS yang bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selain timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, pertemuan pertama peringkat tertinggi Umno-PAS sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac turut disertai pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Ir. Khalid Samad.

Khalid bertindak mewakili pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali yang hadir dalam pertemuan lebih awal dengan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pertemuan yang bermula jam 10 pagi diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan