Friday, August 1, 2008

PKR: Biar Ezam Lawan Anwar


PKR Selangor hari ini mencadangkan kepada Umno agar meletakkan bekas pemimpin kanan parti itu Mohamad Ezam Mohd Nor mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil kerusi Permatang Pauh.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Umno patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding berikutan kesediaannya bertanding menentang penasihat PKR itu di mana-mana kawasan parlimen, lapor Bernama.

"Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak," kata Abdul Khalid, yang juga menteri besar Selangor, selepas majlis ramah mesra bersama media di Shah Alam hari ini.

Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini awal minggu ini, Mohamad Ezam berkata beliau berharap dapat diberikan peluang mencabar bekas ketuanya itu di kerusi parlimen tersebut.

Dalam satu sidang media pada hari yang sama, bekas setiausaha politik Anwar dan ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan melahirkan hasratnya mencabar mantan bosnya di Bandar Tun Razak, kini disandang oleh Abdul Khalid.

No comments: