Tuesday, August 19, 2008

Dr Jeffrey: 13 MP Sabah sertai Pakatan jika Anwar menang


RE-FOR-MA-SI

Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 ahli Parlimen dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

jeffrey kitingan 01Katanya, daripada jumlah 13 orang itu, dua ahli Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.

Beliau memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di Bukit Mertajam malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.

Menurutnya, kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.

"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihanraya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).

7 comments:

Anonymous said...

Eyelah tu.. BN pun boleh cakap ada AP perikatan nak masuk BN. Yg pasti 30 AP adalah jumlah yg besar. Orang berangan kosong mcm anwar je yg ingat 30 AP adalah jumlah yg kecil. kecuali SUPP kemungkinan amat besar tdk ada lg AP BN nak masuk perikatan. Jgn lah jadi Mat Jenin ..

Anonymous said...

TAK ADA APA YANG MUSTAHIL DALAM DUNIA NI. MAT JENIN KER,MAK JAN KER,ITU KATA-KATA ORANG YANG TIDAK TAHU ILMU MANTIK....

ALL THE BEST TO PAKATAN RAKYAT

P/S.Kisah TPM kena tangkap basah dgn penyanyi(bekas pramugari)kat hotel di Port Dickson suatu ketika dahulu x nak bongkar ker? rasa2nya setengah drp rakyat N9 tahu pasal ni.

N9

Anonymous said...

Betul gak. BN pun boleh ckp mcm tu. Klu benar senaraikan siapa AP yg nak join Pekatan. Setakat ckp takpayahlah..
Em.. Eyelah pasal TPM kena tangkap basah. Pasal PELIWAT apa mcm. berani sumpah ke. Sepatutnya anwar skrg dah jd PM tak payah nak melalak ke sana-sini. nasib anwar malang. dah jadi TPM pun tak jadi PM. TPM lain wlpn tak jd PM tp tak semalang anwar. Mungkin ni azab Tuhan kepada mereka yg meLIWAT. Ingatlah manusia boleh berckp bohong tp azab Tuhan tak akan berbohong.

Edyes said...

1. Kalau senaraikan MP lompat, abis la semua kena pancung... jangan dok risau, sampai masa depa lompat, BN ROBOH !

2. TPM kena tangkap basah, DSAI ada kena tangkap basah ke..? 1998 DSAI dah sumpah, takkan tiap kali kena tuduh mesti sumpah?

3. Anwar tak jadi PM pada 1998 sebab dia tak ikut arus TDM. Jika beliau ikut segala perlakuan menteri-menteri dan PM pada masa itu sudah tentu PM kita hari ini ialah DSAI.

ashira said...

ye btl tu edyes..apola anonymous ni..lg mau suruh list out nm2 tu..sengal ke hape..xselamat la hidup dorg nnt..
DSAI akn jd PM dgn cara yg btl..melalui saluran yg btl...bkn main lantik oleh current PM..(btl ke ayat sy ni..hehe..)

Anonymous said...

Racun arsenik bleh kelentong, HIV bleh kelentong, kena ancam bunuh bleh kelentong. Apa sangat la takat nak kelentong 30 AP lompat parti.

Kalau 13 Sept ni x leh pagang kerajaan nak korang semua keluar PKR dan tutup segala blog2 merepek korang ? Ada berani ?

Blogger ni cuma nak promo blog dia je. Post link kat blog tun harap2 ramai org masuk. Memang dah berjaya la jugak. Kurang Aku pun termasuk blog crap ko ni. Tahniah.

Anonymous said...

1. Bukan takut AP kena pancung tp sbnarnya mmg tak ada ahli AP nak join pekatan. wlpn kdg2 mereka lantang bersuara tp mereka ttp bersama BN. Tak de sbb munasabah utk mrk bpaling.
2.Dulu punya kes dah basi. Yg baru ni tak dengar pun dia bersumpah. Spatutnya dia menyaut cabaran saiful. Ceramah berjela2 boleh takkan sumpah 10 minit tak boleh.Tak susah bersumpah cuma berani ke tak. Yg pasti berani krn benar..
3. Jd PM atau tidak itu adalah ketentuan Tuhan. Siapa sangka Paklah blh jd PM dan anwar yg nampak baik dituduh rasuah (wlpn dibela 9 peguam)dan meliwat. Bukankah Tuhan maha mengetahui lg maha penyayang.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan