edyes wrote :
Di manakah keadilan ?
Kini Dr. Osman telah tampil bersama pengakuan bersumpah dan laporan perubatan terhadap Saiful. Seharusnya sebarang tuduhan yang berupa palsu ini digugurkan serta merta !
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
1 comment:
Nampaknya drama politik ini semakin menarik dan semakin merobekkan peluang UMNO/BN untuk mendapat pencalonan bagi anugerah drama/filem terbaik tahun ini justeru satu demi satu kecacatan yang disembunyikan mereka terus terlondeh menjadi bahan tontonan umum.
Walaupun mereka rela berhabis jutaan ringgit sebagai modal untuk menghasilkan filem "Fitnah" ini dan ditambah pula dengan kekurangan rehat dan tidur kebanyakan orang2 kuat di sebalik tabir pembikinan filem ini, namun hasilnya amatlah mengecewakan dan merugikan sekali. Nampaknya nak balik modal pun susah.
Jadi, sayugia diingatkan kepada mereka agar cubalah bertukar kepada bidang yang lebih sesuai dengan kepakaran mereka dan tinggalkanlah industri filem fitnah politik ini buat selama2nya kerana hakikatnya rakyat negara ini pun sudah lama muak dengan genre2 filem sebegitu.
Post a Comment