Wednesday, August 20, 2008

Merdekakan Rakyat !

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Itulah slogan yang akan kita laungkan dan itulah semangat yang akan kita dakapi, bukan dibataskan untuk kempen di Permatang Pauh semata-mata, bahkan buat mendasari kemahuan kepada perubahan.

Pagi tadi di Sunway Carnival saya bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Inilah saatnya kita merebut makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri.

Sudah 51 tahun kita merdeka akan tetapi negara kita yang tercinta ini maseh lagi terjajah. Penjajahan mutakhir ini bukannya datang dari kuasa kolonial akan tetapi dari dari pemerintah yang tidak meletakkan kepedulian atas nasib rakyat di tanah air sendiri.

Projek berbilion ringgit dicanang untuk mengaburi rakyat, kononnya atas nama pembangunan. Akan tetapi bila dikuak semboyan projek mega, di sebaliknya adalah korupsi dan kronisme. Penguasa hanya bernafsu untuk mengkayakan beberapa kerat kroni serta elit yang rapat sahaja. Rakyat dibiar papa kedana!

ANWAR IBRAHIM

1 comment:

violet said...

tulah yg rakyat nak. nak kan barisan pemimpin yg telus, amanah dan boleh bela nasib rakyat.

kuasa yg dah rakyat bg bukn utk korang khianati utk kepentingan hidup sendiri anak beranak. tp utk korang uruskan kearah kebaikan rakyat dan negara.

sedarlah sikit diri tu. korang hidup senang lenang pun ats duit rakyat. rakyat berkerja cam nak mati siang dan malam. nak sara hidup sendiri dan anak bini. tp korang senang2 mkn duit rakyat. rompak duit dan hak rakyat.

mmg tak selamat la hidup korang semua.

*apalah nak jadi ngn negara aku yg tercinta ni.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan