Wednesday, August 27, 2008

DSAI Menang ! Harapan Baru Untuk Malaysia !!

— KENYATAAN MEDIA —-

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM


edyes wrote:

Assalamualaikum,

Tahniah di atas kemenangan DSAI. Tahniah

Berikut adalah keputusan RASMI.


ANWAR IBRAHIM 31195

ARIF SHAH 15524

HANAFI MAMAT 92

MAJORITI 15671


Tahniah juga kepada semua petugas, tahniah juga kepada semua yang berada di Permatang Pauh, tahniah juga kepada semua rakyat Malaysia yang tidak putus mengirim doa.

Kemenangan ini menjadi bukti bahawa RAKYAT menolak segala dakyah yang dibawa oleh Barisan Nasional dan memilih untuk sebuah HARAPAN.

Teringat saya peristiwa lewat malam tadi di mana berlaku kekecohan di Bangunan UMNO area P.Pauh. Bukan pergaduhan di antara penyokong PR dan penyokong BN tetapi ianya berlaku kerana petugas-petugas UMNO menuntut bayaran yang dijanjikan oleh orang atasan mereka. Itu yang berlaku pada UMNO, janji tinggal janji sambil yang atas sapu.

Sebenarnya tidak banyak perkara yang ingin saya perkatakan, kerana Anwar sudah layak ke Parlimen dan, juga sudah layak untuk menjadi Perdana Menteri ke6 jika sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Sekarang ini kerajaan BN cuba melengahkan majlis angkat sumpah DSAI dengan memberi pelbagai alasan. Ini dilakukan supaya JANJI Anwar untuk membentuk Gagasan Malaysia Baru pada tarikh keramat 16 September menemui jalan buntu dan kegagalan itu akan dipandang sinis oleh BN terutamanya si Khairy.

Bagi saya, tarikh itu tidak lagi releven. Perubahan akan tetap berlaku dalam masa terdekat yakni dalam tahun ini juga. Jika kita boleh tunggu berpuluh tahun, mengapa tidak beberapa bulan?

Malam tadi saya difahamkan DSAI telah menyatakan bahawa beliau akan tetap mengangkat sumpah pada minggu ini iaitu sebelum pembentangan bajet. Oleh demikian, kita harus bersedia sekali lagi untuk mengiringi Anwar ke PARLIMEN dan seterusnya ke PUTRAJAYA InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua, keadaan jalan raya di K.Lumpur hari ini teramatlah SESAK. Jalan Bangsar JAMMED. Ini semua pernah berlaku beberapa ketika dulu di mana puluhan roadblock dilancarkan bagi menghalang ketibaan DSAI ke Parlimen dan ia berlaku lagi pada hari ini.

Akhir kata, sama-sama kita bersatu bagi memecahkan tradisi pemerintahan korup. Kita akan bernafas di era pemerintahan yang baru sedikit masa lagi... sedikit masa lagi.

RE-FOR-MA-SI

EDYES

1 comment:

Anonymous said...

hancur malaysia kalo anwar petualang ni jadi PM...tgk2 lagik banyak korupsi...dia jadi pm..lim kit siang jadi timb.pm..padan la tu..kang kena pijak lak pala anwar mcm kat perak tu..