Monday, August 25, 2008

Ada Ramlang di sebalik Permatang


Selepas menghadiri beberapa siri ceramah bersama TG Nik Aziz dan anwar Ibrahim, Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi mengadakan sidang akhbar di Yayasan Aman, Penanti sebentar tadi.

Didalam sidang media tersebut, Ramlang menjelaskan bahawa beliau bukan lah Imam Besar Masjid Wilayah seperti yang siarkan didalam akhbar, malah beliau sendiri tidak pernah merasakan bahawa beliau seorang ulama seperti yang diwar-warkan.

Beliau menjelaskan bahawa beliau telah diarah oleh pihak atasan untuk menghadiri majlis tersebut. Secara kebetulan, beliau baru saja melangsungkan majlis akad nikah dan itulah sebabnya mengapa beliau memakai jubah dan kopiah berwarna merah, yang merupakan pakaian seragam imam.

Didalam majlis bersumpah Saiful, Ramlang menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan hanya untuk mendengar lafaz sumpah tersebut dan tidak terlibat dalam penyediaan teks sumpah. Teks yang disediakan ditulis didalam tulisan rumi, dan telah berlaku kesilapan sebutan semasa menyebut ‘watallahi’.

Dimajlis tersebut, Saiful telah bersumpah bahawa DS Anwar Ibrahim telah meliwat beliau tetapi telah tersilap semasa menyebut tarikh dimana Saiful telah menyebut 26.8.08, bukan 26.06.08. Ramlang juga berkataa bahawa sumpah tersebut tidak boleh dipanggil sumpah mubahalah kerana hanya satu pihak yang hadir. Didalam sumpah mubahalah, kedua-dua pihak wajib hadir dan sumpah mubahalah hanya perlu dilakukan selepas mahkamah tidak dapat memperolehi bukti dalam sesuatu kes.

Apa yang dilakukan oleh Saiful ialah sumpah laknat. Beliau juga mengatakan bahawa Saiful tidak menunjukkan wajah kesal atau bersalah semasa bersumpah, malah tidak menunjukkan rasa takut sama sekali.

Ramlang menjelaskan bahawa beliau mendaftar sebagai ahli Umno kerana hendak menolong kawan, tetapi tidak dijelaskan apakah pertolongan itu. Beliau menjadi ahli Umno pada tahun 2003, sebelum berhijrah keKuala Lumpur pada tahun 2004.Beliau juga menjelaskan tiada memegang apa-apa jawatan didalam Umno. Beliau juga tidak merasa kesal diatas pendedahan ini kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam Umno.

Ketika ditanya apakah sumpah Saiful ini satu konspirasi, Ramlang tidak menolak kemungkinan kerana ianya dilakukan sehari sebelum penamaan calon diPermatang Pauh.

Ramlang menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat penjelasan ini kerana tidak tahan dikutuk dan dicerca selepas akhbar menyiarkan penglibatan beliau didalam majlis sumpah tersebut. Malah selepas majlis tersebut, dan selepas menerima pelbagai cercaan dan kutukan, tiada pihak yang mahu menjelaskan keaadaan mempertahankan beliau. Dan beliau mengucapkan terimaka kasih kepada Pakatan rakyat kerana memberi peluang untukmenjelaskan keadaan.

Ramlang juga menjelaskan beliau tidak menerima apa-apa ganjaran atau imbuhan dari mana-mana pihak. Ketika ditanya apakah beliau tidak merasa bimbang terhadap keselamatan beliau, Ramlang menyerahkan kepada Tuhan.

Sumber oleh : PerakExpress

edyes wrote:

Kesian jugak si Ramlang Porigi nie. Udah lah kena paksa hadir majlis yang tidak dimaklumkan lebih awal, lepas tu kena bamboo satu malaya pulak dan takde orang yang nak back up dia termasuklah UMNO.

Jadi, adalah satu tindakan yang tepat bagi membersihkan nama beliau dan saluran PKR menjadi pilihan imam tersebut untuk membuat penjelasan. Beliau sudah tentu mahukan kebenaran itu disebarkan kerana keadaannya ketika ini dianggap teraniaya dan mangsa keadaan.

Kita juga mendapat gambaran yang amat jelas mengenai tuduhan liwat ini di mana, rata-rata rakyat Malaysia yang kebanyakkanya TIDAK percaya sama sekali terhadap tuduhan kali kedua ini. Ramlang juga berpendapat bahawa majlis sumpah yang berlangsung sehari sebelum penamaan calon itu mempunyai agenda politik dan berkemungkinan besar adalah konspirasi semata-mata.

Namun begitu, kita di pihak Pakatan Rakyat harus lebih berhati-hati dalam hal ini. Ditakuti ada udang di sebalik mee, ada Ramlang di sebalik Permatang.

3 comments:

rakyat said...

rata-rata rakyat tak percaya tuduhan kali kedua?

Rakyat mana tu bro? Zimbabwe? Setahu aku... kat opis aku ni je dah dekat berdozen yg makin sangsi pada Anwar. Malah ada yg time pilihanraya sokong anwar. La ni tak sokong dah.

Rakyat mana tu?

Edyes said...

hmm.. saya kata rata-rata... saya tak kata semua...

tinjauan dari Malaysiakini dan pelbagai lagi badan menunjukkan hanya 10% yang percaya Sodomi II ini.

jadi mungkin rakan sepejabat saudara termasuk dalam 10% ini, ataupun tidak berapa rata...

LeeZ said...

RAKYAT...

kau ni bermimpi di siang hari nampaknya....

opis mana kau kerja tu??? opis pendaftaran nak masuk UiTM ker???

setahu aku, rakyat dah memang tak percaya tuduhan pertama tu, apa lagi tuduhan kedua...

kesian kat kat UMNO/BN yang semakin hari semakin lenyap...

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan