Sunday, August 17, 2008

Buletin Shafie Mamak

1. Semalam (malam selepas hari pencalonan Permatang Pauh) saya agak kecewa sebab tidak berpeluang untuk menonton Buletin Utama. Saya rasa ramai orang kita yang datang ke P.Pauh untuk mengiringi DSAI ke penamaan calon mempunyai hasrat yang sama dengan saya - Menonton Buletin Utama.

1.5 Sebabnya ialah semua nak tau macamana TV3 nak kelentong rakyat berkenaan jumlah penyokong yang hadir. Semua pakat nak tau, berapa angka yang dibubuh oleh TV3.

2. Pagi tadi pun saya kecewa. Beli berita harian dengan harapan dapat berita tentang hari pencalonan, tapi gambar yang ada cuma gambaq repoter berambut polis kena rembat dengan penyokong PKR. Saya peduli apa dengan berita macam ni.

3. Tengah hari tadi pun saya kecewa lagi. Oleh kerana saya terlepas Buletin Utama semalam, maka Buletin 1.30 biasanya menjadi ulangan tentang apa yang berlaku semalam. Cuma berita yang keluar ialah berkenaan penyokong PKR ludah dan raba puteri UMNO. Tang ludah tu saya tak pasti lah, tapi tang raba tu betul ke penyokong PKR ? bukan J.Jarjis ke ? Ini berita pun saya peduli hapa. Ada juga berita tentang Shafie mamak tu, tapi saya tak ambik port.

4. Tadi sambil tunggu final badminton start, saya ambik kesempatan untuk menonton Buletin Utama dengan sikit harapan lagi, mana tau kot-kot terkeluar berita pasal suasana hari penamaan calon. Lagi tambah kecewa, sebab 15 minit yang pertama buletin utama malam ini hanya menampilkan seorang mamak mengamuk sakan tunjuk opis dia, tunjuk whiteboard dia, tunjuk hidden camera yang tak berapa nak hidden tu dan tunjuk kemamakkan dia melalui lentingan padu maut.

4.5 Macamana seorang mamak boleh hina kerabat raja dengan perkataan terhina. Banyak lagi yang si mamak tu membebel dan mengelejat, al-maklumlah 15minit 'prime-time'. Lepas satu iklan pun ada cerita dia lagi. Banyak, tapi yang paling menarik perhatian ialah beliau menuduh Raja Petra bacul / penakut dan menghina Raja Petra sebagai PARIA. emo sungguh !

5. Kemuncak kekecewaan saya hari ini ialah - Malaysia terlepas emas pertama, Chong Wei terlepas RM 1 juta. Tapi dapat jugak la beberapa ratus ribu, apa kesah kan...? Saya rasa-rasa, kalau takde offer 1juta tu, dah tentu Chong Wei akan lebih fokus. Mungkin juga beregu 'emas' kita lebih fokus untuk mara jika tiada offer 1juta tu. Saya tunggu badminton nak start berjam-jam, tapi kalah mudah tak sampai setengah jam. Saya taknak komen lebih sebab Chong Wei tak salah dalam hal ini. Nampak dia tertekan.

6. Walaupun hari ini agak kecewa dengan beberapa perkara, namun peristiwa semalam iaitu suasana hari penamaan calon Permatang Pauh mengaburi kekecewaan hari ini. Itu sudah pasti.

2 comments:

Anonymous said...

Sdr. Edyes,

Don't worry, be happy. Everything is gonna be o.k.

Mungkinkah selepas ini akan ada police report terhadap lawyer tu atas kesalahan menghina institusi diraja kita?.

Walaupun penghinaan begitu dilakukan secara tidak langsung tapi, ia tetap melibatkan salah seorang keturunan diraja Melayu sedangkan institusi diraja Melayu amat dihormati oleh semua rakyat Malaysia sebagaimana kedudukannya yang terpelihara dan dijunjung dalam Perlembagaan Negara.

Anonymous said...

salam sume..
alah..berita di tv..sumenye milik kerajaan = BN..so, jgn haraplah dorg nk siarkan ape yg dorg salah..dh tentu2 yg slh org pembangkang..itu xboleh dinafikan..ape yg jd dsebalik kejadian pukul memukul tu kte sume xtahu..
lg 1, ok la chong wei xmenang emas..dpt perak pun ttp dpt rm300k..tu pun dh byk..kalo rm1 juta die dpt..lg byk la duit rakyat habis kerajaan bg kt die..KBS tu bg duit dorg sniri ker (maksud sy..duit yg dorg kumpul2 among org2 VIP ker)?? sume duit kerajaan yg peruntukkan jgk..dr mn duit tu dtg..???