Wednesday, July 23, 2008

Anwar Sedia Bertanding di Kulim

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru jika pilihanraya kecil diadakan di situ.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada penyandangnya dari PKR, Zulkifli Nordin. Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan pilihanraya bagi kerusi tersebut.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, Zulkifli telah menyatakan persetujuan untuk memberi laluan kepadanya bertanding di kerusi tersebut.-Malaysiakini

edyes wrote:

Anwar telah bebas daripada tempoh larangan berpolitik pada 1 April 2008 lalu. Kini, beliau berdepan dengan tuduhan liwat versi ke-2 pula.

Dalam pada itu, Anwar menyeru kepada pihak polis supaya kes liwat ini ditutup kerana tiada bukti yang kukuh dan pendakwaan yang begitu lemah. Kerajaan seharusnya memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding di PRU kecil dalam masa terdekat. Setelah lebih dari 5 tahun DSAI dilarang untuk terlibat dalam politik, inilah masanya untuk beliau tampil bertanding sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baharu.

Bekas ahli parlimen Kulim BB, Zulkifli telah bersetuju untuk memberi laluan kepada bosnya untuk bertanding di kerusi tersebut.

Sebagai rakyat, Anwar berhak diberi peluang untuk bertanding. Biarlah kes lemah liwat itu digugurkan supaya beliau dapat bertanding. Janganlah gunakan taktik kotor demi menghalang DSAI bertanding. Berdirilah seperti anak jantan, wahai kerajaan Malaysia.

2 comments:

Mr Green said...

Kerajaan Malaysia anak Jantan ka?

Dengaq nama Anwar saja...semua kelam kabut...

tu baru dengaq nama Anwar belum berdepan dengan Anwar...

Sekarang kerajaan Malaysia dok tgh brainstorming macam mana nak kalahkan Anwar dalam pilihanraya kecil ni...

Ayuh Tentera Rakyat...berkampung di tempat dimana Anwar bertanding...making man to man...

Pakcik Botak said...

lawan tetap lawan