Oleh Malaysiakini (Jimadie Shah)
Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.
Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.
Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".
Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.
Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.
Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".
Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.
Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.
Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

EDYES wrote:
Kesian rakyat, ugama bagaikan dijual beli dalam negara ini, sumpah dilakukan sesuka hati tanpa mengikut tertib hukum syarak.
Kesian jugak dengan AMK...
6 comments:
sumpah yg ala2 kabur gitu... video 21 feb 2011 yg mana satu yg dimaksudkan dalam sumpah tu?????? minta buat sumpah lain yg spesifik video mana satu.....
budus nya anon ataih ni,..
video seks ada 1 jer,..nk spesifik ke mendanya
mengucap pun salah..ash hadu jadi asaddu..dari maksud aku bersaksi tiada tuhan jadi singa tiada tuhan..mengucap salah..sebutan dan makhraj xbetul menjadikan maknanya juga salah...sumpah dia lagi la salah
siasat belum, nak bersumpah pulak? sapa yg menentukan hal sumpah tu? Dlm mahkamah sewel pun angkat sumpah depan hakim! Ni cara syariah pun tak, ala2 undang2 sewel pun tak gak!
Sedara fizi,
teruskan menerang pd yg ngaku islam tpi bengap. Berdakwah lah cara ni pd mereka yg pandai memandai-mandai tapi tak boleh diikut, bengap dgn kebodohanya tpi tak boleh diajar.
Nyatakan akan kebenaran menurut lunas2 agama islam.
Kita yg tak menyaksikan perkara terkutok tu tapi diajak ntk percaya gak? mende ni.. islam tak gitu caranya.
Aku tak jumpa lagi fatwa Dato Harussana harussini dipaper2 nasihatkan aku & geng ArmNo BeEnd agar jangan terus2an sesat jalan.
Kita tengok, lepas dato eskay bersumpah ni adakah dia akan senyap? tak mahu lagi timbulkan @ komen hal skandal dlm vcd tu? Kalau masih lagi dok menjaja2 pekara tu..sah la dia pun tak faham hal sumpah laknat tu.. coz setelah seseorng tu bersumpah dia kena serah segala2nya hal tu pd Allah! kena tutop mulut, mata, telinga & hati utk membicarakan hal tu lagi. Tungu je sape yg kena LAKNATTUllAH
SK sudah bersumpah dengan nama ALLAH SWT tapi ANUWAR MUNGKIN berani bersumpah dengan nama allah christian herald kot?HAIYA kan dia dan n.ajis sokong guna nama allah kat majalah chirtsian tu?
saudara edyes..maaf tumpang lalu dlm posting ni, minta saudara check dlm blog MIM yng dah jawab pasai soalan janggut anwar dlm video klip tu..
Post a Comment