Thursday, April 28, 2011

Apabila Trio Jahanam Bersumpah di Masjid Bandar Baru Sentul...

Maka jahanamlah negara kita ini dimakan sumpah!!
 
Esok Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim akan bersumpah di Masjid Bandar Baru Sentul lepas sembahyang Jumaat. Sebagai menteri bertanggungjawab, Jamil Khir patut rujuk kes Dato Trio ke Mahkamah Syariah di bawah kes Qazaf dan bukannya menyuburkan budaya bersumpah yang tidak berasaskan Islam!
 
Sumpah mubahalah dibolehkan setelah habis semua kaedah perundangan berasaskan Islam telah digunakan, bukan melafaz sumpah terlebih dahulu kemudian baru bicara. Kes ini harus dibawa ke mahkamh syariah.
 
Lebih menghairankan, orang yang menabur fitnah itu pula yang terburu-buru ingin melafazkan sumpah. Apakah dengan bersumpah (yang tidak melalui aturan sebenar) boleh membebaskan si pengfitnah dengan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukannya?
 
Pencemaran agama sedang berlaku dalam negara kita. Ia tidak tumpah seperti ketika zaman gelap eropah apabila dosa itu hanya perlu dibayar dengan wang ringgit sebelum pengampunan diberi. Begitu juga dengan sumpah-sumpahnya.
 
Ayuh sama-sama kita berdoa agar negara ini tidak ditimpa bala mala petaka, dimakan sumpah, di atas kemurkaan Allah !
 
Takbir !!
 
 
EDYES @ edyesdotcom

1 comment:

GIMBooL said...

seandainya sape2 terkene sumpahan tu yg bersalah le , moga2 tubuhnya jd menjadi ringgit malaysia bernilai bebilion-bilion ringgit....lepas tu taburkan pd seluruh rakyat malaysia o bayar hutang negara yg menyesakkan hahahaha.........errr orang yg bersalah tu ada nilai ke? heheheh