Monday, April 18, 2011

Siapa Kata Pakatan Rakyat Kalah di Sarawak? (Wajib Baca)

Dalam keadaan pertandingan di atas padang yang tidak sama rata...
 
Dalam keadaan media arus perdana milik mereka dan dipergunakan dengan hebatnya...
 
Dalam keadaan Suruhanjaya Pilihanraya dikuasaai mereka dengan taktik-taktik terbaru bagi mengelak penipuan dikesan...
 
Dalam keadaan undi pos milik mereka semuanya... saya ulang, semuanya...
 
Dalam keadaan bilion-bilion ringgit sumber kewangan negara yang tidak sepatutnya menjadi gula-gula kempen telah dipergunakan oleh mereka demi untuk meraih undi sokongan...
 
Dalam keadaan jutaan ringgit ditaburkan ke seluruh bumi kenyalang dengan tawaran RM50, RM30 malah ada yang menghina rakyat negeri Sarawak dengan menawarkan RM20 supaya mengundi parti regim jahat...
 
Dalam keadaan mereka menggunakan fitnah jahat ke atas ketua pembangkang dengan politik lucah yang melampau...
 
Dalam semua keadaan di atas, mereka Barisan Nasional tidak berjaya merampas walau satu kerusi pembangkang dalam Pilihanraya Sarawak 416. Malah, mereka kehilangan 9 kerusi baru dan telah hilang lebih 10 peratus undi popular! 
 
Ketika pilihanraya umum Mac 2008, Barisan Nasional hilang 4 negeri baru. Adakah kehilangan besar ini masih mengiktiraf Barisan Nasional menang dalam PRU12?
 
Kehilangan kerusi-kerusi baru BN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak mencerminkan bahawa BN telah kalah di beberapa kerusi yang asalnya milik Barisan Nasional. Oleh demikian, bukan Pakatan Rakyat yang menemui kekalahan dalam PRN Sarawak, tetapi Barisan Nasional.
 
Dari segi jumlah undi pula, sila lihat di bawah berapakah jumlah undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat dan Bebas;
 
Jumlah undi BN = 372379 bersamaan 55% undi
Jumlah undi PR + Bebas = 300379 bersamaan 45% undi
 
Beza cuma 72091 undi sahaja !
 
Justeru itu, di manakah kesesuaian frasa-frasa kekalahan diletakkan di atas batu jemala Pakatan Rakyat? Saya percaya tiada siapa pun di antara kita di PR yang kecewa dengan keputusan hari ini. Kecewa hanya kerana penipuan yang digunakan kali ini berskala besar dan sedikit sukar untuk dikesan.
 
Tetapi yakinlah, sehebat mana pun mereka menipu, sehebat manapun taktik yang regim jahat gunakan bagi mengekalkan kuasa penerus kezaliman, sebanyak mana pun pitis-pitis itu ditaburkan, tidak mungkin berjaya menyekat kebangkitan rakyat.
 
Kalau Sarawak itu sebuah negara, sudah tentu beberapa negeri tumbang dalam Pilihanraya Negeri 416!

7 comments:

Anonymous said...

aku benci BN!!!!

BZ said...

UNDI POS??????
Teringat semasa PRU 80an semasa di
Bangunan Mara KT.Pegawai yang bertugas mengadu semasa hendak
mengagihkan kertas undi pos pada
kami.Terima arahan dari pihak atasan
yang berbunyi "Make sure the boys
pangkah BARISAN"!
PR buatlah sesuatu untuk memansuhkan
undi pos ini.

kpasu guy said...

setuju bro..

PR tidak kalah dalam PRN ini dari segi moral tetapi yang gelabah hanya BN ...

kaum cina sama seperti di semenanjung menolak BN secara total..kaum cina tetap memperjuangkan dasar, keadilan dan pentadbiran kerajaan yang lebih baik sebab itu DAP menang bergaya.

Kaum bumi seperti melayu di semenanjung masih takut membuat perubahan kerana sentimen kaum, semangat kenegerian dan telah sebati dengan gula-gula BN buta media alternatif

PKR adalah bukan sebuah parti setempat dan bertanding di banyak kawasan pendalaman dan ianya seperti bertanding di sesuatu daerah Johor...

Secara umum momentum PRU12 masih membara membuat mereka gelabah....teruskan perjuangan

Anonymous said...

pasukan A menewaskan pasukan B 3 - 0 dlm saingan timbalbalik pertama


dlm timbal-balik ke-2,..sekali lagi A menewaskan B dgn jaringan 3 - 3 ,..

tapi pasukan B claim kt fifa kata depa menang perlawanan ke-2,..

alasannya,..dlm game 1 depa xscore tpi game 2 depa score 3 bijik

bodo punya pakatan,,,

Anonymous said...

pasukan A menewaskan pasukan B 3 - 0 dlm saingan timbalbalik pertama


dlm timbal-balik ke-2,..sekali lagi A menewaskan B dgn jaringan 7 - 3 ,..

tapi pasukan B claim kt fifa kata depa menang perlawanan ke-2,..

alasannya,..dlm game 1 depa xscore tpi game 2 depa score 3 bijik

bodo punya pakatan,,,

Edyes said...

nampak bodoh bila pilihanraya disamakan dengan bolasepak... even padangnya pun tak sama rata...

Anonymous said...

Undi pos merupakan salah satu senjata BN yang digunapakai oleh SPR untuk mempastikan bahawa BN tetap menang dalam mana-mana pilihanraya, sebab itu PR dan NGO terutama NGO BERSIH dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan harus bangkit bentras undi pos ini hingga di hapuskan sama sekali....

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan