Monday, April 11, 2011

Helikopter Terhempas Lepas Turunkan Rombongan TPM - Malaysiakini


Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.
Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Dua daripadanya adalah milik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. - mkini



EDYES wrote:

Mohon jangan ada sesiapa di antara kita yang cuba buat spekulasi kononnya helikopter yang terhempas itu adalah sebuah perancangan jahat untuk membunuh orang nombor dua dalam negara. Persepsi negetif seperti ini adalah amat tidak wajar kerana mana mungkin kejadian sabotaj berlaku dalam kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO Barisan Nasional. Jangan pula ada yang menuduh kejadian ini adalah cubaan sabotaj dari pihak pembangkang. 

Sebagai sebuah negara yang aman lagi selamat, segala persepsi yang tidak baik itu harus segera dilupus daripada akal fikiran. Tidak kiralah samada ianya melibatkan institusi kepolisian ataupun melibatkan agensi kerajaan contohnya, SPRM. Negara kita adalah selamat dan mengikut statistik, purata menunjukkan hanya dua orang sehari sahaja yang mati dibunuh setiap hari, bukan 12 orang.

Kejadian helikopter ini terhempas adalah akibat daripada hujan lebat yang berlaku di Sibu. Kalau anda tidak percaya, lihatlah gambar di atas bagaimana lebatnya hujan turun.

Justeru itu, sekali lagi saya menyeru agar semua blogger dan para pembaca tidak mengambil kesempatan mensensasikan berita seperti ini hanya kerana anda kaya dengan persepsi yang bukan-bukan. Contohnya menganggap pemandu helikopter dalam kejadian ini bertindak untuk bunuh diri.

Jika anda masih tidak yakin, sila lihat semula gambar helikopter tersebut di mana kawasan sekitarnya penuh lecak umpama hampir banjir akibat dari hujan lebat.

2 comments:

Anonymous said...

berita alhamdulillah baik,..

tapi ulasan sgt bodoh dan xde kene mengena dgn kejadian,..

wakakakakakakakakakakakaka

nato said...

nape le tpm tak naik atau takda dalam heli tu...kalau ada kan bagus...

baiknya dia yang mati bukan pilot heli tu..

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan