Thursday, April 7, 2011

Kompromi Untuk Didapati Bersalah Atau Tidak Kompromi Untuk Didapati Mati Bunuh Diri?


Apakah jaminan keadilan untuk seorang mangsa yang sudah tidak boleh membela dirinya sendiri, atau dengan kata lain - telah mati? Tidak ada keadilan melainkan kestabilan untuk pihak-pihak tertentu menjalankan operasi 'cuci tangan'.

Di saat hari kematian Ahmad Sarbani, pihak berwajib telah menegaskan bahawa walaupun Penolong Pengarah Kastam Selangor itu telah meninggalkan tanggungjawabnya di dunia, arwah tetap terikat dengan sebarang kesalahan yang membabitkan rasuah dan penyeludupan yang bernilai bilion ringgit, jika sabit kesalahan. Adakah kita akan lihat berbondong-bondong kesalahan akan masuk ke akaun si mati, hanya kerana si mati telah mati?

Jika sebelum ini, Teoh Beng hock nyawanya melayang ketika mempertahankan sebuah kerajaan negeri. Mungkin saja TBH memilih untuk tidak bekerjasama dengan komplot menjatuhkan kerajaan negeri, berakhir dengan kematian tragik yang kini sedang melalui episod siasatan inkuiri yang diberi nama RCI.

Mahukah kita nantikan episod-episod baru kematian yang membabitkan 'orang kena siasat' oleh SPRM sepertimana yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock?

Jangan ada yang terkejut jika satu hari nanti keputusan seperti quote di bawah akan terpampang di muka depan Akhbar Sinar Harian;
Koroner Azmil Mustapha Abas membuat penghakiman terbuka berhubung kematian Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati pada 6 April 2011. Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.
Cuba kita tunggu beberapa bulan dari sekarang atau selewat-lewatnya setahun dari sekarang, ada kemungkinan arwah Ahmad Sarbani meninggalkan sepucuk surat di bawah karpet di dalam bilik beliau disiasat. Surat itu menyatakan bahawa arwah sememangnya mahu membunuh diri pada hari tersebut dan memilih pejabat SPRM sebagai final destination kerana ia begitu trendy. Surat wasiat itu ditandatangani oleh arwah tetapi malangnya tulisan pada surat itu bukan tulisan arwah Ahmad Sarbani. Ia mungkin saja ditulis oleh orang lain tetapi si mati terpaksa mengaku kerana si mati telahpun diarwahkan ketika surat itu ditulis.

Bagaikan melalui detik de javu, rakyat Malaysia akan sentiasa terkebelakang kerana disajikan cerita mengarut yang berulang-ulang. Kita ada fitnah satu, kita juga ada fitnah dua. Mujurlah fitnah tiga tidak membabitkan Anwar Ibrahim dengan bapok siam, tetapi dengan pelacur siam bersama bapak ayamnya yang juga seorang careographer filem lucah.

Hari ini timbul pula kejadian mangsa yang disoalsiasat terbunuh yang kedua selepas kejadian pertama menimpa Teoh Beng Hock. Kedua-dua kes kematian mendiang TBH dan arwah Ahmad Sarbani berlaku ketika disiasat oleh SPRM. Tidak dapat dipastikan samada mangsa sebenarnya disiasat ataupun 'disiat-siat' oleh komando SPRM. Kedua-duanya berlaku di pejabat SPRM, hanya berlainan cawangan. Ini juga kita panggil De Javu. Jadi tidak hairanlah jika ada yang sampai hati menyebut SPRM sebagai Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysa.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, Ahmad Sarbani tidak mati dengan sia-sia. Pasti ada yang terselamat di sebalik upacara ritual seokor kambing hitam dikorbankan untuk menolak bala. Kalau pasal 7 ringgit pun ada yang boleh tercabut nyawa, inikan pula fasal ringgit bilion-bilion. Kejadian seperti ini pasti menimbulkan pelbagai persepsi dengan ditambah lagi rekod buruk SPRM dalam melayani orang yang disiasat. 

Perenggan-perenggan di bawah mungkin salah satu persepsi rakyat;

Umpama satu kerja yang mudah, umpama satu kumpulan gangster yakuza, orang yang disiasat oleh SPRM diberi dua pilihan samada ingin bekerjasama, berkompromi dan bersekongkol atau didapati mati bunuh diri! 

Pilih yang mana suka, dikorbankan sebagai kambing hitam dengan mengaku mengambil rasuah dan memberi laluan kepada aksi penyeludupan bilion ringgit, atau mati jatuh bangunan? Tetapi mungkin Ahmad Sharbani memilih untuk menegakkan istiqomah bahawa dirinya tidak bersalah sepertimana yanh didakwa arwah sebelumnya ketika operasi 3B yang menyebabkan arwah ditahan.

Kompromi untuk didapati bersalah atau tidak kompromi seterusnya dijumpai mati bunuh diri? Jika kompromi bersalah, hanya menanggung sedikit malu dan aib bertahun bersama habuan setimpal, tetapi mangsa memilih untuk menolak rasa aib didapati bersalah. Mati pun matilah... 

Seperti yang saya sebut di awal artikel, kes TBH tidak banyak bezanya cuma soalan pilihannya sedikit berbeza. TBH diberi pilihan untuk menyelamat kerajaan negeri dengan bersekongkol dengan kami(gestapo) atau mati?

Dalam kes Ahmad Sarbani pula, mati dalam mempertahankan istiqomah, mati dalam mempertahankan akidah. Orang yang benar-benar bersalah terlepas tetapi orang yang tidak bersalah oleh kerana tidak mempunyai duit dan pengaruh kuasa, dengan senang lenang dijadikan mangsa buli apabila dijadikan korban kambing hitam.

Baiklah, kita tutup soal persepsi namun jangan dilupa politik persepsi adalah harus di kala kes kematian mengejut.

Sekarang cuba kita fikir baik-baik, tidakkah kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional mengambil iktibar daripada peristiwa pertama dulu? Bagaimana kematian ini boleh terjadi haruslah ditanggung sepenuhnya oleh SPRM dan Kerajaan Malaysia kerana ini bukanlah kes pertama. Apakah disebabkan mangsa itu mati, dan pihak jahat akan terlepas begitu sahaja?

Satu prosidur piawaian atau SOP telah diberi penekanan semenjak kes TBH melanda SPRM pada 2009. SOP yang menyatakan orang yang disiasat tidak boleh ditinggalkan keseorangan dalam mana-mana waktu ketika berada dalam bangunan SPRM atau ketika berada dalam kawalan SPRM. SOP itu nampaknya mudah tetapi tidak sesekali sepatutnya diambil mudah. Ini bermakna SPRM telah melanggar SOPnya sendiri bagi memberi laluan kepada kematian Ahmad Sarbani ?

Ahmad Sarbani telah ditinggalkan keseorangan dan dijumpai mati pada aras bawah. Tidak kiralah berapa minit sekalipun arwah ditinggalkan seorang diri, asalkan ditinggalkan ia dianggap melanggar prosidur yang ditetapkan bagi mengelak kejadian seumpama TBH berulang. Meninggalkan Ahmad Sarbani keseorangan adalah seperti membunuh Ahmad Sarbani! Kedatangan Ahmad Sarbani untuk berjumpa pegawai SPRM harus berada dibawah tanggungjawab SPRM dan tidak wajar dibiarkan kesorangan.

Justeru, mengapa tidak SPRM bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Ahmad Sarbani? Pengarah SPRM harus meletak jawatan sebelum siasatan penuh bermula.

Di atas kejadian yang melibatkan agensi kerajaan (atau lebih tepat komponen kerajaan Barisan Nasional), adakah kita masih berasa selamat hidup dalam negara ini? Ayuh semua rakyat yang menuntut kehidupan lebih selamat, ayuh tumbangkan Barisan Nasional dalam PRU akan datang. Setiap undi BN bakal membawa padah.

Beringatlah, hari ini bukan saudara mara kita yang mati di pejabat SPRM, cuma saudara seislam sahaja. Apa kau nak tunggu saudara belah emak atau bapak kau dulu yang kena baru nak tergadah? Beringatlah sebelum kena!


EDYES @ edyesdotcom







5 comments:

cekik adik awang said...

atau mungkin ada statement dari menteri yg bunyi lebih kurang mcm ni..

"dia mati cekik diri sendiri.. mana ada kes!"

hehehe kat 'bolehland' semua boleh!

woii!! org gomen, sampai bila korang nak jadi kambing?... errr kambing hitam!

Anonymous said...

satu lagi statement dari menteri yg mungkin keluar nanti :

"orang dah mati... kalau tujuannya baik... apa salahnya..."

Pegawai penyiasat kes ni nanti sure naik pangkat nye... x caya? Dlm kes TBH, Timb Pengarah SPRM Selangor dah naik pangkat jadi Pengarah SPRM Melaka... kononnya semasa TBH 'terjun' dari ofis SPRM, dia sedang tidur di pejabat dia... lu fikir la sendiri...

Toi'Toi' said...

JOM BERDEMO!!!! dah hilang sabar dah aku sekarang nie

Anonymous said...

gua tak yakin officer sprm bunuh dia. lagi2 kalau officer tu beragama islam. lagipun, takkan bebal sgt sprm, kes beng hock pun tak selesai lagi.

dan gua pun tak yakin arwah membunuh diri sebab dia pun orang islam dan dah nak pencen.

gua rasa dia dibunuh oleh orang lain. seseorang yang menyuruh dia datang ke pejabat sprm.

geng2 pelari cukai,penyeludup ini bukan calang2 orang. banyak kes geng2 ini buattermasuk membunuh. area port klang, area banting adalah yg paling bahaya.

gua rasa, arwah banyak maklumat yg mana, jika dibiarkan, top and hot secret akan terbongkar, almaklumlah arwah didakwa sebagai seorang yang lurus.

arwah dan sprm menjadi kambing hitam oleh sekumpulan orang.

maklumlah, traanksasi duit haram ini menjangkau berbillion...tetiba kena kacau...kah kah kah...siap tak geram beb...

Anonymous said...

kes budak 7thun mati dibunuh oleh oleh Ostad PAS mcmner plak??

blog hram jadah ni xnak bcg ke??

KANAK2 UMUR 7 THUN DIBUNUH????

konpirasi lagi ke??

chegu bastad kedahak sial,..buat lah road show

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan