Wednesday, April 6, 2011

Video lucah: Muka macam Anwar, badan macam Najib ? (WAJIB BACA, LIHAT, TONTON DAN NILAI!!)

Terus terang saya katakan, saya rasa sedikit sebak selepas melihat gambar anwar yang begitu nyata sekali perutnya tidak sebuncit gambar dalam video lucah tersebut. Anda boleh lihat satu perbandingan dalam entri "Perbandingan Gambar DSAI dan Gambar Susuk Buncit Dalam Video Seks Thai Serba Gagal!!"
 
Saya merasa sebak kerana semakin hari semakin jelas bahawa video seks itu adalah sebuah fitnah yang sangat jahat, jijik dan terkutuk oleh sialan yang terdesak memegang tampuk kuasa. Lihatlah baik-baik gambar di atas yang saya petik dari blog ajijoi yang dengan sinis mendakwa, lelaki yang melakukan aksi porno itu mempunyai muka yang hampir serupa dengan DSAI tetapi dalam masa yang sama mempunyai sosok tak ubah seperti Najib! Bila lihat betul-betul, saya bersetuju dengan ajijoi.
 
Sebak saya rasa kerana negara ini dah diperintah oleh anasir yang sangat jahat, menggunakan segala agensi kerajaan termasuklah badan berkuasa demi untuk mengekal kuasa. Sebak saya rasa kerana Anwar Ibrahim telah diperlakukan seperti binatang hanya kerana cubaan beliau untuk membebaskan negara ini dari cengkaman regim jahat yang sanggup bersekongkol dengan yahudi lakhnatullah.
 
Tidak cukup dengan diaibkan pada 1998, ditelanjang, dipukul, dicerca dan dihina, ditangkap pula dalam rumahnya sendiri. Tidak cukup dengan diaibkan pada tahun 2008 setelah Anwar Ibrahim menjadi faktor utama kekalahan BN di lima negeri dan terhapusnya majoriti 2/3 dalam parlimen milik Barisan Nasional. Anwar Ibrahim ditangkap oleh pasukan balaclava dengan biadap sekali sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah untuk bersolat.
 
Kini tahun 2011, lagi cubaan regim jahat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dengan cara yang juga aib sekali. Mereka tiada modal lain selain daripada mengaitkan DSAI dengan salahlaku seks semata-mata demi untuk satu checkmate yang sekian lama ditunggu. Tetapi satu persatu fitnah mereka menemui kegagalan.
 
Dari Fitnah satu yang telah gagal, fitnah dua telah goyang dengan keputusan mahkamah yang flip-flop dan bakal gagal. Kini fitnah tiga hadir dengan meletakkan Trio jahanam sebagai pertaruhan. Kehadiran trio ini yang diketuai oleh RTC telah gagal di hari ketiga (klik di sini) apabila mereka muncul dalam press confrence di Impiana Hotel.
 
Video suntingan khas untuk menunjukkan saat-saat muka dalam video itu seakan Anwar Ibrahim kemudiannya dijadikan sandaran hingga akhbar Utusan Malaysia sanggup menggadai muka depan akhbarnya demi bersekongkol dengan rancangan jahat UMNO melalui trio jahanam. Akhirnya suntingan khas itu memakan diri sendiri kerana ia berjaya dipatahkan dengan baik oleh pejuang-pejuang Pakatan Rakyat yang bernama blogger.
 
Masing-masing menggunakan kepandaian dan kepakaran mengumpil video jahat itu dan salah satu analisis hasil dari saya sendiri iaitu dalam tajuk "Phaholyothin Road Bukan di K.Lumpur Tetapi di Bangkok!! Sila Ikuti Analisis Penting Edyes!!!".  Analisis ini menunjukkan betapa banyaknya percanggahan yang berlaku di sebalik pengakuan Eskay di Impiana pada tanggal 23Mac 2011.
 
Ada lagi satu pendedahan yang sangat penting dari blog Anak Sungai Derhaka. Blog tersebut menunjukkan gambar susuk dalam video yang menunjukkan lelaki tersebut tidak mempunyai janggut pada tanggal 21 Febuari 2011, tetapi ada satu videoklip dari TV Selangor yang menunjukkan DSAI mempunyai janggut. Video dari TV Selangor itu pula bertarikh 22 Febuari 2011. Di manakah logiknya janggut Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja yang tumbuh melebat dalam masa satu hari? Lihat entry Anak Sungai Derhaka di bawah tajuk "Video Lucah : SAKSIKAN dan BEZAKAN.. (Kenapa Janggut Anwar cepat tumbuh?)"
 
Dengan ini, saya dengan rasa bersyukur ingin menyatakan bahawa, saya 110% percaya bahawa bukan Anwar Ibrahim yang berada dalam video seks rekaan Trio jahanam tersebut! Dan saya juga bersedia pada bila-bila masa untuk kembali turun ke jalanraya secara aman bagi menunjukkan protes betapa orang yang bertanggungjawab membawa fitnah ini harus ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.
 
Walaupun terdapat hubungan dingin sewaktu pemilihan 2010, itu subjek lain yang perlu lawan tetap dilawan. Namun saya juga sanggup mati berjuang menegakkan Islam dan juga menegakkan keadilan untuk Anwar Ibrahim yang dihimpit kekejaman sebuah kerajaan rakus gila kuasa!!!
 
Takbir!! Allah Huakhbar !!!
 
 
EDYES @ edyesdotcom
 
 
 

3 comments:

Anonymous said...

Jom... kita penuhkan jalan2 raya. mcm dulu.

Dulu saya sarat mengandung berarak di jln TAR. Lpas 9 hari saya bersalin.

Sekarang ni tak mengandung ayuh bila pak mau ngepalai?

Anonymous said...

tsunami 2008 bukan kerana anwar...tetapi faktor PAK LAH......impack kelemahan pak lah dan khairy jamaludin yg menyebabkan BN kalah terok....BUKaN sebab anwar....Mungkin faktor anwar hanya kurang dari 30 percent sahaja.......ini analisa yg tepat...

Anonymous said...

BN and kuncu kuncu nya dah gabra dgn perubahan yg ada sekarang !!!

jom rakyat malaysia n sarawak tinggalkan babi-babi BN and umno n kuncu -kuncu nya !!!

Mereka ini sudah teruk ,mereka takut kekalahan yg mungkin menyebabkan mereka kehilangan kuasa yg selama ini sangat berpuaka tuu...

kita jgn jadi bodoh !!! guaranty lepas pilihan raya ni minyak naik lagi !!!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan