Monday, April 18, 2011

!! PECAH BERITA !! POLIS MENGESAHKAN BUKAN ANWAR DALAM VIDEO SEKS TERSEBUT ?!!


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka. 

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti yang dipetik Bernama. Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.- KeadilanDaily

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11697


TAKBIR!! ALLAH HUAKHBAR !!!
Mengapa keputusan ini tidak keluar hari Jumaat yang lalu iaitu sehari sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak?

Sekarang, tolong tangkap segera Trio Jahanam yang menabur fitnah jahat sehingga mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Harapan saya dengan keputusan siasatan polis hari ini agar 1Malaysia sedar sesedarnya bahawa daripada Fitnah 1, Fitnah 2 sampai Fitnah 3, adalah sebenarnya konspirasi-konspirasi jahat demi untuk menghalang DSAI membawa perubahan besar dalam negara kita iaitu - REFORMASI !

Tunggu ulasan penuh saya malam ini !!

EDYES @ edyesdotcom

[UPDATE 1.01PM]

TIADA PENGESAHAN DARI PIHAK POLIS MENGATAKAN BUKAN ANWAR DALAM VIDEO TERSEBUT! SAYA ULANG, TIADA PENGESAHAN!

KESILAPAN PIHAK BLOGGER KERANA BERITA DARI PORTAL KEADILAN DAILY  MERUJUK KEPADA KENYATAAN PIHAK POLIS YANG BERBUNYI;
Siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

SAYA YAKIN DALAM KES YANG MEMENANGKAN PIHAK ANWAR IBRAHIM, PIHAK POLIS TIDAK AKAN MEMBUAT PENGESAHAN SECARA DIRECT TETAPI HANYA MERUJUK SEKSYEN 292 - AKTA MENGEDAR BAHAN LUCAH! ITU SAHAJA YANG MEREKA MAMPU UNTUK MENYELAMATKAN KERAJAAN !
HARAP MAKLUM

12 comments:

Anonymous said...

berita palsu dari blogger ni

Gimbul said...

heheh.... best n lawak....

kpasu guy said...

polis buat u turn ka bro...sukar untuk dipercayai.....

Rakyat Pakatan said...

Nampaknya YB (Yang Bangang)Zul Bisul kena buat pengakuan sanggup di rotan 80 kali sebab salah tuduh Anwar berzina!!!

sEmut said...

ah taik la polis. kata siasatan selesai. go die and eat shit!

JAKA said...

tuan2,

tolong rekomenkan saya utk jadi tukang sebat 80 rotan kat punggung jin kupiah zul kulim tu.

jawatan tanpa gaji pun takpe.

saya suka kerja tu laaa...

malam ni pun saya sedai jalankan kerja tu.

Anonymous said...

Uih...

Sebelum update th, xda pula cerita pasal polis, tup tup dah kantoi, salahkan polis...

Dahsyat

Anonymous said...

Ramai nak daftar diri nak jadi tukang sebat ZulNodin.Kedai kopi penuh dengan penyokong PR nak daftar nama.Jenoh tahan juboq la Zul oooi.Depa dok dendam pasai hang preet janji nak lawan piraun tutt..tut hang pi kawan dengan lanun.Glamor siap eksen boleh keluaq Tv3 suku & sekutunya.Depa kata aku sampaikan sajaa.

Anonymous said...

btl ke?

Roti canai said...

kenapa mereka mereka (PR) yang haprak ni tak mahu terima kenyataan ketua mereka yang berlakun dalam film tu ! dah sah mereka mereka ni buat kerja yang sama.janganlah memutar belitkan fakta.

ggkanister said...

lepas ni ramai lagi orang tak percaya dengan umno dah,padan muka."manusia merancang,allah juga merancang ternyata akhirnya perancangan allah yang lebih baik

Anonymous said...

Roti Canai bagaimana kami tak mahu terima kenyataan isu liwat 1 dan 2, si kena liwat memberikan kenyataan kartun dalam mahkamah manakala video seksnya, terdapat dua orang yang berbeza melakukan seks.

Macam mana nak percaya? heee

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan