Wednesday, April 13, 2011

Najib : Dapat 2/3 Majoriti di Sarawak Adalah Bonus !!

Prime Minister Najib Abdul Razak today said that gaining a two-thirds majority in the Sarawak assembly will be a 'bonus'.

Speaking to reporters in the Malay-majority Sadong Jaya constituency, Najib said this is because BN's aim is to form a government, which only requires a simple majority.

"Our target is to form a government. That is the minimum. Two-thirds majority is a bonus... because with (two-thirds) it provides stability." - Mkini
 
 
EDYES wrote:
 
Najib dah goyang!! Mana ada dalam mana-mana pilihanraya yang kecil ataupun besar, tiba-tiba sebuah parti pemerintah akan bersikap tidak optimistik melainkan sesuatu yang luar jangkaan akan berlaku. Sepatutnya Najib akan kata dengan yakin bahawa 2/3 majoriti dalam tangan, itu adalah resamnya dalam perang saraf pilihanraya.

Masa PRU2008, Mahathir pernah menjangkakan Barisan Nasional akan kalah di banyak tempat tetapi dijangka masih berjaya mengekalkan majoriti 2/3 (merujuk kepada kemenangan besar Paklah 2004). Namun jangkaan Mahathir agak tersasar.
 
Kini Najib pula membuat kenyataan yang cukup berhati-hati. Semoga bumi borneo yang ketinggalan tsunami politik ketika PRU Mac 2008, akan menunjukkan kebangkitan 16 April ini sebagai satu kesinambungan menumbangkan sebuah kerajaan legasi penjajah!
 
Taib Mahmud harus ditumbangkan dalam pusingan ini selagi sempat rakyat Sarawak mengambalikan hak milik rakyatnya yang mungkin ditelan dalam 30 tahun pemerintahan Mubarak borneo !
 
Tsunami akan berlaku di Sarawak !! Sarawak4Change!!

No comments: