Friday, April 15, 2011

Menjadi Saksi Taib Tumbang !! Di Pilihanraya Atau Di Jalanraya !! (Wajib Baca!!)

Puluhan ribu hadir dalam ceramah Anwar Ibrahim !

Besok Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Hampir sejuta pemilih bumi kenyalang akan membuang undi mereka dan menentukan masa depan anak bangsa mereka di Sarawak.

Lihat gambar di atas. Tidak dinafikan, walaupun punya 'crowd' puluhan ribu belum pasti Taib Mahmud akan tumbang di medan pilihanraya. Tetapi dengan jumlah ini, diyakini Taib boleh tumbang di jalanraya sekiranya demokrasi sedia ada tidak dihormati oleh kerajaan pemerintah. 

Mereka yang menguasai SPR dinasihatkan agar menipu jangan sampai dikesan, menipu jangan sampai kami nampak walaupun tuhan nampak. Kerana kalau kelahapan penipuan demi penipuan itu berjaya dikesan oleh para pendesak perubahan, nescaya jalanraya akan menjadi satu-satunya pilihan. 

Oleh demikian, SPR harus lebih halus dalam penipuan dan jangan sampai terkesan. Kerana Mubarak dan Zainal Bin Ali itu juga menang besar dalam pilihanraya mereka - dengan penipuan.

Teringat pula nasihat seorang warden ketika bersekolah asrama dulu di Kuala Pilah. Warden saya yang bernama cikgu Norhashim pernah menasihatkan kepada semua penghuni asrama yang merokok di asrama. Pesannya mudah dan berbunyi "Kalau sesiapa nak merokok dalam asrama ini adalah dipersilakan, saya tak marah. Tetapi syaratnya ialah, sila merokok di tempat yang tuhan tak nampak"

Justeru itu, kepada mereka yang terdesak sehingga berjaya menterbalikkan kenyataan Raja Petra (yang juga sebelum ini berjaya menterbalikkan kenyataan bersumpah Bala), berhati-hatilah untuk menipu dalam pilihanraya. Kami di Pakatan Rakyat mempunyai PACA yang amat terlatih dalam mengesan penipuan. Secara praktikalnya, pengalaman 12 pilihanraya umum untuk tempoh selepas merdeka dan 15 pilihanraya kecil sepanjang penggal PRU12 menjadi pedoman dan kecekapan juga terbukti dalam pemilihan di peringkat parti. 

Sebentar tadi, satu kenyataan media oleh Anwar Ibrahim bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan Raja Petra Kamaruddin beberapa hari sebelum Pilihanraya Sarawak. Boleh lihat sedutan dalam kenyataan media tersebut dalam tajuk "PC Anwar Terhadap Kenyataan Raja Petra - Timing yang Tepat !!" 

Dalam kenyataan itu, Anwar memberi satu jawapan yang sangat mudah iaitu beliau menyeru kepada semua jentera dan para penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang sedang berusaha di Sarawak supaya tidak hilang fokus terhadap Pilihanraya Negeri Sarawak. 

Kehadiran RPK yang dikatakan menikam Anwar dari belakang menjelaskan lagi betapa Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak dan juga tertekan seraya berkata - ia adalah 'timing' yang sangat tepat untuk mengalih perhatian PRN Sarawak. DSAI juga menyeru agar semua fokus kepada Sarawak dan akan hanya menjawab segala persoalan selepas PRN Sarawak.

Tindakkan Anwar yang tidak melayani provokasi berbentuk diversi dari pihak terdesak adalah satu tindakan yang tepat. Rakyat Sarawak akan tetap menunjukkan kebangkitan dan membuktikan bahawa mereka sudah celik dan tidak lagi mudah digula-gulakan oleh barisan Peh Mo. Tiga puluh tahun menjadi Rajah Sarawak sudah cukup membentuk sejuta kebencian. Sejuta pengundi akan melafaz kebencian itu melalui buangan undi lalu membebaskan Sarawak dari genggaman seorang 'rajah'.
Tanggal 16 April 2011 menjadi satu tarikh sejarah di mana Sarawakian bangkit mengubah lanskap politik negara apabila tidak menjadi kubu kuat Barisan Nasional apatah lagi menjadi deposit penting BN pada PRU akan datang!! 

Dengan keputusan Taib Mahmud yang dengan angkuh ingin mengekalkan kuasa, Barisan Nasional Sarawak pimpinan Taib Mahmud akan tumbang di bumi kenyalang !!

Ubah Sarawak !! Sarawak For Change!!


EDYES @ edyesdotcom

4 comments:

Anonymous said...

UMNO dan pencacai menipu dalam setiap pr yang dijalankan bukan saja mereka tidak boleh menipu Allah bahkan mereka tidak lagi boleh menipu rakyat

Anonymous said...

kalu PAkatan Rakyat Menang nnt agak2 SPR tipu x....

Anonymous said...

Ada pertanyaan, kalau PR menang nanti agak2 SPR tipu x..?

Awat laa bodoh sangat, menipu tak mestinya akan menang. Lebih lebih lagi kalau rakyat bangkit, menipu hangit pun akan kalah juga.

Menang atau kalah, kalau menipu tetap tipu juga. Bukan bermakna BN kalah mereka tidak menipu.

Orang menipu memang mudah menang tapi tak semestinya akan menang.

Anonymous said...

SPR mmg pecacai UMNO....sb tu, org2 Sarawak kena biar PR menang besar...biar SPR xdpt menipu....


tu anon 2:36, agak2 ko tau tak maksud undi pos..?? ko penah tgk x cane result undi pos..?? bangang !

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan