Monday, February 9, 2009

Tragedi Black Februari - Jalan Pintas Kejatuhan UMNO ?



Apakah persamaan antara rampasan kuasa negeri Perak '09 dan rampasan kuasa negeri Sabah '90? Persamaanya ialah kedua-dua buah negeri itu dirampas oleh pihak yang sama iaitu pihak yang taksub kepada demokrasi, demokrasi terpimpin barangkali.

Ingin saya tahu, apakah rakyat Malaysia ini terlalu lurus untuk mempercayai helah-helah UMNO yang merampas kuasa dua buah negeri setakat ini? Adakah rakyat tidak menilai? Rampasan terbaru bermula di Perak tetapi persoalan setiap rakyat ialah di manakah ia akan berakhir?

Setelah hampir tersungkur di PRU Mac '08, UMNO terus tewas di hati rakyat dengan menaikkan harga minyak mendadak. UMNO tewas lagi di Permatang Pauh dan akhirnya UMNO menerima kekalahan yang paling memalukan apabila gagal mempertahankan P36 Kuala Terengganu malah kehilangan beberapa ribu majoriti. Dalam keadaan tewas demi tewas, gerombolan ini bukan sahaja tidak melihat ke bawah dengan mengkaji kelemahan yang mereka punyai, gerombolan ini tidak bertanya kepada rakyat apakah salah mereka hingga saban hari ditolak rakyat, gerombolan ini juga tidak insaf serta muhasabah diri dengan kekurangan yang ada. Malah, gerombolan UMNO semakin membabi buta dalam usaha kononnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

UMNO kehilangan negeri Perak melalui pilihanraya umum ke 12. Mengikut jumlah undi juga, mereka kekurangan lebih 40ribu undi majoriti. Jadi tiada sebab untuk mereka memiliki negeri yob ini. Jikapun gerombolan mempunyai bilangan ahli DUN majoriti yang mencukupi sekalipun, yang membolehkan kuasa berpindah milik, itu adalah amalan yang mengikut peruntukkan undang-undang. Tiada masalah dengan cara sedemikian sepertimana yang dirancang DSAI melalui projek 916nya. Tetapi apabila beberapa ahli DUN pakatan rakyat hilang, apabila berlaku beberapa siri kejadian 'culik dan tukar', pasti sesuatu telah berlaku samada mangsa culik telah ditawarkan sesuatu yang lumayan atau ugutan melampau telah berlaku.

Sekiranya seorang rakyat biasa telah diperas ugut oleh perompak ataupun penjahat, dia mempunyai satu jalan terbaik iaitu membuat aduan kepada pihak polis dan memohon bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan. Tetapi bagaimana pula jika seseorang itu diugut oleh kerajaan itu sendiri? Apakah jalan terbaik untuk mereka selain daripada tunduk memenuhi permintaan dengan harapan 'diri dan keluarga' mereka tidak di-apa-apakan. Mungkin kehilangan beberapa personnel tanpa berita termasuklah penyiasat Bala membuatkan mereka yang diugut ini ketakutan dan seterusnya rela dalam terpaksa. Sebab itu wajah Adun Bota seperti ada yang tidak kena ketika press confrence bersama Najib.

Kita tahu rancangan gerombolan yang serampang beberapa mata. Dengan merampas negeri Perak, mereka akan menyalurkan seberapa banyak gula-gula kepada seluruh rakyat negeri perak lantas menuntut bahawa merekalah yang membela rakyat, sedangkan kita semua tahu gula-gula itu di tabur untuk mendapatkan 'chocalate indulgence' melalui projek-projek yang sudah di atur sebelum PRU13. Dalam masa yang sama juga, potensi Nizar sebagai Menteri Besar harus disekat oleh gerombolan. Itulah usaha UMNO, Rakyat tahu semua ini, rakyat sudah celik.

Dalam masa yang sama, UMNO mengharapkan gula-gula yang ditabur itu bakal memberi pulangan moral sokongan terhadap mereka dan apabila Selangor juga dirampas pada pertengahan tahun ini, maka mereka akan mengatakan bahawa rakyat Malaysia telah kembali memberi kepercayaan kepada UMNO seperti dulu, seperti sejak 50tahun yang lalu. Itulah angan-angan UMNO melalui Najib, mengaku telah berjaya diterima semula dipangkuan rakyat secara paksa dan secara perasan di media perdana.

Terdesaknya UMNO untuk merampas Perak dengan cara paling kotor dalam sejarah kerana mengikut arus keputusan P36, mereka bakal kehilangan kerajaan pusat dalam PRU akan datang. Jadi mereka datang merampas negeri sambil merampas sisa-sisa demokrasi.

Setelah mereka rampas, dengan pantas menteri besar yang baru dilantik. Dengan tidak semena-mena proses angkat sumpah berlaku dalam keadaan yang begitu tergesa-gesa. Dengan Najib ke hulu ke hilir, dari Ipoh ke Kuale Kangsar, dari Putrajaya ke Ipoh kemudian ke Kuale, siapakah najib untuk mengurus-hal negeri Perak. Di lantik sebagai pengurusi UMNO Perak semata-mata untuk projek terbengkalai Tajul Rosli? supaya dikenang sebagai wira yang mengembalikan kegemilangan UMNO?? itu lah UMNO.

Bagi memerangi penubuhan sebuah kerajaan 'haram', rakyat kembali bangkit dijalanan. Jika tahun '98 dulu mereka bangkit menuntut keadilan untuk demokrasi Anwar Ibrahim, kini mereka bangkit di Perak untuk mempertahankan MB Nizar tersayang, seorang pemimpin yang begitu berpotensi untuk membawa Perak ke arah seumpama negeri Kelantan yang menjaga rakyatnya.

Baring dijalan beramai-ramai bagi menghalang majlis angkat sumpah MB baru dilangsungkan adalah idea yang sangat berani. Kita yang tidak dapat bersama yob dijalanan sana 'salute', Masjid Ubaidiah menjadi saksi kehebatan mereka. Semoga Allah membalas kesengsaraan mereka dengan merejam UMNO dengan jutaan kebencian dari rakyat. Agar lebih ramai rakyat sedar dan bangkit menentang kerajaan penjajah.

Akhirnya, Allah memberi sebuah rahmat dari sebuah kehilangan. Sewaktu saya menulis artikel ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Roslan Shahrum, baru sahaja kembali ke rahmatullah. Al-fatehah kepada beliau, salam takziah kepada keluarganya, semoga roh beliau akan dicucuri rahmat. Pilihanraya tetap akan berlaku di negeri Perak, bezanya yang dimohon adalah pilihanraya DUN tetapi yang diperoleh ialah pilihanraya parlimen. Syukur, Satu anugerah dari Allah.

Saya ada dengar cadangan seseorang yang bernama hadi di perak express, calon yang paling sesuai untuk kerusi PRK Parlimen Bukit Gantang ialah MB Nizar sendiri. Biar rakyat negeri perak buktikan sebuah sokongan melalui PRK yang bakal dijalankan dalam masa 60 hari. Pasti tiada harapan buat UMNO walau Raja Nazrin sekalipun diletakkan sebagai calon BN.

Berbalik kepada cerita rampasan kuasa UMNO terhadap Perak, berapa lama ia dapat bertahan? Semaklum saya, PRU-13 adalah tarikh luput bagi gerombolan UMNO, ia dapat disahkan dengan berlakunya peristiwa Black Februari, UMNO pasti ditolak habis-habisan oleh rakyat. Kerana hari ini keadilan dan demokrasi itu dihentak oleh segala kekuasaan UMNO melalui pelbagai agensi milik mereka, melalui ugutan yang tidak bermaruah ala-ala politik hindustan, dan tidak ketinggalan juga melalui Sultan.

Namun begitu, apakah benar PRU 13 adalah tarikh luput UMNO di jasad kerajaan pusat? atau peristiwa Black Februari ini membuka jalan pintas kejatuhan UMNO dari jasad kerajaan pusat? Artikel panjang di bawah menceritakan sebuah counter-konspirasi. Artikel oleh Abg Mat Saman Kati. sila hayati;

Sebelum itu, saya akhiri artikel ini dengan sebuah pantun;

Dari melaka ke hutan pencala
Puyuh berlari di hujan lebat
Siapa durhaka sultan durjana
Ayuh, layari semangat Jebat !


Konspirasi Nizar-Anwar

oleh: MSK

Dubai merupakan kayu ukur yang telah diterima oleh dunia untuk mengetahui ekonomi dirantau Teluk, kerana ia merupakan Bandar yang paling moden. Untuk sekian lama, peniaga berpusu-pusu kesana untuk mencari kekayaan terutamanya dalam sector hartanah.

Tetapi pasaran hartanah sudah merudum akibat kemelesetan ekonomi dunia dan melibatkan banyak syarikat-syarikat dari Malaysia. Banyak projek-projek digantung atau dibatalkan. Dan salah satu syarikat yang menerima tempias ialah Gamuda Berhad, syarikat terbesar di Malaysia dimana tumpuan utama mereka adalah dalam sector pembinaan, air, tol dan hartanah. 7% daripada pendapatan Gamuda datang dari Dubai. Gamuda menghadapi masalah selepas projek dibawah WCT Berhad dan Meydan LCC untuk membina padang lumba kuda di Dubai yang bernilai RM4.6 billion dibatalkan. Pengarah Urusan Gamuda,, Lin Yun Ling, baru-baru ini telah menjual sahamnya menyebabkan saham Gamuda jatuh merudum.



Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta…berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Oleh itu, keengganan bapanya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sudah pasti mengundang pelbagai spekulasi.

Politik di Malaysia mungkin yang terkotor tetapi kita tak boleh menyalahkan rakyat apabila mempunyai persepsi bahawa kerajaan persekutuan mengugut Sultan. Dan kita tidak memerlukan pakar untuk menilai bahawa sebenarnya Gamuda adalah dibawah ihsan Kerajaan Persekutuan. Apabila peruntukan dibekukan oleh kerajaan persekutuan terhadap Selangor, Perak dan Pulau Pinang, Gamuda merana dan merayu diberikan projek. Negara mempunyai wang, malah lebih daripada sebelum pilihanraya March 2008 kerana BN tidak tahu kemana wang yang sepatutnya disalurkan kepada lima negeri Pakatan rakyat dibelanjakan.

Dalam masa yang sama, Gamuda tertekan kerana projek landasan berkembar menghadapi banyak masalah. Terutamanya di Pulau Pinang dan Perak. Dan kemelut ini menyebabkan Gamuda terpaksa melutut kepada Najib, sebagai Menteri Kewangan, untuk membantu Gamuda yang semakin kesempitan.

Bakal Perdana Menteri akan menjadi Perdana Menteri pada March 2009 dan pastinya beliau akan membuat beberapa pengumuman popular. Suntikan pertama sebanyak RM7 billion mungkin sudah dibelanjakan. Dr. Mahathir telah memberikan ‘clue’ bahawa suntikan kedua sepatutnya berjumlah RM35 billion ataupun 5% daripada KDNK Negara. Bersedia lah untuk mendengar pengumuman ini. Sama ada RM35 billion ini akan masuk kepasaran saham ataupun projek, semuanya sudah menunggu – termasuk Gamuda. Najib akan mengumumkan bahawa negara kita bebas dari kemelesetan, dan sudah pasti..pasaran saham akan melonjak semula. Dan salah satu saham tersebut ialah Gamuda.

Mari kita bayangkan tentang satu teori konspirasi…dan apa yang berlaku diPerak hanyalah ‘the tip of an iceberg’.

Andaikan….Anwar akan mengambil alih kerajaan Persekutuan tetapi beliau sedar, kalau itu yang dilakukannya, rakyat sudah pasti akan menentang beliau sepertimana rakyat menentang Umno hari ini.

Anwar cuba memulakanya dengan mengumumkan pembelotan Ahli-ahli Parlimen abah dan Sarawak, riuh dengan 916 dan sebagainya. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Anwar tahu Najib perlukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa beliau juga mampu berbuat sesuatu, lantas Anwar bersedia mengorbankan Perak.

Anwar menerima umpanan Najib yang dibuat melalui Datuk Nasarudin. Satu strategi menarik, untuk menyingkir wakil rakyat PKR yang tidak berkemampuan dan bermasalah, dan dalam masa yang sama..menggantikan dengan mereka yang berwibawa, maka Perak perlu ‘diserahkan’ kepada Umno/BN.

Sekarang Najib sudah mendapat Perak untuk ditunjuk kepada ahli-ahli Umno dalam Perhimpunan Agung Umno nanti dan mengatakan bahawa Anwar memulakannya skandal pembelotan ini dan beliau hanya menyudahkannya. Episod seterusnya ialah…Anwar akan mengambil alih Kerajaan Persekutuan bersama ‘pembelot-pembelot’ nya dan berkata..” Najib memulakannya dan beliau hanya menyudahkannya’.

Kalau rakyat menerima rampasan kuasa di Perak oleh Najib dan diperkenankan oleh Sultan, mengapa rakyat perlu menolak sekiranya Anwar merampas kuasa Kerajaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong?

Satu perkara menarik…dalam episode rampasan kuasa di Perak ini, kemarahan dan penghinaan ditujukan hanya kepada dua EXCO PKR, Jamaludin dan Osman, tetapi tidak kepada Dato Nasarudin! Mengapakah kepimpinan PKR tidak menyalahkan Nasarudin, sebaliknya menyalahkan dua EXCO ini? Apakah Dato Nasrudin benar-benar mahu kembali kepada Umno…ataupun beliau telah disuruh?

Aku percaya..Nasrudin memang benar-benar ‘trojan horse’. Tetapi untuk tunggangan siapa? Najib atau Anwar?

nizar_anwar1

Semalam pun, aku masih mencari jawapan. Mengapa Nizar sanggup bertahan walaupun mengingkari arahan Sultan? Dan sejak peristiwa rampasan kuasa Najib ini berlaku, aku masih belum melihat Nizar berwajah sedih..sebaliknya sentiasa ceria dan relax..Begitu juga Anwar…bila ditanya tentang rampasan kuasa ini, dia masih boleh melawak..”hangpa tok sah ghafla la. Buat kerja hangpa..yang ni semua bagi kat kami.”

Bila ditanya berapa lama Nizar akan bertahan diKediaman Menteri Besar, Nizar menjawab dia akan keluar beberapa hari lagi, tetapi dengan sinis dia berkata..” kita keluar kejap…bulan depan kita masuk balik.”

Perancangan Anwar dan Nizar ini hampir berjaya, sekiranya Sultan bersikap berkecuali dan adil, kerana itulah persepsi yang ada dikalangan rakyat dan kepimpinan PR. Apa yang mungkin tidak diketahui mereka, Raja Nazrin memainkan peranan utama untuk memaksa Dato Nasrudin kembali kedalam Umno. Malah Dato’ Nasarudin menangis kerana dipaksa kembali kedalam Umno.

Dan semalam, aku mendapat beberapa rakaman perbualan telefon diantara orang kita dengan Jamal, Osman, Dato Nasarudin dan isterinya yang dirakamkan secara rahsia. Kami akan siarkan rakaman telefon ini secara berperingkat dan belum pasti sama ada ianya akan disiarkan di Perakexpress. Mungkin di blog Sya-reformis, Albanjari, Cyberboron, Cenangau…kerana kami semua sedang diekori oleh SB dan MIO.

4 comments:

Anonymous said...

Saya tak menyebelahi sesiapa , pada saya kedua duanya dua kali lima , saya cuma ingin melaporkan apa yang saya dengar dari orang sekeliling , (Saya tinggal di Simpang) mereka menyesal mengundi PKR, kucar kacir jadinya ...masih mentah dalam berpolitik .

Itu saja.....

Anonymous said...

Masihkah anda igt ahli PKR ke Taiwan, apa sebabnya eh?

Edyes said...

anon,

biarlah kucar, biarlah kacir... daripada dalam diam, khazanah negara tergadai....

azianierdawati said...

MB baru ni rupanyer mamak ke? ermmm