Thursday, February 5, 2009

ROMBONGAN NAJIB TERSUNGKUR !! 40MINIT SAHAJA DI ISTANA!!

Maklumat dari Al-Hussein

Baru sebentar tadi di tevee kelihatan rombongan Najib keluar dari Istana Kinta setelah 40 minit mengadap Sultan Perak.

Mereka tidak behenti untuk menyatakan apa-apa perkhabaran ekoran pertemuan tersebut. Mungkin mereka akan buat kenyataan sebentar lagi.Dengar khabarnya akan diadakan di Bangunan Umno berhampiran pada jam 11.00 pagi nanti.

Dari apa yang dapat dilihat, dapatlah kita membuat telahan , keadaan tidak begitu memihak kepada mereka.Kalau tidak sudah tentu mereka tidak sabar-sabar untuk menghebahkan kepada media. Walhal sebelum ini beria benar mereka mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah ditumbangkan dan digantikan oleh kerajaan BN/Umno.

Kini kita menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Istana yang dijangkakan tidak berapa lama lagi keluar hari ini. Sabarlah menanti dengan doa dan harapan.

MB Nizar buat masa ini berada bersama Pak Lah di Majlis Perasmian Model Ladang Padi Sime Darby Plantation di Bagan Serai.

1 comment:

ISA said...

Sabar bro.... nak je aku C4 kan si najib tu, semalam Pengarah Urusan Bank Rakyat menghadap dia, pow duit..