Terkini
KEM BN :
5.40pm Najib sedang press confrence! kemungkinan untuk announce pertukaran kerajaan Perak.
5:06pm BN mempunyai cukup jumlah Adun untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.
Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.
Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.
Kem PR:
5.40pm : sms dari MSK mengatakan bahawa Nasa & Hee berada bersama mereka (Nizar) di Istana Perak setelah berjaya diselamtkan oleh skuad AMK. BUKAN DI PUTRAJAYA ?
5pm: Kenyataan Ringkas Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang memaklumkan bahawa sebentar tadi sekitar jam 4.40 petang dia telah mengfakskan sepucuk surat kepada Suruhanjaya pilihanraya mengenai kekosongan kerusi DUN Jelapang oleh Hee Yit Fong yang telah menghantar surat perletakan jawatan kepada beliau hari ini.
"Kenyataan itu juga telah difakskan kepada pihak media". katanya.
Dengan itu bermakna terdapat tiga DUN yang telah dikosongkan di Perak dan SPR akan berdepan dengan tindakan mahkamah dari Speaker mengenai tindakan pihak itu yang membelakagi warta yang dikeluarkan oleh Speaker.
SPR yang bersidang pada hari Selasa telah melakukan tindakan diluar bidang kuasanya dengan mempertikaikan surat yang dikemukakan oleh Speaker mengenai perletakan jawatan ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering.
4pm: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada jam 3.50 petang tadi.
Beliau diterima mengadap untuk memohon perkenan Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.
Bagaimanapun, beberapa Ahli Exco negeri yang turut bersama Menteri Besar tidak dibenarkan masuk mengadap.
edyes wrote:
Keadaan agak mencemaskan, namun sefaham kita DUN Perak telah pun dibubarkan. Namun, apa sahaja boleh berlaku dalam keadaan yang super cemas untuk negeri Perak ini.
Angin bertiup kencang juga dengan mengatakan bahawa 4 orang Adun lompat termasuk Adun lompat 360darjah telah berada di Putrajaya untuk satu majlis pengumuman pertukaran kerajaan Negeri Perak sebelum pengishtiharanya di Istana Perak kelak. Adakah impian Najib ini akan menjadi kenyataan? Kononnya bagi membersihkan arang yang tercalit dimukanya setelah kalah di P36.
Rancangan ini akan menemui jalan buntu setelah DUN Perak dibubarkan ! Ayuh pertahankan negeri Perak sebelum ia jatuh ke tangan Barisan Nasional, Ayuh pertahankan MB Nizar !
No comments:
Post a Comment