Wednesday, February 4, 2009

PPSMI Adalah Lubuk Emas !

Entri ini merupakan entri yang ke-empat mengenai PPSMI. Sedangkan isu yang lebih besar berlaku di Perak, saya lebih suka untuk tidak terlalu taksub dengan isu Perak kerana saya yakin kepada MB Nizar. Saya menunggu DUN Perak dibubar... Inilah jalan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

Berbalik pada PPSMI, pernyataan di bawah adalah salah satu komen kutucyber mengenai isu PPSMI dan ini adalah satu daripada perspektif yang sangat menarik untuk difikirkan. Sila hayati dan terdapat sedikit lagi komen saya di akhir entri ini;

oleh kutucyber

Tuan

Perspektif lain yang mungkin tuan tidak sedar. PPSMI ADALAH LUBUK EMAS!!

Perspektif lain yang saya maksudkan ialah kemungkinan-kemungkinan agenda lain di belakang PPSMI ini. Teori saya, PPSMI dicetuskan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi, khususnya orang-orang yang melihat ‘wang’ di sebaliknya. Pelaksanaan PPSMI akan menjana pendapatan yang sangat besar.

Saya berikan contoh, apabila PPSMI dilaksanakan berbilion RM diperuntukkan oleh kerajaan setiap tahun untuk menyediakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Sekadar beberapa contoh

(1) Guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris diberikan komputer riba setiap seorang untuk digunakan sebagai alat pengajaran. Berdasarkan jenama dan keupayaan komputer yang dibekalkan itu harga runcit di pasaran tidak melebihi RM3,500.00 sebuah. Tahu berapa harga setiap unit yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah? RM8,000.00.

(2) Bersama-sama notebook diberikan juga LCD Projector dan meja trolly penyimpanan. Tak payah saya sebutkan harga LCD Projektor dan trolly itu, memadai saya sebutkan harga mangga (kunci) trolly berkenaan. Tahu berapa harga kontrak pembekalan sebiji kunci mangga tersebut? RM150.00. Jenama, rupa dan sais yang sama di pasaran runcit hanya RM16.00 (enam belas ringgit). Setiap sekolah berpuluh-puluh set yang perlu dibekalkan, seluruh negara entah berapa ratus ribu. Kiralah sendiri berapa banyak wang yang pembekal-pembekal tu kebas. Cukuplah dua contoh tu. Berpuluh-puluh lagi peralatan dan bahan bantu P&P yang berbentuk hardware dan software untuk PPSMI ini dibekalkan kepada guru dan murid/pelajar; setiap satu/jenis dengan harga yang tidak masuk akal! Satu lagi contoh. Dalam perkembangan PPSMI dilaksanakan juga program ICT di sekolah-sekolah. Program ini sangat baik, tetapi, ada TETAPInya. Pembinaan makmal ICT satu cerita, pengisian makmal ICT dengan 40 set komputer bagi setiap bilik satu cerita lagi. Yang saya nak sebutkan hanya satu benda kecil bagi melengkapkan ICT tersebut. Modem Rauter (jenama Aztech). Harga runcit benda kecil tu tidak lebih daripada RM280.00 harga semasa pada ketika itu (sekarang tak sampai RM200.00). tahu berapa harga pembekal? RM5,333.xx! Allahuakbar!

Siapakah orang-orang yang menjadi kaya raya dengan PPSMI dan ICT ini?

Saya percaya agenda ‘kekayaan’ melalui PPSMI masih belum selesai. Sebab itu pihak pembuat dasar dan yang meneruskan dasar PPSMI ini masih berdegil dengan tuntutan dan permintaan rakyat. Daripada RM31 bilion peruntukan Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2009 masih terlalu banyak untuk PPSMI. Bagi penyangak-penyangak itu, rugi besar kalau PPSMI itu dimansuhkan sekarang kerana peruntukan PPSMI itu tidak digunakan. Orang-orang yang berkepentingan inikah yang melobi kuat supaya PPSMI dipertahankan? atau pemegang duit yang berkuasa tentang dasar PPSMI ini ada share sama?

Wallahu Alam.

http://www.kesturi.net/archives/357#comment-109

Sungguh mengharukan. Terus terang saya katakan, saya sedar akan kepincangan ini. Aspek yang tidak langsung melambangkan keikhlasan kerajaan BN untuk melahirkan sebuah generasi serba boleh. Melainkan ia menjanjikan kekayaan di pihak tertentu dengan menjadikan anak-anak sebagai mangsa bahan ujikaji, mereka apa peduli? Bukan ini yang saya mahu dalam PPSMI, tetapi inilah yang berlaku enam tahun sudah...

Ekoran kesempatan sebeginilah yang menyebabkan negara kita tidak akan dapat bersaing dengan Jepun mahupun Korea. Langsung tiada integriti dalam melaksanakan sesebuah program pembangunan demi bangsa dan negara.

Begitu jugalah gamaknya PLKN, Rakan Muda dan pelbagai lagi program yang membuncitkan perut kroni kehormat. ptui!!

2 comments:

Unknown said...

Tuan,

Sedikit pembetulan. Kredit sepatutnya kepada bekas pendidik Tuan
Mat Abdul. Hujah beliau di

http://www.kesturi.net/archives/357

Komen No. 109

Harap maklum.

Edyes said...

Terima kasih atas makluman, saya anggap komen di atas cukup sebagai satu acknowledge.