Thursday, February 5, 2009

Perhimpunan Selamatkan Perak Malam Ini !


Satu perhimpunan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat akan diadakan di kediaman menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini untuk menyatakan sokongan penuh kepada beliau dalam menghadapi situasi politik yang tidak menentu di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga bertujuan untuk memberi penjelasan secara terus kepada rakyat berhubung isu-isu yang berlalu di Perak.

"Kamu (BN) bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

"Kamu kalah di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan kamu takut untuk kalah lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusi satu mesyuarat di ibupejabat PKR di ibunegara malam tadi.

Hadir sama ialah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Syed Husin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka.

Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

'Situasi tidak menentu'

Kata Najib, begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri.

Mengulas lanjut mengenainya, Anwar berkata, PKR dan Pakatan berpandangan bahawa "kita harus tunduk kepada kehendak rakyat".

"Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.

"Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan," tegasnya.

Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.

"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.

'Kembali kepada rakyat'

Menurut Anwar lagi, Nasarudin turut menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap Najib.

Mengenai kenyataan Najib bahawa BN sudah mampu memerintah Perak, Anwar membidas timbalan perdana menteri itu sebagai tidak bertanggungjawab

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan alasan Jamaluddin dan Osman bahawa mereka bercuti sakit adalah sebagai satu pembohongan.

"Kenapa tidak memberitahu keluarga, pimpinan parti, menteri besar atau speaker. Kamu adalah exco, orang dij alanan pun tahu itu tanggungjawab awak," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menggesa supaya kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru daripada mereka.

"Serahkan kepada rakyat, biar rakyat tentukan, sekiranya BN berhak memerintah, maka biarkanlah

"Tapi saya yakin, kita akan mendapat majoriti yang lebih besar," tegas Anwar.

Berita dari Malaysiakini


edyes wrote:

Apakah mereka(UMNO led BN) sangka tindakkan mereka ini akan diterima oleh rakyat ?? Sedangkan idealisme perjuangan dan integriti setiap daripada mereka telah hancur, dan mereka masih berani untuk mempermainkan rakyat ???

Saya Menyeru orang Kedah, 1-2jam ke Ipoh... Saya menyeru orang Penang, 1jam ke Ipoh, Saya menyeru orang Selangor, Lembah Klang dan N.Sembilan, 2-3jam ke Ipoh.... Saya menyeru kepada mereka yang mampu, agar turun ke Ipoh untuk memberi sokongan !!

Ayuh! Selamatkan Perak dari Jajahan Barisan Nasional !!!

Mari Berhimpun !! Selamatkan MB kita !!!

8 comments:

Anonymous said...

Bongok...time plan 916 semua bole...takde pun menghormati keputusan rakyat??? Tagline dari Permatang Pauh ke Putrajaya tu sapa yang reka?? Bukan Anwar Ibrahim ke?? Kalau melompat ke PR semua betul, bagus tapi bila BN buat tak menghormti rakyat. Pirahhhh. Dasar munafik, cakap menipu, berjanji tak tepati. Dulu time berkempen sampai kejar ke Taiwan takde pulak suruh rakyat kuar ke jalanan, takde pulak nak hormati perasaaan rakyat...skrg dah terdesak pusing 360. Dah ludah jilat balik. Pemimpin macam ni aku nak respek?? Saudara pun dah cakap tak serupa bikin. Time Dato' Nasa masuk PKR, waaaa semua bagus, indah. Tolong la jgn buat statement "kurang cerdik". Saya hormat saudara dan terimalah kritikan saya dengan berfikir sejenak and jgn taksub pemimpin sgt.

Budak Seremban

Edyes said...

cuba awak renung balik rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Kerajaan Pakatan Perak... cuba awak halusi balik apa yang BN dah buat untuk rampas kuasa nie...

betul ke BN nie yang awak dok sokong membabi buta?

Anonymous said...

aku jawab...

16sept just plan tapi tak jadi sebab hangpa kata macam2..tak relevan la ambik kerajaan pintu belakang la khianat amanah rakyat la bla bla bla.. nak kena aku rungkai balik ka tak payah laa...

lanie apa yg hangpa bebel masa 16sept dah jatuh kat kepala hangpa... hangpa yg jilat semua ayaq lioq yg hangpa ludah dulu...

lanie siapa yg paling terok dimata rakyat... BN @ PR...??

PR hingaq jaa 16sept tapi tak jadi namun hangpa kutuk bagai nak rak last ambik jugak kerajaan pintu belakang...

jadi sekarang siapa pulak yg di pandang BAIK di mata rakyat...

Lu pikir la sendiri...

Anonymous said...

Tak kira parti, lompat parti mmg tak beretika, samseng, wajar dihumban ke laut.

TAPI

Sapa yang mulakan kempen lompat parti? Sapa? sapa? sapa? sapa?

Pemimpin berhati binatang korang jugak. Time dia kempen, lompat parti ok, baik, bagus, ikut sunah nabi, sempurna akhlak, beriman.

Skang apa citer? yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir baru nak melalak tak beretika. Dasar lidah bercabang 10.

Anonymous said...

Satu diskusi yang baik. Satu bersetuju malah amat bersetuju dengan pandangan melompat parti satu perbuatan tidak beretika dan mengkhianiti rakyat. Jika pemimpin yang salah pilih berubah kapal, saya mesti la bengang sebab saya pilih X kerana dasar2 yang diperjuangkan. Dalam kes Perak ni, saya amati dan cuba faham betul2, 3 ADUN Perak tidak melompat parti tetapi keluar parti dan akan menyatakan sokongan terbuka kepada BN dalam Dewan Undangan Negeri bagi setiap usul yang dicadangkan atas alasan hilang kepercayaan terhadap YAB MB Nizar.
Harapan saya hanya satu, kekalkan intergriti anda sebagai pemimpin, JGN LOMPAT parti, keluar sebagai Bebas. Anda akan lebih hebat sebagai pengkritik atau bertindak sebagai "Check and Balance" Kerajaan. Saya tgk Ibrahim Ali tetap hebat walaupun sebagai bebas. Yang salah hentam cukup2 tak kira kawan or lawan. Tapi bila sesuatu dasar betul, tolong la sokong. Saya atau kita rakyat juga yang untung kalau la ada ahli YB yang macam ni.

Budaya melompat mmg dah lama wujud, dari zaman 1959 dan terakhir 1990an kat Sabah. Tapi yang merancakkan kembali adalah Si Anwar Brahim ni sebab tak sabar2 nak jadi PM. Tak sabar nak tunggu PRU14 lagi 4 tahun. ada dia respek dengan pilihan rakyat dengan PRU 13? takdepun...siap pukul canang plan 916. Saya malu, saya pi Singapore kena gelak dengan kawan2 cakap ahli politik m'sia semua lawak2/gila kuasa (nak jadi PM)

Isu Perak saya berpandangan kejatuhan PR atas salah diri sendiri. Kepimpinan Nizar sgt2 lemah. Beliau digambarkan sebagai Boneka, Lemah, Tidak Pro Melayu, Tidak Tegas dan sebagainya. Saudara perlu ingat PR bukan lagi pembangkang tapi Pemerintah. PKR perlu bercakap bunyi macam Pemerintah bukan lagi sebagai pembangkang. PKR ada suara di 5 buah negeri, terutamanya di Selangor, Penang dan Perak. Tapi kenapa tumbang selepas 11 bulan?? Adakah kerana BN? Saya rase tidak. Yang menjatuhkan PR adalah PR sendiri.lemah kepimpinan. lihat sahaja Selangor, apa yang boleh dibanggakan selain projek mega babi? Penang?? Jauh sekali TKM1 perangai tidak mengambarkan pemimpin yang berwawasan, baik. Apa rancangan, wawasan dia nak tolong melayu Penang? Senyapppp je, yang pandai bagi alasan akit perut tuang sidang DUN. Bacul.saudara selaku Penyokong tegar PKR tolong bagitau saya apa yang PKR dah laksanakan selain mengucar-kacirkan keamanan negara/politik.

Politik mmg kotor, itu saya akui. tapi saya tidak buta menilai pemimpin mana yang buat kerja atau buat drama. Selagi sesiapa pun pemimpin (asalkan melayu) yang berjaya menwujudkan keamanan,kestabilan, kemakmuran saya akan kempen dan pangkah. Hatta jika Mat sabu sekali pun jadi PM saya setuju jika dia terbukti berkaliber, hebat dalam melaksanakan perancangan. Saya cabar orang2 PKR, buktikan kehebatan anda, ada lagi 3 tahun. Tapi bila diamati sepanjang tahun 2008 agak2nya parti mana la dok berpolitik je sepanjang tahun? hasilnya mana? Bila masa anda bekerja ni? saya menunggu hasil ni..... Saudara tolong la pahamkan saya ni.

Budak Seremban

Anonymous said...

maksud cabaran tu adalah untuk semua pemimpin2 PKR yang sedang memegang tampuk kuasa, Khalid, Fairus tolong la tunjukkan kehebatan anda....saya sedang menilai.

saya tak kisah sapa janji PM asalkan Melayu, parti mana pun boleh, PAS or PKR. Janji tunjukkan kebolehan. Jgn dok berdrama je....
Itu sahaja harapan saya. Terima kasih kerana bazir masa 10 minit baca luahan saya.
Budak Seremban.

Edyes said...

terima kasih atas luahan, perspektif kita sedikit berbeza...

salam

Anonymous said...

Bongok...time plan 916 semua bole...takde pun menghormati keputusan rakyat??? Tagline dari Permatang Pauh ke Putrajaya tu sapa yang reka?? Bukan Anwar Ibrahim ke?? Kalau melompat ke PR semua betul, bagus tapi bila BN buat tak menghormti rakyat. Pirahhhh. Dasar munafik, cakap menipu, berjanji tak tepati. Dulu time berkempen sampai kejar ke Taiwan takde pulak suruh rakyat kuar ke jalanan, takde pulak nak hormati perasaaan rakyat...skrg dah terdesak pusing 360. Dah ludah jilat balik. Pemimpin macam ni aku nak respek?? Saudara pun dah cakap tak serupa bikin. Time Dato' Nasa masuk PKR, waaaa semua bagus, indah. Tolong la jgn buat statement "kurang cerdik". Saya hormat saudara dan terimalah kritikan saya dengan berfikir sejenak and jgn taksub pemimpin sgt.

Budak Seremban

Aku sokong komen nie. PAKATAN memang makan ludah balik. Adeke nak main2 ugut, konon, I got the numbers, I got the numbers, kecoh satu malaysia penyokong pakatan, percayakan dan taksub dengan Anwar mereka. last2 tak jadi ape, malu ada, semua ada la. sekarang kena balik benda yg sama, tapi mmg kena cukup cukup. bn kalau buat, terus jadi. sbb bn pentingkan melayu, walaupun kroni ade, melayu tetap terjaga. masa adun bota masok, ade hampa semua suruh pilihanraya kecil ? bila jadi kat hampa, suka, semua elok, demokrasi. tapi bila jadi kat BN, kutuk, marah, tak puas hati. senang citer, hampa semua poyo. cukup2 la taksubkan pemimpin. hampa semua dah kena kencing bulat2.