Berikut adalah reply saya dari pelbagai komen rakan2 di dalam entri saya yang menyokong PPSMI.
Terima kasih atas pendapat masing2... dan sekali lagi saya tekankan, masing2 punya pendapat dan punya hak untuk menyokong pendapat bersama hujah yang kongkrit.
Sesuatu bahasa itu lebih mudah dikuasai apabila kita berdamping dengan bahasa tersebut. Lebih banyak kita berdamping, lebih mudah kita menguasainya.
Dalam konteks PPSMI ini, apa yang penting ialah semua pihak perlu bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menjayakan BI dalam mate dan sains. Ibu bapa, cikgu, masyarakat... semua.
Mungkin satu ketika dulu, bahasa kita adalah bahasa yang paling diperlukan di asia malah mungkin di dunia. Tapi kita perlu menerima hakikat bahawa bahasa inggeris adalah bahasa dunia. Adalah lebih baik kita menguasainya dulu sebelum bangsa seluruh dunia menguasainya terlebih dulu.
Bukanlah saya berniat untuk condemn bahasa sendiri, cuma saya berpijak di bumi yang nyata. Kepentingan bahasa melayu itu masih boleh ditingkatkan dengan meletakkan kriteria keperluan BM di pelbagai sektor TERMASUKLAH bagi menubuhkan sebuah syarikat sebagai contoh?
Jadi, mari kita ambil kesempatan supaya subjek penting diajar dalam bahasa dunia kerana kesesuaiannya DAN kerana kita nak rakyat lebih serius menguasai bahasa inggeris.
Bagi saya, kalau setakat belajar English dalam subjek English semata-mata, masih tidak mencukupi. full stop.
Sekarang ingin saya kongsi seperkara dengan rakan pembaca sekalian. Perkara ini tidak ada kena mengena dengan PPSMI.
Kita imbah kembali jika tahun 80an dulu, kita hanya mempunyai 3 saluran TV. Semua rakyat Malaysia, Melayu cina india menonton tanpa punya pilihan.
Tetapi kini kita mempunyai ratusan channel termasuklah pelbagai bahasa melalui pakcik ASTRO. Terfikirkah anda semua bahawa rakyat cina Malaysia yang punya astro sudah tidak lagi menonton TV1, TV2, TV3? Mereka rakyat malaysia, tetapi menonton cerita bahasa ibunda mereka sepanjang masa. Jika ini terus belaku untuk beberapa dekad, apakah kita rakyat negara ini akan lebih bersatu? atau penumpang menjadi penumpang sampai bila2?
Maaf kerna sedikit lari dari tajuk, tetapi ia tetap berkenaan bahasa.
8 comments:
Tumpang lalu....
Biasa aku belasah aje, kali aku berfikir sedikit... pengajaran matematik dan sains bermula dari tingkatan satu bukan darjah satu.
Bermakna pelajar-pelajar ini telah mempunyai asas bahasa Enggeris dan juga asas matematik semasa disekolah rendah.
Jika di tingkatan satu pelajar-pelajar masih tidak faham asas dan bermasalah mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Enggeris maka dapat dikatakan mungkin:
1] Kaedah pengajaran di sekolah rendah tidak effisien.
2] Pelajar yang memang bermasalah.
3] Ibu-bapa yang tidak prihatin.
4] Sistem pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Enggeris tidak menepati cara nya.
Aku 100% sokong PPSMI dimansuhkan jika ia dimulakan dari DARJAH 1, macamana budak=budak nak faham kat rumah cakap melayu..
Aku 100% TAK SOKONG jika PPSMI dimansuhkan. Udah 6 tahun belajor asas matematik dan bahasa disekolah rendah. Ini bukan masalah bahasa, tapi pelajar-pelajar dan ibu-bapa mereka yang bermasalah.
Tak payah le nak dipolitikkan benda....macam mana le MELAYU nak maju..
Ni yop udah 6 tahun
ok...
saya sokong pendapat anda 100% yob... ada nas!
Ini masalah jika seseorang itu TIDAK MENGHORMATI INTELEKTUAL/BIJAK PANDAI. Yang menentang PPSMI itu bukannya tukang kebun, drebar dan tukang sapu. Mereka adalah cendikiawan terdidik dalam bidang bahasa, teknikal dan profesional.
Mereka bercakap berdasarkan FAKTA bukannya berdasarkan PENDAPAT PERIBADI tanpa sebarang fakta.
PPSMI telah dibuat dinegara-negara Pakistan/Filipina/Sri Lanka/Bangladesh/Kenya/Jamaica/Zimbabwe/Tanzania. MANA BUKTI KEJAYAAN MEREKA!!!
PPSMI akan menghasilkan 2 kelompok masyarakat, MAJORITI penduduk yang dinafikan hak pendidikan kerana masalah bahasa dan MINIORITI mendapat akses pendidikan.
Sebab itu negara di atas tak pernah maju akan terus mundur kerana kebodohan yang bertingkat-tingkat.
Bandingkan dengan negara yang menggunakan bahasa ibunda, KOREA/ TAIWAN hanya 40-50 tahun untuk menjadi negara maju. SEBABNYA ILMU MERAKYAT, ILMU TIDAK DIMONOPOLI OLEH GOLONGAN TERTENTU.
PPSMI, kita mahu maju macam negara mana??
PPSMI akan membunuh semangat anak-anak Melayu luar bandar dalam bidang sains/teknikal. Tengok sejarah sebelum 1970an berapa
ramai anak Melayu masuk UM buat Medic/Sc/Engine di UM walaupun belajar PPSMI dalam BI?? Bandingkan pula diera BM digunakan.
Jika PPSMI diteruskan juga, silap-silap nanti anak perempuan anda bersalin, DR. bukan Melayu lelaki pulak yang akan menyelak kain menyambut cucu anda!
a)ramai orang tidak tahu hal sebenarnya pasal pssmi.
b)banyak sekolah rendah cina di jb dan pasir gudang sebenarnya ajar murid dia sepenuhnya dalam bahasa cina. ini kerana pemahaman konsep pembelajaran itu lebih senang difahami dalam bahasa ibunda.
c)kalau tak percaya cuba risik sendiri. ini adalah kenyataan dari guru besar saya sendiri.
d) bagi saya pssmi itu lebih sesuai diajar di sekolah menengah atau sekolah berasrama penuh sahaja.
anakutu..
ini untuk si Ngok (yang kasi komen paling atas sekali).
APA PUNYA NGOKK la ko ni. nak kasi komen pun kaji ler dulu. Skrg ni budak2 dah start belajo matematik ngan sains kat darjah 1. Bukan cam ko dulu.
Tuan edyesdotcom, yang ko setuju tak pasal2 kat si Ngok tu apa ke hal?? ko pun NGOK jugak ker? baca ler betul2 apa komen si Ngok tu. Dia kata dia setuju 100% nak mansuhkan PPSMI kalau bahse ingeris diajor kat darjah 1. DAN itulah kenyataanya.
Tapi kalau maksud kau tu memang setuju nak mansuhkan PPSMI, maka BAGUSLAH. (tapi sila buat artikel lain)
kutucyber
Aku terkejut terbaca peranggan pertama hang tulis, Tidak semesti seseorang itu dikatakan TIDAK MENGHORMATI INTELEKTUAL/BIJAK PANDAI semata bertelegahan pendapat. Budaya orang Melayu dulu masih segar setiap yang keluar dari INTELEKTUAL/BIJAK PANDAI mesti dipatuhi. walaupun pertelagahan pendapatan membawa kepada pengembangan minda. Tidak jumud.
Apabila hang mengkastakan manusia terhadap ilmu, hina sangat ke mereka tukang kebun,tukang sapu, driver, posmen walaupun hang ada tulis merakyatkan ilmu.
Setakat tulis aje , kebanyak orang Melayuu pandai menulis.
Anakutu
Walaupun aku Ngok, tak sangggup aku nak kata hang ni ngok terlampau
Komen Ngok dan Kutuycyber jauh berbeza. Kutucyber tak setuju dengan komen aku. Hang baca bai-baik kemudian komen baik-baik.
Ramai sungguh yang memberi komen, dan terdapat banyak lagi komen dalam entri yang sama di tranungkite.com. Terima kasih daun keladi. Satu pendedahan yang menarik, pelbagai pendapat yang sememangnya membuka minda sesiapa yang singgah di sini.
Saudara dan saudari sekalian, setelah meneliti dari pelbagai aspek, maka saya bersetuju dalam satu perkara berkenaan isu ini yang harus diberi perhatian.
Bahasa Inggeris perlu dimulakan pembelajarannya seawal darjah 1, tetapi tidak bagi matematik dan sains untuk diajar dalam bahasa inggeris. Saya menyedari pemahaman dalam pembelajaran itu jauh lebih penting dari sekadar menghafal. Jadi, dengan subjek mate dan sains dikatogeri sebagai subjek pemahaman, adalah menjadi amat penting untuk memastikan 'basic' bagi mate dan sains dikuasai oleh anak-anak kita semasa di bangku sekolah rendah.
Dengan pernyataan di atas, ingin saya cadangkan supaya pembelajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris diteruskan hanya bermula di sekolah menengah. Dari tingkatan satu hingga ke menara gading. Tidak sesuai basic bagi kedua-dua subjek ini diajar dalam bahasa inggeris. Hanya setelah basic itu dikuasai, barulah ia sesuai diajar dalam bahasa inggeris.
Dari satu sudut, saya nampak tujuan PPSMI. Walaupun sudut kecil itu tidak langsung diendah oleh pembaca, ingin saya kongsi sekali lagi. Apabila penguasaan bahasa Inggeris di negara kita semakin merundum, tidak seperti penguasaan bahasa inggeris era 70an dan 80an, maka PPSMI menjadi satu jalan iaitu dengan cara 'memaksa'. Pelajar-pelajar, guru-guru, ibu-bapa dan banyak lagi pihak dipaksa untuk melaksanakan misi PPSMI.
Unsur paksaan ini juga bukanlah sentiasa negetif, ada kalanya ia menjadi positif. Dengan tiada pilihan diberikan kepada anak-anak yang ingin belajar dan ibu-bapa yang ingin anak mereka maju dalam BI dan juga guru-guru yang inginkan anak murid mereka mencapai cita-cita, maka semua pihak perlu sama-sama berusaha keras untuk menguasai bahasa inggeris.
Kita mahukan ibu-bapa lebih serius dan tidak membiarkan anak-anak mereka hanyut tanpa ilmu bahasa Inggeris. Bukan sekadar faham, tetapi tahu penguasaan dan penggunaan bahasa inggeris itu dengan baik sekali dengan cara mengimplementasi subjek matematik dan sains dalam BI.
Ikhlas saya katakan, sebarang perubahan itu memerlukan sedikit masa, perlukan sedikit pengorbanan dan perlukan sedikit pertimbangan tambahan.
Akhir kata, saya menyokong PPSMI dengan syarat ianya dimulakan di peringkat sekolah menengah, bukan sekolah rendah sepertimana yang telah dilaksanakan. Harap maklum.
Salam
Tuan Ngok,
Tuan keliru. INTELEKTUAL/BIJAK PANDAI mereka bila bercakap bersandarkan fakta. Fakta ini boleh dilihat, dikaji dan diulangkaji jika tidak dipersetujui.
Membandingkan dengan tukang kebun, drebar dan tukang sapu itu bukan niat saya menghina. Cuma untuk membezakan antara orang yang berhujah dengan fakta, ahli dalam kepakarannya dengan orang yang mempunyai keahlian berbeza.
Jika anda tidak bersetuju dengan INTELEKTUAL/BIJAK PANDAI yang berhujah dengan fakta, sila kemukakan FAKTA anda, sama-sama kita dilihat, dikaji dan diulangkaji jika tidak dipersetujui.
Itu baru ciri orang budiman / gentlemen. Saya hargai pertelagahan pendapat tetapi biar berdasarkan FAKTA.
Post a Comment