Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.
Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.
Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.
Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.-Malaysiakini
edyes wrote:
Lambat lagi lah gamaknya prk di kedua-dua bukit ini. Lagi 7 minggu 3 hari dari sekarang, macam macam boleh berlaku. Dalam period ini juga kita akan melihat samada cita-cita Najib untuk mengikut jejak ayahandanya Tun Razak tercapai atau dicantas atas dakwaan bersangkuta altantuya.
UMNO gamaknya, mahu peristiwa hitam rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak menjadi sejuk terlebih dahulu sebelum mereka mulakan kempen ini dengan isu-isu yang baru sedangkan peristiwa di Ipoh dan Bukit Chandan pasti meninggalkan kesan mendalam. Apakah 7 minggu itu cukup lama untuk membersihkan tahi yang berpalit pada UMNO?
Kita tunggu dengan penuh ketenangan kerana UMNO juga pasti mengambil langkah selamat dan penuh hati-hati pada minggu-minggu yang mendatang.
Pilihanraya kecil jatuh pada hari Selasa, tak mengapa. Saya akan turun lebih awal kerana tiada masalah bagi saya untuk memohon cuti dua hari iaitu Isnin dan Selasa.
Insyaallah jika tiada aral melintang, Saya akan sampai di Bukit Gantang pada pagi hari Sabtu 4hb April untuk membantu kempen di sana. Di mana bermalam itu tiada masalah, kita ada MSK and the gang yang sudah mangli dengan gaya hidup hippies...
Namun, lambat lai lah... kasi buat kerja dulu.. ok
7 comments:
kami harap kali ni bg la calon pas yg tanding.x mau la pkr.diorang ni bkn berjuang sgt.dok peleceh jer.kalut la.
Bukit Gantang = Calon PAS
Bukit Selambau = Calon PKR (India)
InsyaAllah, dua2 menang dengan majoriti yang luar jangka, bagi menunjukkan protes berbentuk undian terhadap kem Najib Monggolia...
sign petition tolak najib jd PM: http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html
edyes, tolong war2kan, setakat td baru 1672 yg sign, kalau tak salah saya hujung bulan feb ni diorg nk serah pd agong. thanks.
xmau la lagu tu..bg la dua2 kt pas. ape salahnyer.kami yakin pas bleh menang.doa tu kekuatan kita.x mau la bg kt india ni..nanti diorang cabut lg.x pon lompat plak.kami ni kt cawangan pas dah sepakat da..kali ni xmau india da.
kita kena saling toleransi. yakinlah dengan pakatan rakyat...
Aku sokong Saranan Edyes tapi dalam masa yang sama pilihlah calon yang berjiwa kental. Berhati-hati dengan orang yang menggalakkan kita berpecah dan tidak sehaluan dalam memilih calon..diharapkan mereka bukan talibarut BN
Pilih la edyes, dia pejuang RE-FOR-MA-SI. Warggghhhahahahahaha
Post a Comment