Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.
Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini.
Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang pertemuan dengan baginda.
Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi enggan mengulas buat masa sekarang.
Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah meninggalkan kerajaan Perak. - mkini
edyes wrote:
Bravo... Saya doakan perkara ini menjadi kenyataan.
Jika Pilihanraya DUN seluruh perak berlaku, maka ada harapanlah untuk lebih ramai YB-YB melayu menguasai kerajaan campuran Pakatan Rakyat negeri Perak. Ini kerana, mana-mana DUN Pakatan yang tewas pada PRU12 tempoh hari berkemungkinan besar akan menang dan tidak mustahil Kerajaan Pakatan Perak akan mempunyai mandat 2/3 majoriti.
Akhirnya, DUN N.Sembilan juga mungkin akan terbubar dan klimexnya ialah PRU13 akan berlaku sebelum Mesyuarat Agung UMNO pada Mac akan datang.
2 comments:
wahhhhh
ini dah kritikal, debar sungguh nie...
wan
SAH !! DUN PERAK BUBAR HARI INI
Post a Comment