Friday, April 29, 2011

Akhirnya Eskay Bersumpah Laknat !

Oleh Malaysiakini (Jimadie Shah)
 
Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONEBeliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

NONEMereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

NONEBagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.
 
 
 
 
 
 
 
 
EDYES wrote:
 
Kesian rakyat, ugama bagaikan dijual beli dalam negara ini, sumpah dilakukan sesuka hati tanpa mengikut tertib hukum syarak.
 
Kesian jugak dengan AMK...
 
 

Tindakkan Kurang Bijak Ketua AMK di Masjid BB Sentul !!

KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah lakmatsalah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat. - mstaronline
 
 
EDYES wrote:
 
Aku tak paham apa yang ketua AMK cuba buat? Adakah Shamsul Iskandar cuba untuk menjadi hero??
 
Kenapa harus buat kecoh dalam masjid sedangkan si sesumpah belum kelihatan lagi? Sepatutnya dari semalam AMK melalui ketuanya yang lauyar itu harus desak para mufti, JAKIM, dan menteri berkaitan supaya keluar kenyataan mengenai keperluan sumpah laknat Eskay. Atau sekurang-kurangnya mengarahkan jawatankuasa Masjid bertindak mengikut hukum agama. Bukan dengan menjadi samseng dalam tempat ibadah !!
 
Aku tak setuju dengan apa yang dilakukan oleh ketua AMK! Nampak seolah-olah kita semua takut Eskay bersumpah laknat sedangkan selama ini banyak sudah sumpah laknat dilakukan dan menjadikan rakyat ramai yang tidak percaya dengan sumpah cara sebegini - Sumpah yang tidak mengikut hukum syarak!
 
Daripada ramai rakyat yang langsung tak percaya apa yang cuba dilakukan oleh Trio jahanam, termasuklah yang terbaru berupa sebuah sumpah laknat, kini apa yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar di atas kapasiti ketua AMK telah menyebabkan rakyat buntu dan suspen - Apa yang ditakuti sangat oleh PKR sehingga sanggup menjadi samseng masjid untuk menghalang sumpah Eskay?
 
Aku harap dengan tindakkan yang ternyata sangat tidak cerdik ini, Shamsul Iskandar disaran agar melepaskan jawatan Ketua AMK yang disandang hampir 5 tahun ini. Lebih baik Shamsul tumpu kepada negeri Melaka dan serahkan jawatan itu kepada yang lebih berkelayakan dan punya idea politik baru berasaskan nilai !
 
Undurlah Shamsul, tindakkan tidak cerdik ini tidak harus berlaku jika AMK dipimpin dengan bijak.
 

GEMPAR!! Video Asal Yang Belum DIEDIT !! (Wajib Sebar!!!)


Sedang mencari video sebenar!!

Adakah pihak polis juga menipu dengan mengatakan video seks versi kabur yang ditayang sepenuhnya di Carcosa Sri Negara itu adalah TULEN ??

Mungkin video asal yang belum di edit ini akan melihatkan BUKAN Anwar Ibrahim dalam video tersebut. Oleh sebab itu juga, video asal telah dikaburkan dan dikatakan ianya adalah rakaman CCTV infrared berteknologi tinggi - Bullshit!!

Dari awal telah saya katakan bahawa bukan CCTV yang merakam aksi seks lelaki bermiripkan Anwar dengan amoi student import tersebut. Ianya adalah perakam video handycam atau lebih baik dari itu, bukan CCTV berwayar terus kepada laci berkunci yang diumpil seperti dakwaan Datuk Eskay.

Sama-sama kita cari video asal. Dengarnya ada rakan yang mengatakan video asal terdapat dalam laman tube lucah rawtube .com yang mana kerajaan sekarang telah menyekat hampir kesemua channel tube lucah. Rupa-rupanya tindakan kerajaan membuat sekatan itu adalah supaya kita tidak jumpa video asal yang menunjukkan betapa besarnya fitnah ini!! Kerajaan tidak pernah ambil peduli perihal moral dalam negara kita tetapi mengambil kesempatan di atas isu fitnah yang dibawa melalui Trio jahanam.

Kebenaran akan terserlah juga akhirnya!! Fitnah Liwat 1, Liwat 2 dan Fitnah 3 yang berbentuk video seks akan berkubur bersama dajal-dajal UMNO dan pengikutnya!!


EDYES @ edyesdotcom

Thursday, April 28, 2011

Apabila Trio Jahanam Bersumpah di Masjid Bandar Baru Sentul...

Maka jahanamlah negara kita ini dimakan sumpah!!
 
Esok Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim akan bersumpah di Masjid Bandar Baru Sentul lepas sembahyang Jumaat. Sebagai menteri bertanggungjawab, Jamil Khir patut rujuk kes Dato Trio ke Mahkamah Syariah di bawah kes Qazaf dan bukannya menyuburkan budaya bersumpah yang tidak berasaskan Islam!
 
Sumpah mubahalah dibolehkan setelah habis semua kaedah perundangan berasaskan Islam telah digunakan, bukan melafaz sumpah terlebih dahulu kemudian baru bicara. Kes ini harus dibawa ke mahkamh syariah.
 
Lebih menghairankan, orang yang menabur fitnah itu pula yang terburu-buru ingin melafazkan sumpah. Apakah dengan bersumpah (yang tidak melalui aturan sebenar) boleh membebaskan si pengfitnah dengan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukannya?
 
Pencemaran agama sedang berlaku dalam negara kita. Ia tidak tumpah seperti ketika zaman gelap eropah apabila dosa itu hanya perlu dibayar dengan wang ringgit sebelum pengampunan diberi. Begitu juga dengan sumpah-sumpahnya.
 
Ayuh sama-sama kita berdoa agar negara ini tidak ditimpa bala mala petaka, dimakan sumpah, di atas kemurkaan Allah !
 
Takbir !!
 
 
EDYES @ edyesdotcom

Tahniah Blog Milosuam, Membongkar Misteri Orang Ke-3 Dalam Video Seks Part 2 !

Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air. - Blog MiloSuam
 
 
Biasanya, kalau sepasang kekasih sedang bercinta dan sedang berdua-duaan di suatu tempat yang terpencil lagi sunyi, maka sebenarnya mereka ditemani orang ketiga iaitu Syaitan yang direjam.
 
Namun dalam siri kedua suntingan video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim, Sebuah blog telah mendedahkan bahawa memang ada kebenarannya syaitan akan berada bersama ketika maksiat antara dua entiti berlaku. Syaitan yang tidak dapat dilihat secara terus itu sebenarnya menyorok dari dilihat oleh perakam kamera.
 
Malangnya, mungkin syaitan itu juga melakukan 'maksiat tangan' yang memerlukan tisu untuk membersihkan sisa lelehan, maka kita akan lihat bagaimana 'si pelaku' menyerahkan tisu kepada syaitan yang menjadi orang ketiga.
 
Harap semua dapat share maklumat penting ini dalam facebook dan dalam twitter! Sampaikan kepada semua bahawasanya video ini memang dirancang, tapi perancangan yang GAGAL !!
 
UMNO Porno Production tidak berjaya menjatuhkan Anwar selepas cubaan Saifool Marketing Strategist juga dilihat akan gagal !!
 
 
EDYES @ edyesdotcom
Busy sehingga pertengahan June

Wednesday, April 27, 2011

Bukan Anwar!!

Aku tengok video suntingan kedua dan berpendapat, bukan Anwar yang menjadi 'si pelaku' dalam video fitnah tersebut.

Sila ke link di bawah untuk membuat pengecaman;

http://m.youtube.com/watch?gl=US&hl=en&client=mv-google&v=teAhkFkWpOc&fulldescription=1


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Video Seks Suntingan Episod ke 2 dilancarkan!

Blogger Papagomo pernah ditahan sebelum ini oleh pihak polis untuk keterangannya diambil. Tetapi apakah sebenarnya telah berlaku apabila satu lagi suntingan video seks mirip DSAI telah dipublish dalam youtube oleh blogger yang sama!!

Sudahlah Trio Jahanam itu masih bebas, kini blogger pengfitnah pula umpama mempunyai kekebalan tertentu sehingga membolehkan blogger tersebut meng'edit' video asal menjadi episod demi episod! Apakah blogger papagomo mendapat perlindungan pihak polis untuk kerja fitnah jahatnya??

Diharap satu tindakkan yang lebih drastik dapat diterjemah oleh Pakatan Rakyat dalam memerangi isu fitnah DSAI. Keadaan sekarang melihatkan PR defensif! Kita perlu ishtihar perang ke atas fitnah ini!!


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pecah Berita!! Video Anwar yang Kedua!!!

Saya skarang berada di luar kawasan. Seorang sahabat yg reliable telah memaklumkan bahawa video Anwar versi kedua telah dikeluarkan oleh blogger UMNO.

Sila search blog PAPAGOMO untuk melihat video tersebut!! Mohon juga sahabat supaya save video tersebut dengan printscreen nya sekali.


EDYES
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Eskay Serah DNA Kepada Polis - Mengapa Polis Tidak Berkas Eskay?

Businessperson Shazryl Eskay Abdullah, one of the 'Datuk Trio' involved in releasing the infamous sex video, has given the police a sample of his DNA to assist investigations.
 
Eskay telah menyerahkan DNA nya kepada pihak polis. Saya tidak pasti untuk tujuan apa DNA itu diserahkan, apakah ianya berlaku supaya DSAI juga menyerahkan DNAnya itu saya juga kurang periksa. Tetapi apa yang lebih saya mushkil ialah, mengapa Eskay tidak ditahan di atas kesalahan membikin, mengedar dan menyiarkan video lucah walaupun telah menyerahkan 'diri'nya kepada polis?
 
Atau, adakah eskay serah DNAnya kepada pihak polis secara bluetooth?
 
Atau, pihak polis akan membuat kenyataan bahawa pihak polis hanya akan menahan Datuk Eskay, Rahim Thambi dan Shuib Perkasa, sekiranya perlu?
 
Siapa boleh huraikan sebuah kesimpulan daripada peristiwa di atas, dengan hormatnya dipersilakan...

'PUNDEK' Oleh ADUN Sungai Lui ! Gambarnya Di Sini !!

Inilah rupanya ADUN yang mencarut di sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan pada 26 April 2011. Sudahlah negara kita telah dipornokan oleh trio yang masih bebas bersiar, kini negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional pula telah dibenarkan untuk mencarut sesuka hati.
 
Perkataan yang digunakan oleh ADUN Barisan Nasional ini adalah berbunyi "pundek" dan ianya bermaksud alat sulit wanita dalam bahasa tamil.
 
Baca berita penuh di sini

ADUN BN Mencarut Ketika Perbahasan Titah Diraja !!

ADUN BN MENCARUT KETIKA PERBAHASAN TITAH DIRAJA

Hari ini 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK"

Ini berlaku ketika YB Teo Kok Seong (DAP-Bahau) sedang membahaskan titah Di Raja. Gagal berhujah Adun Bn-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah yang membawa maksud 'alat sulit wanita dalam bahasa Tamil'.

Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang ADUN Bn dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan ADUN Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi.

Ini bukan kali pertama Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut, tahun lepas dia juga melakukan benda yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan perkataan tamil kepada salah seorang ADUN dalam berbangsa India.

Ini semua membuktikan

  • ADUN Bn Negeri Sembilan derhaka terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Prtuan Besar N.Sembilan kerana mencarut dan mempermainkan perbahasan titah di Raja dalam dewan yang mulia.
  • ADUN Bn gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, tidak serius dan speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang dengan berkesan.
  • ADUN Bn bukan sekali mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, jelas ADUN Bn tidak sensitif dan menghina wanita lebih lagi secara sengaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil dalam dewan yang mulia dan dilindungi dari tindakan boleh dilihat dengan sengaja menghina orang India. Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India, jika tidak sengaja termencarut tidak mungkin dengan senagaj guna perkataan Tamil yang jelas bukan bahasa ibundanya.
Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar - benar ADUN Bn sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah di Raja.

Ini membuktikan juga kemunafikan Umno, media dan organisasi kononya pembela raja dan Melayu. Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui Bn sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman Bn maka ia ditutup sahaja. Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata.

che'GuBard
Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com
 

Tuesday, April 26, 2011

Video Seks: Polis Akan Dedahkan 'Si Pelaku' Sejurus Sebelum PRU13 ?

SUBANG: Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan. - MStarOnline
 
 
EDYES wrote:
 
Tajuk asal berita di atas ialah "Video Seks:Polis Akan Dedah 'Si Pelaku' Sekiranya Perlu". Maka saya fikir, Barisan Nasional akan memerlukan pendedahan siapa 'si pelaku' di dalam video seks tersebut sejurus sebelum PRU13.
 
Mungkin pendedahan mengejut seperti ini akan berjaya menyekat kebangkitan rakyat sepertimana yang mereka lakukan sebelum menempuhi pilihanraya berduri negeri Sarawak. Pembaca utusan pasti akan mempercayai pendedahan tersebut.
 
Dari suatu sudut pula, kita sebagai rakyat telah dipermainkan oleh polis yang bertanggungjawab ke atas kes video seks ini. Sudahlah Trio yang bertanggungjawab menyiar dan menyebar bahan lucah tidak langsung di ambil tindakan, malah sehingga hari ini masih bebas. Lihat betapa kebalnya mereka dari undang-undang Malaysia ketika tidak mempunyai jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan, fikirlah bagaimana pula kebalnya pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai jawatan.
 
Pihak polis akan membuat pendedahan tentang siapa 'si pelaku' dalam klip video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim itu. Tetapi pendedahan hanya akan berlaku sekiranya perlu. Apakah maksudnya perlu? Apa definasi 'perlu'?
 
Polis dah tahu tetapi tak mahu bagitau ? Adakah macam tu??

Monday, April 25, 2011

Yusof: Berdasarkan Sampel DNA Daripada Berus Gigi, Tuala & Botol Air Mineral, DNA Lelaki Y Milik Anwar !

Jadi tidak hairanlah jika bukti-bukti DNA yang sebelum ini telah ditolak oleh mahkamah kembali diterima, berguna juga akhirnya untuk membuktikan Anwar bersalah?
 
Ikuti perbicaraan DSAI dari sudut akaun twitter Insider Latest seperti di bawah;
 
(laporan sekitar jam 3.15pm hingga 3.45pm)
 
SODOMY2 - Yusof says it is safe for court to act on evidence alone. His evidence has proven charge against accused.
 
SODOMY2 - Saiful went there for a purpose which was not disputed by the defence.
 
SODOMY2 - Yusof says defence's argments too far-fetched.
 
SODOMY2 - He says Male Y DNA belongs to Anwar, based on DNA samples obtained from the towel, toothbrush and mineral water bottle.
 
SODOMY2 - Prosecution has adduced evidence beyond prima facie to prove accused committed the offence.
 
SODOMY2 - Yusof calls Saiful a sincere and firm, steadfast credible witness.
 
 
Di bawah pula adalah laporan dari Malaysiakini;
 
 
Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

NONE"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti.
 
 

Karpal: Saiful Tidak Lari Ketika Berpeluang, Tetapi Secara Sukarela Menyapukan 'KY-Jelly' di Penis Tertuduh ?

Sila baca dari atas ke bawah. Maklumat dari akaun twitter Insider Latest ini bermula jam 9.30am. Entry ini adalah sesi dari jam 9.30am sehingga jam 10.30am.
 
Tunggu sesi seterusnya atau boleh dapatkan maklumat dari twitter.
 
 
SODOMY2 - Trial resumes with lead defence counsel Karpal Singh noting it has been a long trial of 57 days, 27 witnesses called.
 
SODOMY2 - Karpal submits that prosecution failed to make prima facie case & defence should not be called.
 
SODOMY2 - Karpal sys accusedplaced at tactical disadvantage as charge was under consensual intercourse.
 
SODOMY2 - Karpal says Section 377B is carnal intercourse against nature with consent, prosecution cannot amend the charge at this stage.
 
SODOMY2 - Karpal says important for court to consider credibility of testimony from the star witness.
 
SODOMY2 - Karpal: If evidence not credible, witness testimony should be rejected.
 
SODOMY2 - Karpal: From evidence in chief, Saiful does not appear to be a country bumpkin.
 
SODOMY2 - Karpal said Saiful had the opportunity of leaving the condominium but did not do so.
 
SODOMY2 - Karpal recaps blow-by-blow account of moments before the alleged sodomy happened.
 
SODOMY2 - Karpal points out that Saiful never made any attempts to leave even though he had the opportunity.
 
SODOMY2 - Karpal: Instead of leaving bedroom, he goes to the accused.
 
SODOMY2 - Karpal says Saiful does everything, including allegedly putting lubricant on accused's penis 'voluntarily'.
 
SODOMY2 - Karpal: I'm not saying this happened but his testimony never mentions any attempts of resisting.
 
SODOMY2 - Karpal: No element of hesitation on part of SP1 at all times during alleged intercourse.
 
SODOMY2 - Karpal says Saiful testified he had coffee, currypuffs with Anwar after alleged sodomy shows no demeanour of a sodomy victim.
 
SODOMY2 - Karpal: Evidence in support of charge has to be very convincing... can your Lordship say it is convincing?
 
SODOMY2 - Karpal says Saiful committed an offence of giving false evidence & liable to be punished for lying under oath.
 
SODOMY2 - Karpal says Pusrawi's Dr Mohd Osman should have been called as prosecution witness.
 
SODOMY2 - Karpal also pointed out that Saiful claimed to have met Ezam Md Nor, a former Anwar aide, on the same day of police report.

Sunday, April 24, 2011

Ribuan Hadir di Paroi-Ampangan!!

Ketika ini, cheGuBard sedang menyampaikan Pidato!!

Ribuan hadir, dan masih lagi berpusu-pusu memenuhi tapak ceramah di Taman Bukti, Ampangan Seremban.

Inilah sokongan rakyat yang boleh membuatkan Najib demam!!

EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pidato Perdana Bersama Anwar Ibrahim, DS Azizan, Dato CJM dan cheGuBard Malam Ini di Seremban!!

PIDATO PERDANA

Tarikh : 24hb April
Masa : 8.45 mlm (ini)

Tempat : TAMAN BUKTI SETIA, Seremban

Barisan Pemidato






DS Anwar Ibrahim,
DS Ust. Azizan(MB Kedah),
Dato' Chua Jui Meng,
che'GuBard

Pertanyaan 0132181279
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 22, 2011

Eskay kata Hotel, Polis kata Kondo! Eskay Kata Pelacur, Polis Kata Pelajar! Mana Satu Yang Betul ??

Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

"Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu," kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab. -Mkini
 
 
EDYES wrote:
 
Ana pun sudah fenin lah... mana satu yang betul??
 
Cue citer cue citer.... hmmm nampak nor nipunyer... Awok rase ini namanya misscomunicationnn...
 
 

 
 

Wednesday, April 20, 2011

13 Ceramah Combo CheGuBard - Dari 19 April Hingga 1 Mei !!

Sila Lihat seandainya kawasan anda diserang che'GuBard, pastikan anda hadir bersama sebagai tanda anda sebahagian dari perjuangan!

Ayuh menyertai gelombang che'GuBard! Anak muda pendesak perubahan, membentuk revolusi melawan dari serpih serpih reformasi!!


Ceramah Perdana
bersama Anwar Ibrahim, che'GuBard dll
19 Apr, 9.00 mlm
Ulu Kinta, Perak
(pertanyaan Ust. Zul 0175554828)

Ceramah Umum bersama che'GuBard
20 April, 9.00 mlm
PASTI Parit Raja, Bt. Pahat
(0197234347)

Majlis Hi Tea PAS Tampin
bersama che'GuBard & Cikgu Mala
21 April, 5 ptg, Markas PAS Tampin Bandar

Ceramah Umum PAS Tampin
21 April, 9.00 mlm, Gemencheh

Pelancaran Tabung Dana 'Rembau Baru'
bersama YB Nurul Izzah, Datuk Chua Jui Meng, Bob Lokman, Cikgu Mala, Man Kadir (pak Jabit)
22 April 2011
dua tempat serentak
1. Bandar Seri Sendayan
2. Kg. Pedas (keluar Tol Pedas / Rembau, ambil kiri, tapak ceramah tepi jalan)

Konvensyen dan Ceramah Umum
KEADILAN N.Tebal
23 April 2011

Ceramah Perdana bersama
Anwar Ibrahim, Ust. Azizan, Dato' Chua Jui Meng, cheGuBard dll
24 April 2011, 9.00 malam
Ampangan, Seremban
(pertanyaan 0123696474)

Ceramah Umum
bersama che'GuBard
25 April 2011, 9.00 mlm
Dewan Kg Baru, Bayan Baru

Ceramah Umum
che'GuBard & Bob Lokman
26 April , 9.00 mlm
Markas PAS Sg Jagong, Sg Petani
(pertanyaan 0174218086)

28 April- Lawatan Ke HUKM

Ceramah Umum
che'GuBard, Dato Tuan Man Tuan Ibrahim
29 April, 9.00 mlm
Jalan Pantai Seremban

Ceramah Umum
30 April,9.00 mlm
Kg Chenderiang, K.Trg
(0199894125)

Ceramah Umum
1 Mei, 9mlm
Kemaman
(hanafiah 0199848505)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 19, 2011

Ceramah Perdana Bersama cheGuBard Malam Ini di Ulu Kinta ! (19Apr)

Ceramah Perdana
bersama che'GuBard dll

19 Apr, 9.00 mlm
Ulu Kinta, Perak

(pertanyaan Ust. Zul 0175554828)

YB Izzah, YB Taufek, che'GuBard, Bob Lokman, Man Kadir(Pak Jabit) Akan Menyerang 2 Tempat di N.Sembilan Jumaat Ini !! (22hbApr)

Keadilan Rembau Mempersembahkan
Dua Program Serentak di Dua Kawasan !
 
Menampilkan;
 
YB Nurul Izzah, Bob Lokman, Man Kadir(Pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah), Dr. Rafie, YB Taufek & cheGuBard
Tarikh : 22 April 2011
Masa : 8.45 Malam
 
Tempat:
1.Bandar Seri Sendayan (Keluar Tol Seremban, ambil kanan dan terus ke Bandar Baru Sendayan, {Rumah Tanggam})
2.Kg.Pedas Hilir, Bt 3 (keluar Tol Pedas / Rembau, ambil kiri, Berhampiran ILP Rembau)
Pertanyaan: Norazizi 0123696474

Analisa Kerusi Parlimen Sarawak Menurut PRN

Analisa di bawah bukan tulisan saya, ianya adalah nukilan seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Beliau adalah saudara Shaharul Rashid
 
Amati analisi beliau di bawah;
 
Analisa kerusi Parlimen Sarawak menurut PRN

Berakhirnya musim 'panas' di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim 'panas' seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini.

Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi.

Bagi penulis, tidak kisahlah bilakah PRU13. Ini kerana penulis yakin perkara ini pastinya membuntukan pemikiran Perdana Menteri yang disayangi ramai, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bukannya senang untuk Najib meletakkan tarikh atau tempoh lebih-lebih lagi melihat faktor 'kemenangan' di Sarawak yang mempunyai beberapa persoalan-persoalan yang tersirat di sebalik kemenangan itu. Selain faktor persepsi pengundi, yang turut memburukkan peluang BN di peringkat Pusat pastinya ialah untuk mengadakan pilihanraya sebelum keadaan ekonomi dunia memasuki fasa pra-gawat setelah lebih dua tahun berada di peringkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.

Kelemahan ekonomi mikro dan kadar pengangguran meningkat mampu terus menggugat BN

Pastinya kitaran ekonomi akan ada naik dan turunnya. Hanya bila-bila masanya graf ekonomi negara selaras dengan ekonomi dunia pasti kembali menunjukkan penguncupan. Apabila ini berlaku, kebanyakan kerajaan di dunia ini mampu tumbang jika pilihanraya diadakan semasa penguncupan ini berlaku. Di Malaysia, penguncupan ekonomi pastinya melibatkan para peniaga yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Meskipun kini makro ekonomi nampak bagus, boleh dikatakan 70 peratus kaum Cina sudah pun menolak kerajaan BN, bagaimana pula jika ekonomi semakin menguncup, lebih teruk lagilah sokongan kaum Cina kepada BN.

Pada PRU 1999, kemenangan BN di bawah mantan PM, Tun Mahathir Mohamad adalah disebabkan oleh kemampuan beliau mengemudi ekonomi negara menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi ketika itu yang menyebabkan kaum Cina menyokongnya secara berpadu. Hanya pengundi Melayu yang dilihat beralih sokongan kepada parti pembangkang ketika itu seperti PAS dan PKN (nama dulu untuk PKR). Situasi Umno kehilangan undi Melayu itu jelas nampak apabila negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS sementara di Kedah Umno dan PAS hanya berselisih 2 kerusi dan PAS menawan banyak kerusi di dalam DUN Pahang serta Selangor.

Kini, isu sedunia yang turut melanda negara yang menyebabkan kejatuhan Tunisia dan Mesir serta mengganggu gugat kestabilan banyak negara Arab ialah isu pengangguran tegar. Di Malaysia meskipun makro ekonomi adalah baik, kini seramai 300,000 pemuda dan bekas pekerja yang terpaksa dihentikan bekerja oleh syarikat-syarikat yang mula menggunakan sistem automasi teknologi maklumat bagi mengurangkan keperluan kepada tenaga buruh Malaysia. Jumlah 300,000 ini kebanyakannya ialah pengganggur graduan Melayu yang kebanyakannya mengharapkan pekerjaan dan pastinya kemarahan mereka sukar dibendung dan mampu ditunjukkan di dalam bentuk kertas undi.

Pakatan mampu menambah sehingga 10 kerusi Parlimen dari Sarawak

Dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai 'deposit tetap' BN, kini ternyata sudah tidak lagi berikutan keputusan pilihanraya DUN Sarawak yang dilangsungkan dua hari lepas. Di negeri Sarawak, Dewan Rakyat memiliki 31 kerusi dan di Sabah pula 25 kerusi. Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi tersebut manakala selebihnya lagi iaitu 2 kerusi milik DAP. Melihat kepada keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak, ia memberikan gambaran jelas jika dilihat undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berpotensi besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Sarawak kepada DAP dan PKR dalam PRU nanti.

Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU 13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP.

Manakala di bawah Parlimen Sibu, dari 3 kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis. Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR) di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperolehi oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.

Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam?

Kita menjangkakan BN boleh kembali merampas Sibu jika persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melibatkan kerusi DUN Dalat di bawah Parlimen Mukah yang bersebelahan dengan Parlimen Sibu dengan DUN Nangka yang kebanyakannya pengundi Melayu. Jika SPR dapat melakukan strategi persempadanan ataupun perpindahan pengundi dengan memasukkan sedikit kawasan DUN Dalat yang juga bermajoriti Melayu-Melanau sekurang-kurangnya 1,000 ke 2,000 pengundi ke dalam DUN Nangka di bawah Sibu, pastinya BN mampu merampas Sibu semula walaupun dengan majoriti yang kecil.

Selain DUN Dalat, satu lagi DUN di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Balingian yang ditandingi sendiri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud. Oleh itu, dengan penjelasan yang diberikan penulis mengenai strategi yang mungkin dilakukan oleh SPR sebelum PRU akan datang, semoga PR perlulah mula berhati-hati dan mengambil perhatian.

Walaupun DAP berhadapan kemungkinan kehilangan Sibu berdasarkan trend pengundian dua hari lepas, di dalam PRU akan datang, DAP masih boleh meningkatkan usaha bagi merampas Bawang Assan atau menutup jurang majoriti. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 pada PRN minggu lepas berbanding dengan majoriti beliau perolehi sebanyak 2,504 semasa PRN 2006. Apa yang penulis andaikan di sini ialah mengambil konsep penjumlahan kesemua kerusi DUN di bawah sesuatu kerusi Parlimen bagi membayangkan kemungkinan di dalam PRU akan datang.

Namun begitu, andaian begini tidak semestinya benar kerana setiap pengundi berhak memilih calon masing-masing yang mungkin berbeza parti di dalam setiap kertas undi DUN dan Parlimen. Memang tidak dinafikan, ramai pengundi yang memilih parti-parti yang lain di setiap kertas undi DUN dan Parlimen tetapi majoritinya lebih memilih parti yang sama mewakili mereka sama ada di Parlimen mahupun di DUN terutamanya di Sarawak. Namun begitu. kaedah penjumlahan ini adalah satu bentuk kaedah ramalan yang boleh difikirkan sebagai perancangan dan juga amaran bagi menyediakan pelan bertindak.

Lima kerusi parlimen Sarawak dalam tangan DAP sahaja

Dengan keputusan PRN Sarawak yang terbaru ini, dengan kaedah penjumlahan ini, DAP mampu merampas sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti. Yang pastinya DAP boleh merampas kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri dengan majoriti besar dan mudah tetapi mampu merampas Parlimen Bintulu dengan majoriti kecil. Bagi Parlimen Stampin, PR telah memenangi dengan besar di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR.

Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.
Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.
 
Sementara itu, kedudukan 'kelabu' bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006. Yang menarik di Bintulu ialah, DUN Jepak adalah penempatan Melayu Bumiputera Islam dan DUN Kemena lebih ke pedalaman dihuni oleh pengundi Bumiputera bukan Islam. Jumlah pengundi berdaftar di Jepak dan Kemena jika dicampurkan adalah menyamai jumlah pengundi berdaftar di Kidurong sendiri yang kebanyakannya kaum Cina yang tinggal di bandar Bintulu sendiri.
 
PKR boleh tambah 4 kerusi Parlimen tetapi tentangan sengit dijangkakan
 
Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di 3 kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang boleh dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.
 
Namun begitu, keadaan nampak lebih mudah di Parlimen Selangau dengan pengundi berjumlah hampir 22,000 orang yang menempatkan DUN Tamin dan Kakus. Meskipun PKR tewas di kedua-dua kerusi itu yang dimenangi oleh PRS/BN yang penduduknya bermajoriti bumiputera bukan Islam, fakta menarik ialah kemampuan PKR mengurangkan majoriti BN di kedua-dua DUN tersebut jika dicampur dari 5,229 undi pada PRN 2006 kepada hanya 1,894 undi pada kali ini. Lagi menarik ialah ketika PRU 2008, Parlimen Selangau ini dimenangi BN tanpa bertanding melalui calonnya Joseph Entulu Belaun. Melihat situasi ini, PKR berkemampuan bertanding di sini di dalam PRU 13 nanti. Yang istimewa juga mengenai Parlimen Selangau ialah di sinilah terletaknya empangan Bakun yang menjadi kontroversi membabitkan penduduk Penan dan Orang Ulu.
 
Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN kali ini di pedalaman
 
Empangan ini sebenarnya terletak di sempadan dengan satu lagi kerusi parlimen pedalaman iaitu Parlimen Kapit yang menempatkan dua lagi kerusi DUN iaitu Pelagus dan Katibas. Kerusi Pelaguslah yang dimenangi oleh satu-satunya calon Bebas di dalam DUN Sarawak kali ini manakala calon BN di Katibas menang dengan majoritinya dikurangkan dari 3,332 undi (PRN 2006) kepada 2,256 undi. Sebenarnya majoriti ini boleh dikurangkan lagi sehingga 1,359 undi sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru di antara BN, SNAP dan PKR. Begitulah juga keadaannya di Pelagus sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan Bebas, jika dikira undi yang diperolehi oleh semua calon pembangkang akan mendapat hampir 7,000 undi dan calon BN dari PRS hanya mendapat 3,000 undi. Sekiranya dalam PRU akan datang, parti-parti pembangkang boleh mengelakkan situasi pertandingan banyak penjuru, maka Parlimen Kapit juga dengan mudah boleh ditawan PR.
 
Sememangnya dalam PRN kali ini, isu Penan dan Bakun sebenarnya banyak merubah undi penduduk di Parlimen Selangau dan Kapit yang sebelum ini dilihat menyokong PRS/BN. Dari tinjauan jumlah pengundi yang keluar mengundi di DUN Kakus,Tamin,Pelagus dan Katibas yang masing-masing mempunyai dua DUN terletak bawah Parlimen Selangau dan Kapit yang berjumlah 30,268 pengundi. Jumlah undi popular diperolehi oleh BN ialah 14,593 undi manakala pembangkang(termasuk undi PKR,PCM,SNAP dan Bebas) ialah 15,675 undi. Ini bermakna dalam PRN kali ini, pengundi bumiputera bukan Islam sebenarnya telah beralih dengan banyaknya dari BN kepada pembangkang ekoran isu Bakun dan juga isu penggunaan nama Allah dan AlKitab kerana rata-ratanya beragama Kristian.
 
PKR juga mampu berikan tentangan tetapi sengit sekali di dalam Parlimen Lawas, di mana terletaknya kerusi DUN Be'kalalan yang dimenangi oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan satu kerusi lagi, DUN Bukit Sari yang kebanyakannya adalah Melayu berketurunan Brunei. Bukit Sari dimenangi oleh calon Melayu dari PBB/BN. Pertandingan sengit dijangkakan di Lawas kerana komposisi Parlimen ini ialah 60% pengundi Melayu yang majoritinya dari DUN Bukit Sari dan 40% adalah kaum Iban/Dayak yang kebanyakannya dari Be'kalalan. Namun, jika Baru Bian boleh menunjukkan ketrampilannya di DUN Sarawak yang mungkin dipilih sebagai Ketua Pembangkang baru di DUN Sarawak(meskipun PKR hanya menang di 3 kerusi sahaja), kotak-kotak undi kaum Iban/Dayak di Bukit Sari boleh beralih arah kepada PKR beserta pertambahan sokongan dari kaum bumiputera bukan Islam sendiri di kerusi DUN Be'kalalan sendiri.
 
Walaupun menang 2/3 kerusi DUN Sarawak, ternyata BN menang membentuk kerajaan dan memperolehi kuasa eksekutif,namun sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini, PR perlulah menang 'bergaya' atau menang 'motivasi' meskipun kalah mengejar kuasa. Keputusan PRN kali ini jelas bertepatan dengan ramalan penulis di dalam artikel sebelum ini 'Jika PR kalah pun, biarlah bergaya'. Hanya penulis tidak tepat ialah dalam artikel itu, penulis telah meramalkan BN gagal memperolehi 2/3 majoriti.
 
Keputusan DUN Ngemah dan DUN Telang Usan hasil tiada kesepakatan pembangkang
 
Penulis ada juga menulis ketidaksepakatan pembangkang terutamanya di antara PKR dan SNAP pasti memberikan masalah terutamanya perpecahan undi di sesetengah kerusi. Contohnya seperti DUN Ngemah yang sebelum ini disandang oleh Presiden PCM, Gabriel Adit Demong yang tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PCM yang lain iaitu Adeh Demong. Bagi DUN Ngemah, terdapat pertandingan 5 penjuru yang akhirnya dimenangi oleh calon PRS/BN, Alexander Vincent apabila memperolehi undi sebanyak 2,361 undi. Namun begitu, jika ditambah kesemua yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang yang lain, jumlahnya ialah 2,871 undi. Dengan ini, jika pertandingan ini adalah 2 penjuru, pastinya parti pembangkang sudah mampu menambah satu lagi kerusi di DUN Sarawak, tidak kiralah dari PCM, SNAP ataupun PKR.
 
Satu lagi contoh hasil daripada ketidaksefahaman PKR dan SNAP berlaku di DUN Telang Usan yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas. Disebabkan perpecahan undi, calon BN menang dengan 3,597 undi. Tetapi tahukah anda dengan menjumlahkan undi yang diperolehi oleh SNAP, PKR dan Bebas, jumlah undi pembangkang adalah lebih 4,000 undi. Jika pertandingan dua penjuru, maka parti pembangkang mempunyai kelebihan bagi menduduki kerusi DUN Telang Usan.
 
BN menang tetapi presiden-presiden komponen BN semuanya hilang majoriti
 
BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi walaupun majoriti yang diperolehinya jatuh dengan banyaknya, maka PR boleh mendabik menang kerana 'menang' moral di dalam melakukannya. Antaranya ialah di DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006, DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063), DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834) dan banyak lagi DUN yang majoriti telah turun. Ini termasuklah penampilan PAS di dua kerusi DUN iaitu Beting Maro dan Sebuyau yang berjaya menurunkan majoriti BN. Di Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) manakala di Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448).
 
Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi 'gergasi' yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti.
 
Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memperolehi majoriti 1,197 undi sedangkan dalam PRN 2006 mendapat 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, turun hampir 1000 undi dari 4,802 undi. Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami penurunan jumlah majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi pada PRN kali ini.
 
Taib Mahmud hilang 25% penyokongnya dalam PRN 2006 kali ini
 
Yang mengejutkan juga ialah Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang agak banyak di DUN Balingian. Sepertimana yang kita ketahui, majoriti pemenang dikira dengan mengambil jumlah undi diperolehi oleh pemenang dan ditolak dengan jumlah undi diperolehi calon yang mendapat undi kedua tertinggi. Di Balingian berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara Taib, PKR dan Bebas. Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara harfiahnya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25% daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006.
 
Perpaduan PR Sarawak adalah isu utama kena diselesaikan
 
Banyak kesilapan dan masalah yang timbul di dalam PRN kali ini di pihak PR terutamanya PKR. Tidak dinafikan PAS masih jauh lagi diterima di Bumi Kenyalang dan di masa hadapan kerusinya boleh ditandingi oleh calon dari PKR berbangsa Melayu atau Bumiputera Islam. DAP terus mengungguli lebih dari 70 peratus undi kaum Cina di semua penempatan atau kotak undi Cina. Masalah SNAP dan PKR haruslah diselesaikan sebelum tibanya PRU ke 13.
 
Isu kekayaan Taib, empangan Bakun dan AlKitab masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak. Hanya perlu pastikan usaha mengurangkan berlakunya pertandingan lebih dari 2 penjuru di kawasan-kawasan penempatan pedalaman mampu meningkatkan kemampuan PR bagi member tentangan sengit untuk merampas sehingga 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu (berdasarkan penjumlahan undi peringkat DUN).
 
Jika sentimen yang sama berlaku di kalangan pengundi Cina berterusan sehingga ke dalam PRU 13 di Semenanjung Malaysia di samping menumpukan usaha menarik undi kaum Melayu di Semenanjung bagi mengekalkan status kedudukan parlimen hari ini, ditambah dengan pertambahan kerusi dari Sarawak ke kantung PR, maka harapan BN memperolehi semula 2/3 majoriti di peringkat Parlimen sekali lagi boleh dinafikan PR.
 
Jika ramalan ini mampu berlaku dengan kegagalan BN menambah kerusi di Parlimen, pastinya perpaduan di dalam BN sendiri boleh bergoyah. Oleh itu, bagi menghadapi PRU13, PR perlu meletakkan usaha menarik semula pengundi Melayu di Semenanjung menyokongnnya dari kalangan orang muda serta bijak menyelesaikan tuduhan-tuduhan yang melibatkan peribadi beberapa pemimpin pembangkang, isu tadbir urus di negeri-negeri PR, pengunduran pemimpin-pemimpin lama PR dan menyepadukan kempen melalui media baru mungkin mampu meletakkan BN di dalam keadaan 'lebih panas' dari biasa.
 
 

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

REVOLUSI 13

REVOLUSI 13

Blog ini adalah blog REVOLUSI 13 !

Monday, April 18, 2011

Antara Kontrak Renovasi Masjid dan Cek Untuk P.Bala - Adik Najib Terlibat ?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin membangkitkan semula peranan adik perdana Menteri, Datuk Nazim Razak dalam misteri kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Beliau berkata demikian dalam satu surat terbuka kepada perdana menteri, bagi meminta penjelasan mengenai kontrak pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru bernilai RM20 juta- yang diberi kepada syarikat NRY Architect Sdn Bhd, iaitu syarikat kepunyaan Nazim.

Menurut Badrul, sekiranya tidak ada jawapan diberikan mengenai kontrak berkenaan, ia akan kekal menjadi misteri seperti persepsi mengaitkan peranan Nazim dengan penarikan balik akuan bersumpah yang dibuat penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Jika tidak ia akan kekal misteri sehingga menimbulkan perbagai persepsi yang mungkin salah seperti mana Nazim yang pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 2008, yang cuba mengaitkan nama YAB Datuk Seri yang pada ketika itu selaku, Timbalan Perdana Menteri dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam.

"Sejurus itu, banyak pihak tampil menggesa SPRM mahupun PDRM menyiasat dakwaan P.Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya.

"Namun oleh kerana seolah di diamkan persoalan itu maka rakyat membuat persepsi sendiri seolah memang Perdana Menteri sendiri panik dan arahkan adiknya bertemu P.Bala supaya menukar akuan sumpah," kata Badrul atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Justeru itu, Badrul berkata, Najib perlu menjelaskan pemberian kontrak pengubahsuaian masjid Kampung Baru yang disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

"Jika benar, memandangkan adik YAB Datuk Seri juga adalah Timbalan Pengerusi Masjid, maka wajar diperjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd ?

"YAB Datuk Seri sendiri harus memperjelaskan bahawa perlantikannya sama ada atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri. Yang jelas dua – dua ada pertembungan kepentingan," ujar badrul dalam surat berkenaan.

Menurut badrul, umum mengetahui selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofail tinggi iaitu Datuk Nazir, Johari Razak dan Mohamed Nizam.

"Tujuan kami menulis surat ini untuk memohon pihak YAB Datuk Seri tampil dan menjelaskan pertanyaan yang timbul dikalangan rakyat," tegas Badrul.

Dua tahun lalu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu – yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib – dalam laman web Malaysia Today pada 20 November 2009.

Malaysia Today dikendalikan Raja Petra Kamaruddin, yang baru-baru ini menimbulkan kegemparan apabila mendakwa beliau dipengaruhi beberapa pihak untuk mengaitkan Najib dalam misteri pembunuhan tersebut.
 
 
EDYES wrote:
 
Chegubard juga merupakan penulis buku kontroversi "Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya". Buku ini pernah menyebabkan CheGuBard ditangkap sebanyak 6 kali (daripada 32 setakat ini) tetapi tidak pernah sekalipun didakwa.
 
Dalam buku ini juga dinyatakan bagaimana penyiasat persendirian P.Balasundramaniam menarik semula akuan bersumpahnya di mana terdapat gambar sekeping cek untuk penyiasat persendirian Bala daripada Deepak.
 
Kepada rakan yang ingin memiliki buku bersama-sama set vcd yang ditawarkan, sila klik di sini untuk 'arahan' seterusnya.
 
 

Kematian Ahmad Sarbani Menambah Statistik Kemalangan Maut ?!!

Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi. - Kosmo
 
Kalau dulu, Teoh Beng Hock didapati tidak dibunuh dan juga tidak membunuh diri. Bagaimana TBH mati hanyalah bergantung kepada pendapat masing-masing - open verdict !
 
Hari ini, Ahmad Sarbani juga dikatakan tidak dibunuh dan juga tidak membunuh diri. Bagaimana Ahmad Sarbani mati adalah kerana kemalangan di tingkat tiga bangunan SPRM. Ini dinamakan kemalangan maut. Mungkin kematian Ahmad Sarbani akan termasuk dalam statistik kemalangan maut.
 
Mujurlah kematian ini berlaku diluar ops sikap!
 
Baca berita penuh di sini
 
 
EDYES @ edyesdotcom

!! PECAH BERITA !! POLIS MENGESAHKAN BUKAN ANWAR DALAM VIDEO SEKS TERSEBUT ?!!


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka. 

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti yang dipetik Bernama. Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.- KeadilanDaily

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11697


TAKBIR!! ALLAH HUAKHBAR !!!
Mengapa keputusan ini tidak keluar hari Jumaat yang lalu iaitu sehari sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak?

Sekarang, tolong tangkap segera Trio Jahanam yang menabur fitnah jahat sehingga mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Harapan saya dengan keputusan siasatan polis hari ini agar 1Malaysia sedar sesedarnya bahawa daripada Fitnah 1, Fitnah 2 sampai Fitnah 3, adalah sebenarnya konspirasi-konspirasi jahat demi untuk menghalang DSAI membawa perubahan besar dalam negara kita iaitu - REFORMASI !

Tunggu ulasan penuh saya malam ini !!

EDYES @ edyesdotcom

[UPDATE 1.01PM]

TIADA PENGESAHAN DARI PIHAK POLIS MENGATAKAN BUKAN ANWAR DALAM VIDEO TERSEBUT! SAYA ULANG, TIADA PENGESAHAN!

KESILAPAN PIHAK BLOGGER KERANA BERITA DARI PORTAL KEADILAN DAILY  MERUJUK KEPADA KENYATAAN PIHAK POLIS YANG BERBUNYI;
Siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

SAYA YAKIN DALAM KES YANG MEMENANGKAN PIHAK ANWAR IBRAHIM, PIHAK POLIS TIDAK AKAN MEMBUAT PENGESAHAN SECARA DIRECT TETAPI HANYA MERUJUK SEKSYEN 292 - AKTA MENGEDAR BAHAN LUCAH! ITU SAHAJA YANG MEREKA MAMPU UNTUK MENYELAMATKAN KERAJAAN !
HARAP MAKLUM

Siapa Kata Pakatan Rakyat Kalah di Sarawak? (Wajib Baca)

Dalam keadaan pertandingan di atas padang yang tidak sama rata...
 
Dalam keadaan media arus perdana milik mereka dan dipergunakan dengan hebatnya...
 
Dalam keadaan Suruhanjaya Pilihanraya dikuasaai mereka dengan taktik-taktik terbaru bagi mengelak penipuan dikesan...
 
Dalam keadaan undi pos milik mereka semuanya... saya ulang, semuanya...
 
Dalam keadaan bilion-bilion ringgit sumber kewangan negara yang tidak sepatutnya menjadi gula-gula kempen telah dipergunakan oleh mereka demi untuk meraih undi sokongan...
 
Dalam keadaan jutaan ringgit ditaburkan ke seluruh bumi kenyalang dengan tawaran RM50, RM30 malah ada yang menghina rakyat negeri Sarawak dengan menawarkan RM20 supaya mengundi parti regim jahat...
 
Dalam keadaan mereka menggunakan fitnah jahat ke atas ketua pembangkang dengan politik lucah yang melampau...
 
Dalam semua keadaan di atas, mereka Barisan Nasional tidak berjaya merampas walau satu kerusi pembangkang dalam Pilihanraya Sarawak 416. Malah, mereka kehilangan 9 kerusi baru dan telah hilang lebih 10 peratus undi popular! 
 
Ketika pilihanraya umum Mac 2008, Barisan Nasional hilang 4 negeri baru. Adakah kehilangan besar ini masih mengiktiraf Barisan Nasional menang dalam PRU12?
 
Kehilangan kerusi-kerusi baru BN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak mencerminkan bahawa BN telah kalah di beberapa kerusi yang asalnya milik Barisan Nasional. Oleh demikian, bukan Pakatan Rakyat yang menemui kekalahan dalam PRN Sarawak, tetapi Barisan Nasional.
 
Dari segi jumlah undi pula, sila lihat di bawah berapakah jumlah undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional berbanding Pakatan Rakyat dan Bebas;
 
Jumlah undi BN = 372379 bersamaan 55% undi
Jumlah undi PR + Bebas = 300379 bersamaan 45% undi
 
Beza cuma 72091 undi sahaja !
 
Justeru itu, di manakah kesesuaian frasa-frasa kekalahan diletakkan di atas batu jemala Pakatan Rakyat? Saya percaya tiada siapa pun di antara kita di PR yang kecewa dengan keputusan hari ini. Kecewa hanya kerana penipuan yang digunakan kali ini berskala besar dan sedikit sukar untuk dikesan.
 
Tetapi yakinlah, sehebat mana pun mereka menipu, sehebat manapun taktik yang regim jahat gunakan bagi mengekalkan kuasa penerus kezaliman, sebanyak mana pun pitis-pitis itu ditaburkan, tidak mungkin berjaya menyekat kebangkitan rakyat.
 
Kalau Sarawak itu sebuah negara, sudah tentu beberapa negeri tumbang dalam Pilihanraya Negeri 416!

Saturday, April 16, 2011

LIVE COVERAGE PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK !!

Laporan Langsung PRN Sarawak (Backup Malaysiakini)

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini. 

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi. 

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958) 

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam. 

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

LAPORAN LANGSUNG

9.25am: Saribas (berhampiran Kuching) - hujan mulai reda dan digantikan dengan sinaran matahari.

Gagal daripada mengelakkan orang ramai daripda ke pusat operasi BN yang terletak bersebelah pusat mengundi, pekerja kempen PKR juga menggunakan taktik sama dengan menawarkan minuman percuma kepada pengundi.

Menurut MP PKR - Ampang Zuraida Kamaruddin, pekerja BN memberitahu pengundi bahawa pusat operasi mereka ditubuhkan oleh kerajaan dan pengundi mesti ke sana untuk menyemak butiran mereka sebelum masuk ke pusat mengundi.

"Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang.”

Katanya aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN masih beroperasi.
9.15am: Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONESesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.

8.20am: Saribas – Beberapa orang pekerja parti PKR, termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa pengundi tidak memasuki pusat operasi BN bagi memeriksa butiran pengundi dan terus memasuki pusat mengundi di SK Datuk Bandar Gebak.

Beberapa orang pengundi bagaimanapun berkeras untuk memasuki pusat operasi BN itu yang menyediakan minuman air mineral percuma. PKR tidak memasang pondok panas mereka di pusat pengundian ini bagi mematuhi ketetapan SPR. 

Berbeza dengan suasana meriah di semenanjung, aktivis parti mengambil langkah yang lebih lembut – tiada poster atau kain rentang yang dibawa, mahupun slogan yang dilaungkan di sini. 

8.15am: Kuching – Hujan renyai-renyai dan awam mendung tidak menghalang pengundi yang kebanyakannya warga emas untuk memasuki pusat pengundian. 

Perhatian di kawasan in ialah DUN Pending dan Padungan di kawasan bandar. Selain itu, kawasan luar bandar di Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa yang dipertandingkan calon PKR dan DAP.
Lawan mereka di kawasan ini ialah calon SUPP. 

Di kawasan majoriti Melayu di Satok pula, orang kuat PBB, Abang Johari Abang Openg mempertahankan kerusinya dan berdepan seorang calon baru, Ahmad Nazib Johari. 

PKR dijangka berpeluang mengurangkan majoriti PBB kali ini. 

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nangka dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok. 

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nanga dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.08am: Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka. 

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.

Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

NONE8.01am: Betong/Sri Aman – Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi.
Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).
8am: Semua pusat pengundian dibuka.
NONEPengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.
SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan