Showing posts with label ceramah chegubard. Show all posts
Showing posts with label ceramah chegubard. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Program Chegubard 13-15 Oktober di Utara

13 Oktober 2011
9.00 mlm : Ceramah Umumbersama Hj Mohamad Sabu

14 oktober 2011
4.45 petang : Dialog Anak Muda di Balik Pulau
(pertanyaan 0134359600)
9.00 mlm : Majlis Makan Malam
di Pulau Pinang (pertanyaan 0124775588)
 
15 Oktober 2011
5.30 ptg : Dialog Anak Muda
di Telok Ayer Tawar, P.Pinang (pertanyaan 0174271581)
9.00 mlm : Ceramah Umum
di Nibong Tebal (pertanyaan 0124775588)

Bersama Chegubard dalam program beliau di utara tanahair dan dapatkan buku terbitan SAMM yang baru berjudul "FITNAH" dengan pakej VCD.

Wednesday, October 12, 2011

RM10 Punya Pasal, Hidup Melayu Umno Johor!!




Edyes belum rasa nak ulas apa yang berlaku malam tadi di Segamat. Sila ke laman komrad SAMM Johor pulakdah.com untuk melihat gambar lain dan ulasan menarik. Juga di laman sahabat SAMM Pahang di sini.

Terus terang, Edyes fikir ada yang tak kena dengan barisan hadapan Pakatan Rakyat - kita terlalu berlembut! Sampai bila kita nak bersabar dengan puak pengacau? Sampai bila kita nak lepaskan budak-budak upahan yang sebelum ini pernah menyebabkan seorang anggota Unit Amal cedera berdarah di muka dalam ceramah di Labis baru-baru nie? Jangan lupa juga kejadian berdarah melibatkan orang awam di Ampangan sebelum samseng RM10 ini lari melintang pukang di Rembau.

Buat masa nie Edyes tak sempat nak ulas, ada masa nanti Edyes akan ulas dari 'angle' yang penting untuk sama-sama kita rungkai. Sebelum itu, cuba anda yang hadir di Segamat malam tadi ingat semula siapa yang sebenarnya melepaskan budak-budak upahan ini?

Fikir-fikirlah, kita bersabar pun ada batasnya. Air yang menitis ke dalam cawang yang kosong, setitik demi setitik, akan penuh dan melimpah juga akhirnya.


EDYES @ edyesdotcom

Sumber bergambar oleh: dhamamfoto

Saturday, October 8, 2011

Lebih Ramai NGO Akan Pertahan Abg Mat di Segamat Isnin Ini 10hb Oktober!!





Tidak bertamadun! Itulah ungkapan paling sesuai buat pemuda Umno yang semakin hari semakit tidak mendapat tempat di hati anak muda. Politik samseng yang ditunjukkan oleh pemuda Umno dan PERKASA di Ampangan, Rembau dan Labis baru-baru ini menunjukkan mereka kehabisan modal untuk berhujah walaupun mereka mempunyai seluruh kekuatan media arus perdana.

Tidakkah anda ingin tahu apakah punca Umno mengarahkan pemuda 'bacul' mereka membuat kacau dan mengapa Perkasa dipergunakan untuk mengganggu ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Md Sabu?

Dalam media yang dikuasai Barisan Nasional, Umno bebas membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat dan juga kepada Md Sabu khususnya. Kini apabila tiba giliran Pakatan Rakyat membuat penjelasan di dalam sesi ceramahnya, kini apabila Md Sabu cuba merungkai apa yang dituduh terhadap beliau dalam isu Mat Indera, Umno membuat kacau dan mengganggu program dengan mengupah samseng di atas nama PERKASA.

Semua ini berlaku kerana Umno takut kebenaran itu sampai ke seluruh pelusuk rakyat termasuklah mereka yang tidak berpeluang mendapat liputan maklumat dari media alternatif yang memerlukan talian internet. Umno tidak mahu segala penipuan mereka di TV dan akhbar utama terutamanya dalam isu Mat Indera terbongkar yang akhirnya mengheret sejarah sebenar kemerdekaan negara ke medan pertikaian. Itulah sebab dan punyanya, mengapa serangan ke atas Md Sabu adalah wajib bagi Umno demi menekan beliau supaya tidak lagi menyampaikan ceramah!

Justeru, NGO anak muda seperti SAMM, Unit Amal beberapa NGO lain akan sekali lagi berdepan dengan samseng-samseng upahan. Kali ini pertembungan berlaku di Segamat pada 10 Oktober 2011 apabila Md Sabu sekali lagi turun ke Johor untuk menyampaikan pidatonya, turut bersama dalam senarai penceramah ialah Chegubard. Berikut adalah maklumat kepada yang ingin hadir;
Ceramah Perdana
Hj Md Sabu dan Chegubard
Kg Tahang Rimau, Segamat
(Rumah Cikgu Natrah)
Pertanyaan Lokasi 013-7149720
SAMM Johor akan mengetuai komrad SAMM dalam gerakan pertahan pimpinan di pentas ceramah dan orang awam yang berada di sekitarnya. Ini diikuti dengan kehadiran SAMM N.Sembilan, SAMM Wilayah dan juga SAMM Pahang selain daripada anak Segamat yang turut bersama dengan Pakatan Rakyat. Unit Amal juga turut bersedia dan difahamkan skuad Terengganu juga akan hadir kali ini.

Kali ini mari kita lihat adakah serangan berdarah gangster umno akan berulang seperti di labis atau mereka akan lari melintang pukang seperti di Rembau?

Ayuh pertahankan rakyat dari samseng-samseng upahan !! Sedarlah, jika ada di antara kita yang mati ketika menghalang samseng membuat kacau, sekurang-kurangnya kita mati dalam mempertahankan rakyat dan juga satu majlis ilmu. Itu Syahid!! Namun kalau mereka yang menyerang itu terjatuh longkang dan mati, maka mereka mati dalam keadaan samseng yang ingin menyerang orang awam!! Itu mati katak namanya!!

Pilihlah jalan anda, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan pilihan dirinya.


EDYES @ edyesdotcom

Friday, October 7, 2011

Program Ceramah di Rembau Lancar - Puak Pengacau GAGAL!!



 
Harta rampasan!! 5 kain rentang yang dibawa oleh puak pengacau ditinggalkan setelah mereka lari melintang pukang!!

Antara kain rentang yang dikutip semula oleh Unit Amal

Alhamdulillah, Abg Mat Sabu tetap hadir ke Rembau dengan selamat walaupun diancam oleh puak-puak yang serba-serbi tidak bertamadun. Di atas kawalan keselamatan yang baik dari SAMM dan Unit Amal, semua program berjalan lancar di pentas walaupun terdapat kekecohan diluar pagar tempat ceramah.

Kedatangan lalat sememangnya tidak diundang. Cubaan untuk membuat kacau menjadi sebaliknya apabila puak PERKAKAS yang datang berarak hanya seramai lebih kurang 20-30 orang bertempiaran lari hampir 2kilometer. Ini berikutan kerjasama utuh di antara SAMM dan Unit Alam bersama penduduk tempatan mula bergerak ke arah puak pengacau. Habis semua banner-banner berkos tinggi yang dibawa berarak oleh puak pengacau ditinggalkan di atas jalan. Lintang pukang mereka lari seolah-olah tak cukup tanah, walaupun sebelumnya menggelarkan diri mereka pahlawan. Ini pahlawan tahi kucing! Mungkin mereka akan gunakan efek ubat batuk sebagai alasan mengapa mereka cabut lari.

Pertembungan kali ini tidak seperti apa yang berlaku di Seremban tempohari. Puak pengacau tidak sesekali berani mengambil risiko membaling batu kerana jumlah mereka jauh lebih kecil berbanding anak muda dan penduduk tempatan yang bangkit pertahankan Md Sabu yang ketika itu duduk di pentas ceramah. Syabas kepada penduduk tempatan kerana bermatian pertahan Md Sabu, yang dialu-alukan sebagai tetamu kehormat.

Merujuk dari akhbar Sinar 6 Oktober 2011, puak 'geng jahat' mengeluarkan kenyataan mahu mengumpul sejumlah seribu bekas perajurit bersama mereka. Nyata 'geng jahat' tidak diberi sambutan oleh golongan bekas perajurit malah ramai juga bekas perajurit yang hadir terus mendengar ceramah Md Sabu. Perajurit juga bersama Mat Sabu kerana jika ruyung sejarah tidak dipecah oleh beliau, maka bekas-bekas perajurit ini pastinya kurang diberi perhatian sepertimana yang dilaporkan - 70% dari mereka hidup menderita.

Perkasa dah lari meninggalkan panji berupa banner-banner yang mahal. Itulah lemahnya jika datang dengan niat dan tujuan yang jahat, itulah natijahnya ketika hadir hanya berikhlaskan wang ringgit. Banner-banner tersebut kemudiannya dirampas selepas ditinggalkan berterabur di atas jalan. Ada di antara mereka yang keciciran handphone jenis nokia edisi paling cokia buat penyendal pintu, aduhai rata-rata pencacai yang hadir itu juga orang yang susah serba ketinggalan. Kalau sokong Umno BN menjadikan pencacai ini kaya-raya, itu tidaklah mengapa.

Kekecohan berterusan di kawasan yang agak jauh dari tapak ceramah yang juga dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Ini merupakan satu kejayaan buat SAMM, Unit Amal dan penduduk tempatan kerana dari sudut ini walau pembaling batu bertaraf olimpik sekalipun tidak mampu sampai batunya di tapak ceramah. PERKASA berkumpul tidak mahu pulang dan kembali berterabur lari apabila kami menghampiri. Begitulah keadaan berulang kali berlaku.

Akhirnya che'GuBard meninggalkan pentas dan tampil ke zon kekecohan untuk selesai masalah. Sebagai perunding berkaliber dan dihormati, puak pencacai diberi peluang menghantar wakil bagi menyerahkan memorandum kepada Abg Mat.

Sifirnya mudah, kita cukup bertamadun untuk berbincang dan penyerahan memorandum adalah suatu yang tidak perlu dihalang. Namun di atas ancaman awal dan kejadian baling batu di Seremban, keadaan itu memaksa SAMM dan Unit Amal memastikan kedudukkan Perkasa jauh dari pimpinan dan orang awam di tapak ceramah. Difahamkan ketika itu Abg Mat telah sedia untuk menerima memorandum.

Selaku pemimpin yang cukup berpengalaman menghadapi pelbagai krisis serta konfrontasi, che'GuBard berjaya mengawal keadaan lalu membenarkan 2 orang wakil dari Perkasa bagi menghantar memorandum. Che'GuBard juga meletakkan tanggungjawab penuh supaya kedua-dua wakil tersebut tidak diapa-apakan.

Hasilnya kedua-dua wakil Perkasa itu berjaya dibawa masuk bertemu Abg Mat dan turut menyerahkan memorandum. Namun mereka 'dibasuh' kaw-kaw oleh Abg Mat dalam pertemuan itu. Abg Mat tidak bagi peluang selain memberi tarbiyah tentang apa yang sebenarnya berlaku dan menyindir keras salah seorang wakil berusia muda kerana tidak berusaha mencari kebenaran selain hanya tertumpu kepada Utusan dan TV3. Tertekan dengan pidato Abg Mat hingga apa jua yang mereka celah dijawab kemas oleh Abg Mat, kedua-dua wakil akhirnya meminta maaf kepada Abg Mat sebelum mereka beredar. Dengan muka yang pucat wakil-wakil pencacai meninggalkan tapak ceramah juga diiringi oleh che'GuBard dan SAMM bagi memastikan 'tetamu' tidak diundang ini berjaya keluar.

Selesai semua masalah, program ceramah diteruskan. Kelantangan che'GuBard dan Abg Mat berpidato sedikit pun tidak terjejas dengan kejadian sebentar tadi. Dari aspek ini dapat kita lihat bahawa kehadiran puak pengacau untuk mengganggu majlis adalah satu usaha yang GAGAL dan memalukan melayu Umno.

Difahamkan juga beberapa laporan polis telah dibuat kerana kononnya ada di antara pencacai-pencacai barua British ini tercedera. Itu mereka punya pasal sebab masuk kawasan orang mencari pasal. Ketika lari lintang pukang, ada antara mereka yang terjatuh dan ada juga yang tersembam ke dalam longkang. Nasib kau lah labu.

Ada juga seorang aktivis blogger yang dipukul dari belakang menggunakan haler (pembesar suara). Tetapi sebab itu blogger aktivis fisabiLillah, maka Allah pun turut melindungi pejuang jalanNya dan ia sedikit pun tidak terkesan. Cuma sedikit hairan Perkasa yang kononnya berani, rupanya hanya berani memukul dari belakang dan menggunakan haler sebagai senjata.

Justeru itu, sebagai sebuah negara yang punya undang-undang, Abg Mat akan tetap menyampaikan pidatonya di bumi mana sekalipun. Sesungguhnya rakyat terbanyak bersama Pakatan Rakyat, ia termasuklah bekas-bekas perajurit yang menunjukkan signal jelas tiada ruang buat pencacai menghasut mereka. Allah juga bersama pejuang yang menegakkan jalanNya!!

Kepada para pembaca yang budiman, tidakkah anda tertanya-tanya di manakah gerangannya pak polisi?? Barangkali tertelan ubat batuk gamaknya...

 Hadirin penuh hingga ke luar pagar!!
 che'GuBard dan Abg Mat menanti giliran untuk berucap
 Black Maria ada, tapi pulisnya macam tidak ada!


Oleh
EDYES @ edyesdotcom


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Sunday, October 2, 2011

Ayuh bersama Md Sabu 6 Oktober di Rembau!! Pertahankan Pimpinan Kita !!



Parti Keadilan Rakyat rembau memandang serius politik ganas yang dimainkan oleh Umno. Dalam isu serangan dan fitnah terhadap Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS, sudahlah beliau diserang menggunakan media arus perdana dan penyelewengan laporan oleh Utusan Malaysia sehingga memaksa beliau melakukan saman ke atas Utusan Malaysia, tidak cukup dengan itu Umno menyerang beliau secara fizikal juga.

Bermula dengan ugutan untuk yang dihantar kepada anak beliau, membawa kepada kejadian membaling bom botol ke rumahnya hinggalah seraangan ala gangster oleh Umno ke lokasi ceramah beliau di Seremban baru ini menyebabkan sekurang - kurangnya dua orang cedera dibaling batu oleh penyerang yang datang dengan lebih 100 orang.

Ini sememang taktik jahat mereka. Untuk rekod, sebelum ini rumah che'GuBard juga sebelum ini pernah dibaling dengan bom petrol selepas beliau melancarkan buku Disebalik Mesteri Pembunuhan Altantuya di Indonesia dalam satu majlis diskusi di universiti tempatan disana. Dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Di atas ialah antara gambar yang dirakam di malam serangan gangster lebih 100 orang yang mengganas di malam ceramah Hj Mohammad Sabu di Seremban baru - baru ini. Dengan jelas dari gambar tersebut wajah-wajah Pemuda Umno dikenal pasti.

Antara yang dikenal pasti ialah Along MT yang dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini

dan seorang lagi ialah Arafat yang juga dikenal pasti melalui laman Facebook beliau klik sini. Mereka ini dikenal pasti pimpinan pemuda Umno kerana pernah muncul membuat laporan polis atas nama pemuda Umno.

Mujur malam tersebut para hadirin yang diserang dapat dikawal dari bertindak balas. Lihat klip youtube di malam kejadian klik sini.

Apa pun bagus tindakan pemuda Umno ini ia menunjukkan sikap sebenar mereka dan menambah kebencian orang ramai terhadap mereka. Sikap politik Samseng ini makin melampau bila Perkasa NS dengan angkuh memberi amaran agar Hj Mohammad Sabu tidak masuk ke bumi N.Sembilan.

Parti Keadilan Rakyat Rembau memandang serius permbangan politik ganas yang amat membayahakan ini. Polis digesa bertindak secara profesional.

Dalam perkembangan lanjutan , Parti Keadilan rakyat Rembau berkerjasama dengan PAS Rembau akan mengadakan Ceramah Perdana Isu Semasa yang akan menampilkan Hj Mohammad Sabu, YB Taufek, che'GuBard, Dr. Rosli Yaakop dan Ust Norazman. Ceramah ini bertujuan memberi penerangan isu semasa yang dimana media perdana sedang mengelirukan rakyat.

Seluruh rakyat dijemput untuk hadir bersama dalam Majlis yang akan diadakan pada 6 Oktober 2011, jam 9.00 malam di Kg. Bintongan Rembau. (Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474)


Kami percaya dan yakin dengan persiapan keselamatan dan sokongan kecekapan PDRM khususnya IPD Rembau sebarang kejadian tidak diingini akan dielakkan. Kami masih percaya Umno Rembau dibawah pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan masih berfikiran waras tidak seperti Umno Seremban yang bertindak diluar ketamadunan norma politik nilai.

Baik Umno atau mana - mana organisasi mewakili Umno seperti Perkasa dijemput untuk hadir dan duduk dengan baik dalam majlis ini. Jika ada perlu sebarang dialog atau pertanyaan untuk penjelasan ia boleh dilakukan dengan lebih bijaksana.

Kenyataan Media ;
Norazizi A.Aziz
Setiausaha
PKR Rembau
1 Oktober 2011
email: az_zieziepkr@yahoo.com


Wednesday, September 14, 2011

Ceramah Umum "Mat Indera Penderhaka Atau Pejuang" di Taman Melewar Malam Ini


Ceramah Umum
"Mat Indera penderhaka atau pejuang ?"


14 Sept. 9.00 mlm ini
Markas PAS, Taman Melewar


bersama YB Salahudin Ayub, Hanipa Maidin,
che'GuBard dan kemunculan khas adik Mat indera
  Di Markas PAS Taman Melewar malam ini juga, saudara boleh dapatkan juga senaskah buku terbitan SAMM terbaru - FITNAH

Saturday, July 30, 2011

Ceramah Tolak Fitnah Menjelang Ramadhan di Rembau Malam Ini !! (Wajib Hadir)




Ceramah : Tolak Fitnah Menjelang Ramadhan

Bersama : YB Johari Abdul, Ust Nor Azman Mohamad (Lobai Kampong),
YB Mohd Taufek Abd Ghani & che'GuBard

Tompek : Kampung Pulau Bintongan (Rumah Hj. Taufek), Rembau.
Maso : 845 Malam
Tarikh : 30.07.2011
Pertanyaan : Norazizi 012 3696474


Rombau, Soghomban, mambau, rantau, tampin, mantin, pilah, inas, paroi, johol... moh datang dongar coramah... 




Saturday, June 18, 2011

Ceramah Bersama Mat Sabu dan Pelancaran BERSIH 2 peringkat DUN Kota, Rembau !

  
Ceramah Umum Chegubard bersama Hj Mohamad Sabu
di Kg Astana Raja, Rembau

dan
Pelancaran BERSIH 2 peringkat DUN Kota 18jun,9mlm di Astana Raja, Rembau.

(pertanyaan 0123696474)

Semua di jemput hadir beramai-ramai !!

Tuesday, May 24, 2011

Ribuan Hadiri Ceramah CheGuBard & Salahudin Ayub di Parlimen BN S.Bernam


Kalau beginilah sambutan kehadiran yang diberikan oleh rakyat di kubu Barisan Nasional, inshaAllah BN akan ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya pada PRU akan datang.

Tetapi jangan lupa untuk bersama-sama dalam himpunan aman BERSIH siri 2 demi mencari pilihanraya yang adil, demi demokrasi yang kian terpadam. Terlebih dahulu, kita harus mendesak keras agar ketelusan pilihanraya itu berlaku. BERSIH2 adalah jawapannya!

Ayuh tumbangkan Barisan Nasional untuk menegakkan sebuah kerajaan rakyat!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 24, 2011

Pidato Perdana Bersama Anwar Ibrahim, DS Azizan, Dato CJM dan cheGuBard Malam Ini di Seremban!!

PIDATO PERDANA

Tarikh : 24hb April
Masa : 8.45 mlm (ini)

Tempat : TAMAN BUKTI SETIA, Seremban

Barisan Pemidato






DS Anwar Ibrahim,
DS Ust. Azizan(MB Kedah),
Dato' Chua Jui Meng,
che'GuBard

Pertanyaan 0132181279
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 9, 2011

Program Berganda Chegubard 9 April 2011 - 4 Program Chegubard di Utara !!


PROGRAM 1
Dialog Umum
9 april, 2 ptg,
Dewan JKKK Teluk Bahang, Balik Pulau
(pertanyaan 0134359600)

PROGRAM 2
Dialog Umum
9April, 5 petang,
Dewan JKKK Sg. Bakap (S), N.Tebal
(pertanyaan 0124152905)

PROGRAM 3
Ceramah Umum
sempena Jubli Emas PAS Sg Petani
9 April 2011, 9.00 mlm
Markas PAS Batu Lintang, Tikam Batu

PROGRAM 4
Ceramah Umum
9April, 11 mlm
Kuala Ketil, Kedah
(pertanyaan 0174477781)


Pastikan anda akan bersama jika kawasan anda termasuk dalam keempat-empat program di atas!!

Tak cukup pagi, petang kami bagi...
Tak cukup petang, malam kami bagi...
Tak cukup malam, tengah malam kami bagi...
Sesungguhnya, untuk menentang Regim Barisan Nasional...
Chegubard akan berjuang di mana-mana sahaja... pukul berapa sahaja...
Tidak kira pagi petang siang malam...
Demi untuk jatuhkan regim jahat lagi zalim...
Tidak kenal erti penat, tidak kenal erti letih...
Anak muda harus terus berjuang...
Menjadi pendesak perubahan!!

Saturday, March 12, 2011

Ceramah Umum Sempena Perasmian Kompleks PAS Perlis Malam Ini !!


Ceramah Umum,sempena Perasmian Kompleks PAS Perlis

Y.Bhg Badrul Hisham Shahrin - SAMM
YB Dato' Haji Mahfuz - Naib Presiden Pas
YB. TG. Dato' Seri Haji Abd. Hadi Awang  - Presiden Pas

12 Mac 2011, 9.00 mlm
Kompleks PAS Perlis, Jln Stadium Kangar,
Perlis
(pertanyaan Hairy : 0134896050)