Saturday, May 21, 2011

Sebuah Retorik 'Juara Rakyat' !

ALOR SETAR, 21 Mei — Umno akan menerapkan dua elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat bermula Jun ini untuk mengukuhkan kesepaduan komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih getir. Umno memperkenalkan program Juara Rakyat awal tahun lalu dan telah diadakan secara di seluruh negara.

Umno mengaku bahawa mereka adalah 'juara rakyat' sejurus selepas menaikkan harga gula hingga ke tahap RM2.30 sekilo. Tetapi sedarkah penyokong-penyokong UMNO semua betapa hakikatnya sebelum UMNO memperkenalkan diri sebagai 'juara rakyat', harga gula baru sekitar RM1.45 sekilo?

Sebelum UMNO disebut sebagai 'juara rakyat', Harga petrol RON97 adalah sekitar RM1.90 seliter berbanding selepas 'juara rakyat' ini merompak di siang hari menjadikan harga petrol RON97 milik rakyat setinggi RM2.90 seliter. Harga RON97 ini juga akan meningkat setiap awal bulan dan dijangka menjecah angka sasaran RM3.60 seliter. Masihkah buta mata hatimu wahai penyokong UMNO? 

'Juara rakyat' versi retorik bukan sahaja merompak hasil khazanah bangsa, tetapi juga mencuri keamanan yang ada pada hari ini apabila tergamak membiarkan lidah rasminya mengundang huru-hara dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi" yang bermaksud, kristian cuba mengambil alih agama rasmi negara. Sedangkan, berita tersebut adalah fitnah semata-mata sehingga sumber yang dipetik oleh lidah rasmi 'juara rakyat' ini telah memadam entry fitnahnya.

Mereka cerita soal perpaduan, mereka canang soal kesepakatan antara kaum, mereka berdendang soal persefahaman antara agama. Tetapi dalam period yang sama, mereka bakar sentimen perkauman dengan membuli kaum minoriti, jangan kita lupa bagaimana mereka menghina penganut agama hindu dengan memijak kepala lembu di hadapan SUK Selangor dalam isu kuil di Shah Alam. Penganut kristian juga jadi terancam apabila difitnah kononnya ingin menukar agama rasmi sedangkan ia bukan agenda penganut agama minoriti dalam negara.

Perlu diingat, sekiranya berlaku huru-hara, siapakah yang bakal mendapat manfaat paling besar jika bukan mereka-mereka yang terdesak mempertahankan kuasa. Apalagi dalam keadaan kuasa di tangan mereka. Maka menamakan UMNO sebagai 'juara rakyat' adalah satu penjenamaan yang retorik dari faktor kestabilan ekonomi untuk rakyat mahupun faktor keselamatan dan keamanan untuk rakyat sepertimana yang dicanang 1Malaysia.

Hadirnya 'juara rakyat' versi retorik ini untuk mengelabui mata rakyat kebanyakkan bukan sahaja demi mempertahankan tembolok yang membolehkan golongan bangsawan UMNO memperolehi harta berjuta, tetapi juga demi menyelamatkan diri masing-masing daripada di heret ke dalam kancah keadilan mahkamah sebenar. Pertempuran sengit PRU13 pastinya mengundang pelbagai tipu helah dan silap mata termasuklah projek tipu rakyat berbentuk retorikal 'juara rakyat'.

Semoga rakyat kebanyakkan sedar apa wayang yang cuba ditayangkan demi meraih simpati undi dalam pilihanraya yang mendatang. UMNO 'juara rakyat' adalah jelas sebuah retorik ! Ini hakikat sebenar yang perlu disampaikan kepada semua rakyat agar mereka celik dan tidak tidur lagi dalam menjalankan tanggungjawab menghumban UMNO dan Barisan Nasional ke dalam muzium sejarah.

Pertahankan hak anda sebagai rakyat, raikan demokrasi dan pilihlah menifesto yang menawarkan sebuah kerajaan rakyat, bukan retorik 'juara rakyat' semata-mata!


EDYES @ edyesdotcom
Juara Rakyat myAss


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan