Friday, May 13, 2011

Ugutan Culik Anak Nurul Izzah

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membuat satu laporan polis pada pagi Jumaat berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang tidak dikenali mengugut untuk menculik anak perempuannya.

Ibu kepada dua anak itu memberitahu pemberita bahawa individu terbabit memberi amaran jika terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau anak perempuannya mengalami nasib sama seperti Sharlinie Mohd Nashar


EDYES wrote:

Kecekapan serta kewibawaan pihak polis menjadi pertaruhan hari ini di mana satu kes ugutan culik membabitkan anak kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat iaitu YB Nurul Izzah. Motif ugutan berbunyi satu desakan keras supaya DSAI berundur atau anak YB Nurul Izzah, iaitu cucu DSAI akan menerima nasib seperti adik Syarlini.

Ini satu permainan politik yang jahat dan pastinya ia mengundang campurtangan pihak polis. Samada pihak polis telus di atas siasatannya dalam mengenalpasti akaun nombor telifon bimbit ataupun menjadi pelindung kepada si penjenayah 'blackmail', kita tunggu hasilnya. Seperti kita sedia maklum, setiap nombor celular pasti mempunyai pemilik yang telah didaftarkan seperti juga no plat pendaftaran kenderaan. Jadi tiada sebab untuk pihak polis gagal mengesan penjenayah tersebut melainkan nombor tersebut mendapat perlindungan istimewa.

Menyebut fasal perlindungan istimewa, nombor plat pendaftaran yang pernah membawa chegubard ke hotel tayangan video lucah juga telah mendapat perlindungan JPJ di mana no plat tersebut telah dikhaskan dan tidak boleh didedah.

Berbalik kepada isu ugut culik anak Nurul Izzah, saya mendesak supaya tahap keselamatan keluarganya YB dipertingkatkan. Saya juga mempunyai anak kecil, pastinya merasai debaran penerima SMS berbaur ugutan culik tersebut.

Semoga Allah melindungi seluruh keluarga kita dari kejahatan pandi-pandi kutty yang terdesak.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

Anonymous said...

asalam...pasukan polis dah tangkap ker si pengugut tu...ker pihak polis masih mencari siapa pengugut tu?