Tuesday, May 24, 2011

Ayahanda PEKIDA Ditugaskan Untuk Tawan Selangor dan P.Pinang ?


Maklumat baru masuk! Puak-puak terdesak bukan sahaja menawarkan kad pengenalan kepada bangsa asing asalkan mereka mengundi BN dalam PRU akan datang, tetapi juga teknik menukar alamat pengundi turut akan diperhebat.

Kali ini, diberitakan ayahanda-ayahanda PEKIDA seluruh negara telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan seramai mungkin pengikutnya supaya bersedia untuk menjadi pengundi di dua buah negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional. Teknik yang pernah digunakan sebelum ini untuk menawan negeri Terengganu dan Kelantan akan digunakan semula dengan perpindahan jumlah pengundi yang lebih ramai. 

Dengan berita ini juga, saya berharap petugas-petugas pilihanraya akan bekerja lebih keras untuk mengesan aktiviti-aktiviti pertukaran alamat ini kerana dikhuatiri ianya bukan sahaja misi penukaran alamat tetapi juga adalah misi duplicate pengundi. Ini bermakna setiap alamat yang ditukar itu dikhuatiri bukan hanya ditukar tetapi sebenarnya ditambah menjadikan seorang pengundi boleh membuang di dua negeri. Modus operandinya mudah, sebelah pagi di negeri asal dan sebelah petang di negeri yang ingin mereka rampas secara penipuan.

Segala kos pertukaran alamat akan ditanggung sepenuhnya. Di atas faktor ini juga, pasti SPR tidak akan sesekali mempertimbangkan cadangan penggunaan dakwat hitam kepada setiap pengundi yang sudah membuang mandatnya.

Jangan kita hairan jika pelbagai cara digunakan untuk menyekat kebangkitan rakyat. Puak terdesak akan melakukan apa sahaja waima hancur tulang belulang demi untuk mempertahankan Putrajaya. Kini mereka menggunakan ayahanda PEKIDA kononnya untuk mempertahan kepentingan melayu tetapi sebenarnya apa yang cuba dipertahankan ketuanan UMNO dalam memenuhkan tembolok masing-masing. 

Sumber berita diperolehi oleh badan bukan kerajaan yang boleh dipercayaai.


EDYES @ edyesdotcom

No comments: