Melalui twitter pembantu Saifudin Nasution iaitu Syarifah Syahidah, saya dimaklumkan bahawa pendaftaran parti PKR tidak dibatalkan tetapi hanya diberi amaran dari ROS sahaja.
Sidang media jam 12 tengahari ini menjelaskan lebih banyak perkara. harap maklum.
di bawah adalah berita berkaitan;
SHAH ALAM, 19 MEI: Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.
Turut difahamkan PKR juga telah menerima surat berhubung pembatalan tersebut daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.
Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.
PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.
Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.
Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.
1 comment:
Batalkan sahaja PKR nie...batal jangan tak batal...serius nie....batalkan... Buat apa amaran... biorlah BN and the geng sahaja yang sah pendaftarannyer... so masa pilihanraya nanti....BN jer akan menang...Melayu terjamin haknyer..betui... jangan tak batalkan.. kami penyokong KERAjaan memang suker...suker sesangat.. WOOO.. dan kalau boleh batalkan semua parti politik yang lain-lain tu.. lagi best dan terbaik...
Post a Comment