Thursday, May 19, 2011

Lepas Haramkan PKR, Terus Bubar Parlimen Untuk PRU13 ?


PKR telah diberi surat tunjuk sebab oleh ROS sebelum parti tersebut benar-benar akan diharamkan. Menurut sumber, berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.

Sidang media yang akan diadakan sekitar 5 minit lagi akan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan ROS. Apakah penipuan yang berlaku dalam Pemilihan 2010 akhir tahun lalu menjadi puncanya? 

Jika perihal Pemilihan 2010 menjadi punca, maka lihatlah ia sebagai satu pembalasan kepada sifolan-sifolan yang terlibat dengan penipuan terancang untuk memberi kemenangan kepada pasukan wahyu payung kuning. Apapun, saya tidak mahu komen dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan menanti apakah hasilnya sidang media sebentar lagi.

Justeru, Parti Keadilan Rakyat harus dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun. Jangan kita biarkan Barisan Nasional mengambil kesempatan daripada apa saja kemungkinan yang berlaku. BN tiada cara, BN tiada keberanian bagi menyekat kebangkitan Pakatan Rakyat walau dalam padang yang tidak sama rata!

Andai PKR diharamkan, ia pasti membuka ruang buat musuh untuk terus membubarkan parlimen lantas mengadakan pilihanraya umum ke 13 sepantas mungkin dalam keadaan ramai bekas ahli PKR sudah tidak berumah. Persediaan untuk menempuhi segala kemungkinan harus disiagakan segera. Plan B harus berada dalam genggaman setiap ahli agar mudah berkumpul tatkala rumah terbakar.

Ketika ini, sidang media baru berlangsung. Ayuh kita lihat apa hasilnya dan apakah gerak geri seterusnya.


EDYES @ edyesdotcom

2 comments:

yusaini_yn said...

utk berlaku adil aku perlu tunggu sidang media saifuddin nasution baru boleh turunkan komen kat sini.

tapi sebab aku rasa aku dah bleh expect apa jwpn2 yang saifuddin nak perjelaskan: aku hanya nak ckp PADAN MUKA anwar n sekutu2nya yang menghalalkan "irregularities" dlm pemilihan lepas dengan menyapu bawah karpet semua aduan2 yang ber'wibawa berkait isu isu pemilihan;

sebab apa? sebab depa nie bagi kita tawaran utk memilih mereka sebagai ganti pemerintah yang ada tapi isu governance and management parti depa sendiri pun terkelam kabut, terjubur sana terjubur sini, and at last peluru hidup jawapan depa boleh bagi "ini konspirasi umno dan ros utk menghentikan arus sokongan dan perubahan sikap rakyat terhadap alternatif/galang ganti kepada UMNO"

pkr parti yang terlalu tamak dan tak berpijak di bumi yang nyata.

hatta UMNO PUN PERNAH DI-HARAM-KAN (DI BATAL KAN PERTUBUHAN-NYA)

jadi edyes, aku memilih utk menyokong jika PKR mmg punya isu isu management spt yang di adu ahli bawahan kepada ROS, better parti ni cepat2 di haramkan!

a close friend of mine who quits PKR months ago text me;quote; " I won't be suprised. Some unhappy souls could take a harsher route. Thats the problem when grassroots voices is not heard".

apa option yang PKR ada? register nama baru?? maka "tangan2" dlm ROS mungkin boleh melambatkan approval penubuhan parti ganti PKR yang baru.

pada aku,if diharamkan, langkah termudah, join DAP!
DAP is supposed to be a multi racial party. mau ka ahli2 melayu pkr berdarah umno berkelana dgn DAP?mau kah pulak Karpal dan Kit Siang terima?? for political mileage, only true malay malaysian dlm PKR yang mungkin akan pilih sertai DAP! And aku percaya amat sikit bilangannya melayu pkr jenis nie.

Kenapa tak join pas?? pas parti melayu. bukan parti islam. melayu celup umno beranak pkr masuk pas pasti tidak di terima totok2 pas...

if anwar really a brilliant leader, he himself shoould join DAP,and push for merger with PAS, to form a new multi racial, 1 new identity to win the voters, and defeat the always 1 melayu umno-cum-porn-inclined-party.

but what a utopian dream isn't it?

this event is really "a blessing in disguise" to us, the rakyat; who want a much better governance from our political figures and parties!

R.O.S, Do your job!and DO IT RIGHT by de-registering PKR.

Anonymous said...

apa lah nak dikata...
jilat ludah la anwar oiii...
dia terpaksa lah menyembah Zaid, dan join KITA. masuk DAP tak boleh sebab bagi peluru kat UMNO untuk PRU13.

hahahahahaha...anwar masuk KITA, Azmin balik ke UMNO....