Sunday, May 8, 2011

LGE: Kita Dukung Perlembagaan Persekutuan yang Kita Buat Secara HITAM PUTIH - Islam Agama Rasmi Persekutuan !

Tidak cukup dengan isu liwat, isu video seks pula menjadi pertaruhan yang akhirnya semakin tidak mendapat sambutan. Tidak cukup dengan isu perkauman, kini isu keagamaan pula menjadi modal menagih sokongan! Menakut-nakutkan rakyat dengan omong jahat memang sudah menjadi buah permainan mereka.
 
Di bawah adalah ketegasan DAP dalam menyatakan pendiriannya;
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memperakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat.

"Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown.

Sementara itu, laporan polis terus dibuat terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lepas.

Enam laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Tanjung, Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gelugor, Balik Pulau, dan Bukit Mertajam itu dibuat di Balai Polis Jalan

Patani, di Georgetworn kira-kira pukul 2.30 petang.

Selain itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin di balai polis yang sama terhadap Lim berhubung kenyataannya dalam laporan akhbar yang mendakwa Umno dan Barisan Nasional sengaja menimbulkan isu berkenaan.

- Bernama
 
 
Apa lagi yang kurang? Adakah apa yang ditegaskan Lim Guan Eng akan mendapat sokongan MCA, dan GERAKAN ? Lihat baik-baik kenyataan di bawah;
 
"Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," - LGE of DAP
 
Secara hitam putih, DAP dah tandatangan sokongan mereka bahawa Islam adalah agama persekutuan!! Adakah MCA dan GERAKAN buat perkara yang sama atau hanya sekadar 'hear say'??
 
Hanya kerana Barisan Nasional ingin mendapat sokongan secara rapid, sanggup menggunakan isu agama? Tergamak meletakkan ketegangan agama berada dipenghujungnya?
 
Rakyat tidak lagi mudah terbeli dengan permainan jahat BN!! Ini bukan era 80an, ini bukan lagi zaman tragedi Memali... Ini zaman kemusnahan sebuah kerajaan angkuh lagi zalim !!
 
Lawan tetap Lawan !!
 
 
EDYES

No comments: