Friday, May 27, 2011

Gempar!! Si Pelaku Video Seks Mirip Anwar Telah Dipanggil Polis ??

KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut.

“Seperti yang diberitahu Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia bagi membantu penyiasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid memberitahu, tindakan lanjut tidak dilakukan kerana tiada sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara setakat ini.

“Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu,” jelasnya.


EDYES wrote:

Sekarang barulah kita tahu mengapa pihak polis tidak sekali-kali berniat untuk mendedahkan siapakah pelakunya yang sebenar. 

Jika Anwar adalah pelakunya, dari awal kertas siasatan yang telah di hantar kepada peguam negara pasti telah diterima. Maka tidak hairanlah peguam negara mengarahkan pihak polis menyiasat dengan lebih mendalam.

Jika Anwar adalah orangnya, sudah pasti pihak polis dengan senang membuat pengumuman gempar - Pelaku video seks yang ditayang oleh produksi Trio jahanam itu adalah Ketua Pembangkang !

Cuba saudara siasat adakah Anwar Ibrahim singgah di mana-mana balai polis untuk beri keterangan baru-baru ini ?


2 comments:

Amuraria said...

BOLEH CAYA KA POLIS MESIA ? PEERAH !

HAKMI said...

nak buat camana pulis takdak kote, depa ingat, duit gaji tu bapaaaaaaaakkkk najib ayang kasi.....