Tuesday, May 10, 2011

Cemas!! DAP Nak Ubah Perlembagaan Negara ?

Jika DAP berhasrat nak ubah perlembagaan negara, iaitu kononnya ingin mengubah agama rasmi daripada Islam kepada kristian, mereka terlebih dahulu mendapat majoriti 2 per 3 Parlimen Malaysia. Untuk memperolehi majoriti 2/3 parlimen, DAP memerlukan kemenangan 140 kerusi parlimen.
 
Persoalan, di manakah logiknya sebuah parti yang tidak sampai 20% ahlinya berugama kristian ingin mengubah dasar Perlembagaan Negara Malaysia dalam klausa menukar agama rasmi, apabila hanya bertanding tidak sampai 60 kerusi parlimen ? Jika DAP menang kesemua kerusi yang bertanding sekalipun, masih jauh dari jumlah 140 kerusi yang boleh mengubah agama rasmi, dan harus juga diingat bahawa bukan semua ahli parlimen DAP berugama kristian.
 
Oleh demikian, masihkah anda semua terbeli dengan permainan 'ketegangan antara agama' yang cuba dimainkan oleh para barisan jahanam yang terdesak melalui akhbar Utusan?
 
Kepada rakan-rakan yang membaca entry ini, sila fahamkan dan jadilah agen penyebar sekurang-kurangnya kepada keluarga terdekat. Terangkan kepada mereka yang kurang faham agar mereka tidak terbeli dengan dakyah jahat yang bertujuan untuk menghuru-harakan negara demi kepentingan politik mereka di atas nama 'perpaduan' !
 
 
EDYES @ edyesdotcom
perpaduan UMNO = my ass!!

1 comment:

Anonymous said...

Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).

Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok !!!
Description
Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.