Friday, April 29, 2011

Tindakkan Kurang Bijak Ketua AMK di Masjid BB Sentul !!

KUALA LUMPUR: Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah lakmatsalah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Bagaimanapun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika berita ini ditulis.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat. - mstaronline
 
 
EDYES wrote:
 
Aku tak paham apa yang ketua AMK cuba buat? Adakah Shamsul Iskandar cuba untuk menjadi hero??
 
Kenapa harus buat kecoh dalam masjid sedangkan si sesumpah belum kelihatan lagi? Sepatutnya dari semalam AMK melalui ketuanya yang lauyar itu harus desak para mufti, JAKIM, dan menteri berkaitan supaya keluar kenyataan mengenai keperluan sumpah laknat Eskay. Atau sekurang-kurangnya mengarahkan jawatankuasa Masjid bertindak mengikut hukum agama. Bukan dengan menjadi samseng dalam tempat ibadah !!
 
Aku tak setuju dengan apa yang dilakukan oleh ketua AMK! Nampak seolah-olah kita semua takut Eskay bersumpah laknat sedangkan selama ini banyak sudah sumpah laknat dilakukan dan menjadikan rakyat ramai yang tidak percaya dengan sumpah cara sebegini - Sumpah yang tidak mengikut hukum syarak!
 
Daripada ramai rakyat yang langsung tak percaya apa yang cuba dilakukan oleh Trio jahanam, termasuklah yang terbaru berupa sebuah sumpah laknat, kini apa yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar di atas kapasiti ketua AMK telah menyebabkan rakyat buntu dan suspen - Apa yang ditakuti sangat oleh PKR sehingga sanggup menjadi samseng masjid untuk menghalang sumpah Eskay?
 
Aku harap dengan tindakkan yang ternyata sangat tidak cerdik ini, Shamsul Iskandar disaran agar melepaskan jawatan Ketua AMK yang disandang hampir 5 tahun ini. Lebih baik Shamsul tumpu kepada negeri Melaka dan serahkan jawatan itu kepada yang lebih berkelayakan dan punya idea politik baru berasaskan nilai !
 
Undurlah Shamsul, tindakkan tidak cerdik ini tidak harus berlaku jika AMK dipimpin dengan bijak.
 

16 comments:

Anonymous said...

Saya penyokong PR,namun saya setuju dengan pendapat penulis.

Anak Sungai Derhaka said...

Cari makan Bro... takkan tak faham kot??

nightcaller said...

Tumpang tanya sikit - sejak bila Syamsul Iskandar tu bijak? Yang pandai, cuma buat lapuran polis demi lapuran polis...

Utk kes SEntul tu, bagilah JAKIM, JAWI, MAIS buat kerja mereka... kita pun bukan pakar dalam hal ehwal hukum hakam Islam nie...

Anonymous said...

saya tak setuju pendapat penulis. jangan biarkan orang umno terus membodohkan rakyat. dia buat benda yang salah kita biarkan seolah2 betul apa yang dia buat dan menyalahkan anwar yang tak mau bersumpah.

Anonymous said...

Syamsul2..sudah2 la 2,,kau dh makin tua dh..bt tindakan pn xpkir btol2 dlu..ape daaa..bikin busuk je nama AMK

Anonymous said...

Saya bukan penyokong mana-mana pihak...tapi kenapa penulis asyik nak tunding kesalahan pada Ketua AMK yang sekarang ini? Adakah individu yang penulis harapkan untuk jadi Ketua AMK itu benar-benar layak? Adakah penulis sudah benar-benar kenal dengan individu yang ingin dijadikan Ketua AMK itu? Individu yang dimaksudkan itu juga pernah ada 'video bersama seorang wanita dari sarawak'. Cuma saya tidak mahu mengaibkan sesiapa maka saya tidak pernah menyimpan or cuba menyimpan 'video' tersebut. Bagi saya setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Individu yang penulis fikirkan layak itu juga perlu kaji dan menilai diri sendiri terlebih dahulu sebelum memandang rendah pada orang lain. Individu tersebut juga perlu imbas kembali apa jadi pada nasib seorang gadis dari negeri sembilan yang pernah bekerja 'di km plaza' tu? Individu seperti inikah yang layak untuk jadi pemimpin?
Sekadar renungan buat semua.....Yang baik itu datangnya dari Allah SWT...yang buruk itu datangnya dari saya sendiri.

Anonymous said...

Rasanyer SAM perlu undur bagi peluang pada yang lebih berkelayakkan seperti Rafizi. Beliau ada tahap pendidikan yang baik malahan beliau mampu mencerminkan imej anak muda yang diharapkan oleh AMK.

Buat Sam, undurlah secara berhemah. Bagi peluang pada tokoh lain yang lebih berkelayakkan.

Terima kasih atas usaha yang telah dijalankan selama memegang jawatan sebagai Ketua AMK ini.

Sesungguhnya AMK akan lebih kukuh dan kuat sekiranya tokoh lain dilantik menjadi Ketua AMK seperti Rafizi. Mungkin Nik Nazmi juga mampu menggalas tanggungjawab ini jika diberi kepercayaan.

Anonymous said...

Apa nak jadi dgn AMK ni?
Saya 100% agree dgn pendpt penulis.

Saje nak buat kecoh ke?

Andromeda_M31_ said...

Ketua AMK tidak wajar dikatakan kurang bijak kerana yg kurang bijak adalah Gerombolan Datuk T dan juak UMNO yang cuba menegakkan benang yg basah dengan mencipta fitnah2 yg membuat orang percaya kepada perkara yg tidak benar..Emosi yg dipendam adalah lebih baik diluahkan dari menanggung sakit dihati...

Unknown said...

mcm mana pkr boleh dapat ketua pemuda tak cukup akal mcm ini? memberi nama buruk pada pkr dgn aksi bebal beliau. kalau nak main politik dlm masjid pun biar la berhemah. politik bodoh dan kurang ajar dlm masjid adalah kerja amno. kenapa pkr mahu ikut budaya amno? adakah pemuda pkr ni masih berdarah amno? bengap. bebal. pertama kali saya rasa malu dgn tingkah laku pkr. anwar tolong la ajar ketua pemuda ni jadi ceghodik sikit.

Unknown said...

@andro,

kalau pun SAM nak buat kecoh jgn la buat dlm masjid. nape terus2an bg peluang pada tv3suku modal utk belasah pkr? itu tindakan bdh. kita nak menang kati org atas pagar. bkn org amno. org atas pagar akan anggap tindakan SAM ni sama je mcm amno. apa kita dapat?

Anonymous said...

memang buat malu je SAM ni. nak buat kecoh tengok tempat la. JAWI / polis nampak jelas barua Umporno

-fread-

Anonymous said...

Apa kecohnya? Dia buat benda betul. Apa jakim buat? Ada mana2 ulamak yg sanggop buat mcm dia demi mempertahankan islam?

Nak ikut stail ulamak umno, tegur dari dalam?

Nak biar allah turunkan bala. Eskalator tu saje nak test market. Nape dia tak berani nak dtg masjid pun. Tah solat jumaat kat mana agaknya.

Tengok rakyat indonesia. pantang islam di cabar atau dihina mereka tak kira tahap mana keimanan sanggop keluar memberitahu seluruh dunia jangan sekali2 memperlekehkan islam.

Saya setuju 100% dgn tindakan SAM. Dan saya tak setuju 110% dgn pendapat penulis.

Dah tiba masanya kita rakyat malaysia bangun menunjukan komitmen kesungguhan dalam memperjuang membela islam.

Mana ada sumpah lahanat nak menafikan seseorg itu berzina. Nak sumpah ikut kaedah syariat. Itu yg SAM nak dan kita semua umat islam pun nak.

Bersumpah menafikan zina hanya ditujukan pada seorg isteri yg mana selapas suami bersumpah menuduh isterinya berzina maka tertalaklah secara automatis & tidak boleh rujuk kembali.

itu yg kina nak semua org faham tentang hukum yg islam dah tetapkan.

Yg patut datok eskalator & the gang buat adalah bertaubat & bersedia dgn hukuman qazaf. Brani buat brani tanggong.

Penulis kena lebih berhati2 dan pastikan faham hukum hakam

Anonymous said...

semua pendapat diatas samada bersetuju atau tidak tindakan AMK,adalah pendapat yang punya alasan masing masing.
tetapi diantara semua pendapat ini ditulis olih NIGHTCALLER adalah pendapat orang yang tak tahu apa yang terjadi di Malaysia.
Meminta supaya JAWI,JAIS dan beberapa lagi jabatan agama di hurmati hanya dilakukan olih mereka yang mati sebelum mati

Anonymous said...

shah alam mari...

gua tau la lu anti sesangat dgn mamat tu tp jgn la lu senget bro...gua sokong ketua AMK buat camtu... lu pon setuju apa yg di buat atok T salah...so takan nk biarkn masjid di cemari dgn hukum yg salah...lagipon lu pon bukan ada kat sana... eh lu ada kat sana ke?hihiih... nk menghalang pak haji berak kat tempat solat dlm masjid pon nk biarkan ke?ehhhmmmm....

Anonymous said...

Aku setuju dengan penulis mengenai Shamsul ni...

Memang jelas kelihatan seolah olah dia cuba nak menjadi HERO tapi sayang tak kena tempat... tapi apa boleh buat hanya itu jer peluang yang ada boleh diraih untuk menonjolkan diri yang serba kekurangan....

Tak ada tempat lain ka nak nyatakan bantahan...? diluar pagar Masjid ka...? Apa...! dengan tindakan bodoh ditengah ruang solat tu boleh menyelamatkan Anwar ka..? Hormat la sikit... tempat ibadah agama sendiri...jgn jadi KELDAI macam Trio T jugak.....

Ini jugak menunjukkan bahawa hanya tukar baju jer tapi hati/perangai masih benih lama..... Serupa jugak dengan Azmin perangai benih lama... lansung tak hormat kat rakan sendiri yang pernah menolong ketika susah.... cepat melatah bila tercuit....seolah olah diri tu dah jadi pemimpin hebat... sedar la...Woiii... BENIH LAMA... kalau tanpa bantuan dan sokongan rakan2... hampa mungkin masih terkial kial mengaih simpati untuk menempek dalam politik negara..

Kalau GAH setakat mengampu dan berpayung...hanya menurut tanpa sumbangan,hanya pandai menyalak untuk membuktikan kesetiaan lebih baik letak jawatan secara anak JANTAN.......